Sembelih ipar kerana RM1,000 |
- Sembelih ipar kerana RM1,000
- Lenyek sampai mati
- Bakar isteri gara-gara cemburu
- Silap langkah undang padah
- Detik gemilang 'rockstar'
Posted: 03 Mar 2014 08:11 AM PST Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000. Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu. Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama. Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjual roti canai dikatakan berhutang tak sampai RM1,000 dengan adik iparnya itu sejak beberapa bulan lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04 |
Posted: 03 Mar 2014 08:11 AM PST Batu Gajah: Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini. Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini. Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu. KEADAAN mayat mangsa yang ditemui di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04 |
Bakar isteri gara-gara cemburu Posted: 03 Mar 2014 08:10 AM PST Kota Bharu: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum membakar wanita itu di rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, malam kelmarin. Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya, dituduh suaminya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur 40 peratus pada muka serta kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar berkata, adik mangsa dihubungi kakaknya memberitahu dia dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar oleh suaminya. MANGSA dirawat di HUSM kerana melecur pada muka dan tangan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04 |
Posted: 03 Mar 2014 08:09 AM PST Kuala Lumpur: Jurulatih sementara skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee tidak mahu anak buahnya tersilap langkah dengan terlalu ghairah mencipta kemenangan ke atas Yaman pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 di Al Ain, UAE esok. Biarpun sedar hanya kemenangan pada perlawanan terakhir Kumpulan D itu boleh menghidupkan peluang mereka merebut slot tempat ketiga terbaik keseluruhan untuk layak ke pusingan akhir di Australia, beliau mengingatkan pemainnya supaya tidak terburu-buru dalam melancarkan serangan. "Tidak semestinya kita terlalu menyerang, kalau kita lihat rekod pertemuan pertama di Kuala Lumpur sebelum ini, kita hanya menang tipis 2-1. Memang kita beraksi di gelanggang berkecuali tapi Yaman sudah terkeluar daripada saingan dan mereka tidak berdepan sebarang tekanan, mungkin mereka boleh beraksi lebih baik kali ini. "Jadi kita jangan terburu-buru untuk mendapatkan gol, semua pemain perlu mengekalkan disiplin tidak kira dalam menyerang atau bertahan. Kita tidak boleh memandang rendah kemampuan Yaman, mereka juga mempunyai pemain yang baik terutamanya penyerang nombor 10 (Ayman Al Hagri)," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04 |
Posted: 03 Mar 2014 08:08 AM PST Keputusannya untuk kembali aktif sebagai pelakon nyata memberi impak besar terhadap kerjaya Jared Leto yang sebelum itu memburu impian menjadi 'rockstar' sebagai vokalis band 30 Seconds To Mars. Hasilnya, bekas bintang remaja pujaan ramai berusia 42 tahun itu dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Oscar ke-86 yang disiarkan secara langsung dari Dolby Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat, pagi semalam. Leto yang membawa watak Rayon, mak nyah yang dijangkiti AIDS dalam filem Dallas Buyers Club arahan Jean-Marc Valle itu mencipta kejutan apabila menewaskan calon hebat lain seperti Bradley Cooper (American Hustle), Barkhad Abdi (Captain Phillips), Jonah Hill (The Wolf of Wall Street) dan Michael Fassbender (12 Years a Slave). Kesungguhan Leto untuk menghayati watak itu terbukti apabila dia melakukan inisiatif menurunkan berat badan sebanyak 13 hingga 15 kilogram (kg) sebagai transformasi dirinya yang penghidap penyakit itu. (DARI kiri) Matthew McConaughey, Cate Blanchett, Lupita Nyong'o dan Jared Leto gembira dengan trofi masing-masing. PERSEMBAHAN menarik U2. GAYA bersahaja Ellen Degeneres.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |