Kos cecah RM10j |
- Kos cecah RM10j
- Mayat ibu tepi jalan
- Tindak pantas selamat anak
- Rela jadi 'penonton'
- Mahu mengacara Nona
Posted: 22 Mar 2014 10:20 AM PDT Kuala Lumpur: Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta. Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu 'autonomous underwater vehicle' (AUV), 'remotely operated vehicles' (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan. Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak. Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23 |
Posted: 22 Mar 2014 10:16 AM PDT Lenggong: "Saya hanya mampu meraung sedih sejurus mendapati sekujur tubuh yang terbaring di tepi jalan raya itu adalah mayat ibu," kata Muhammad Syukran Mat Rozi, 17. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Siti Asiah Mat Hussin, 49, mati di tempat kejadian manakala anaknya Muhammad Lukmanul Hakim Mat Rozi, 12, parah selepas dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 6, Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Gua Badak, di sini. Syukran berkata, dia dalam perjalanan pulang dari sekolah terserempak mayat seorang wanita terbujur tidak jauh dari sebuah motosikal. "Hati saya berdebar-debar dan firasat buruk saya menjadi kenyataan apabila melihat mayat ibu ditutup dengan kertas surat khabar. LOKASI mangsa ditemui oleh anaknya, turut kelihatan dua topi keledar milik mangsa.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23 |
Posted: 22 Mar 2014 07:45 AM PDT Melaka: "Allahuakbar, cepat keluar dari kereta nak," kata Norwahidah Saad, 39, menceritakan detik cemas ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria dinaiki bersama tiga anaknya terbakar sejurus berlaku letupan kecil di bahagian enjin di Cheng, di sini, semalam. Norwahidah berkata, dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, dia dan tiga anaknya Norhazirah Hanafi, 5, Mohd Hafiz, 9, dan Norhaziqah, 11, dalam perjalanan dari rumah mereka di Masjid Tanah untuk menjemput dua anaknya yang lain di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun. Katanya, ketika memandu, dia dikejutkan dengan bunyi letupan kecil di bahagian enjin dan pada masa sama, brek gagal berfungsi. "Asap tiba-tiba berkepul-kepul keluar daripada bahagian enjin. Saya perlahankan kereta dan menarik brek tangan sebelum mengarahkan anak segera keluar. NORWAHIDAH melihat keadaan keretanya yang musnah terbakar.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23 |
Posted: 22 Mar 2014 06:33 AM PDT London: Pengurus Tottenham Tim Sherwood bersedia untuk terus menjadi 'penonton' demi mengelakkan anak buahnya 'sakit kepala' setiap kali keluar beraksi. Pengurus Spurs itu nampaknya mendengar nasihat beberapa pengurus kelab Inggeris lain dan mahu menunjukkan aura tenang ketika perlawanan meskipun beliau sedar tidak mampu menyaingi sikap dingin pengerusi Tottenham Daniel Levy. Sherwood, 45, hanya duduk di bangku penonton ketika Spurs seri 2-2 dengan Benfica, kelmarin dan bercadang untuk melakukannya sekali lagi untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton, malam ini seperti mana yang dilakukannya pada 20 minit pertama sewaktu mula mengendalikan perlawanan kedua-dua kelab itu sebelum ini, Disember lalu. "Saya mungkin akan mencubanya, untuk menenangkan diri saya dan mungkin memberi peluang kepada pemain supaya tidak sakit kepala. Dari sini, anda dapat melihat sudut perlawanan yang berbeza," kata Sherwood. SHERWOOD (tengah) melihat aksi pemainnya dari bangku penyokong.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23 |
Posted: 22 Mar 2014 05:34 AM PDT Nama Nik Maihan Nik Muhammad bukan asing dalam dunia penyiaran tanah air. Memiliki personaliti menarik rupa paras jelita dan nada suara yang sedap didengar, dia antara penyam�pai beri�ta tempatan yang ada daya tarikan tersendiri. Setiap kali ke udara me�nyampaikan berita terkini, dia sentiasa tampak muda dan bertenaga. Pada 15 September depan, genap usianya 40 tahun dan pesona dimilikinya jarang ditemui pada personaliti TV seusianya. Saat ditanya rahsianya, Nik Maihan yang pernah bertugas sebagai pramugari selama sembilan tahun berkata, dia me�ngamalkan gaya hidup sihat. Katanya, menjadi rutinnya akan bersenam selama empat hingga lima jam sehari selain menitikberatkan pemakanan. "Sebenarnya tidak ada apa-apa rahsia, cuma saya suka bersenam dan jaga pemakanan. Sebelum ini saya bersenam lima jam di gim untuk enam kali seminggu tetapi mutakhir hanya empat jam. Biasanya dua jam pagi dan dua jam petang.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |