Negara perlu pakar, aset teknologi tinggi |
- Negara perlu pakar, aset teknologi tinggi
- MAS buka pusat bantu keluarga di Australia
- ‘Perbetul semula kesilapan’
- Tanggung rugi beli kereta lusuh
- Rakyat matang buat pilihan
- Penumpang merangkak ikut tingkap
Negara perlu pakar, aset teknologi tinggi Posted: 30 Mar 2014 02:45 PM PDT Kuala Lumpur: Negara kini memerlukan kepakaran aset berteknologi tinggi bagi menghadapi situasi kecemasan seperti insiden pesawat MH370 pada masa depan. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, berkata sejak kejadian kehilangan MH370 negara menjadi bertambah matang dalam menghadapi situasi ini dan keperluan terhadap aset berteknologi tinggi adalah penting. "Keupayaannya merakam imej sekecil satu meter serta mengoperasikan satelit sendiri akan permudahkan serta mengurangkan kebergantungan negara sepenuhnya terhadap satelit milik negara asing," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Noordin berkata, selain itu langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalinkan lebih banyak hubungan antarabangsa dari aspek teknologi. "Hubungan antarabangsa ini perlu diperkukuhkan supaya kita da- Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
MAS buka pusat bantu keluarga di Australia Posted: 30 Mar 2014 02:43 PM PDT Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) akan membuka Pusat Bantuan Keluarga (FAC) di Perth, Australia, bagi keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berkata ia akan menjadi pusat aktiviti bagi keluarga terbabit termasuk taklimat, beribadat dan kegiatan keagamaan. Beliau berkata, urusan itu akan dibuat segera apabila agensi kerajaan yang berkaitan memberi kebenaran kepada MAS untuk membawa anggota keluarga ke lokasi serpihan kapal terbang itu disimpan. Katanya, MAS komited menyokong segala usaha digerakkan kerajaan mewakili pelbagai negara yang meneruskan operasi mencari pesawat berkenaan. "Kita juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkuasa yang terbabit dalam siasatan. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
‘Perbetul semula kesilapan’ Posted: 30 Mar 2014 02:41 PM PDT Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta supaya memperbetulkan kembali kesilapannya dengan menarik kembali 'fatwa politik' yang banyak memecah-belahkan umat Islam serta orang Melayu khususnya di negeri Kelantan. Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Nik Aziz akan dikenang sebagai negarawan yang cukup berjasa jika merapatkan kembali perpaduan dalam kalangan orang Melayu di negara ini kerana perpecahan teruk tercetus akibat fatwa politiknya. "Kita sememangnya menyambut baik apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu dan saya kira rakyat Kelantan tidak mempunyai masalah untuk memaafkan segala kesilapannya ketika mentadbir kerajaan negeri Kelantan. Perbetul kesilapan "Cuma apa yang kita minta, beliau memperbetulkan kesilapannya khusus berkait dengan fatwa politik kerana banyak memecah-belahkan umat Islam khususnya orang Melayu di Kelantan dan negara ini. "Beliau adalah seorang negarawan jika berani mengaku kesilapannya dan memperbetulkan kembali fatwa politiknya, malah lebih berjiwa besar jika memastikan usaha untuk PAS dan UMNO duduk semeja menjadi realiti, " katanya ketika dihubungi semalam. "Apa yang kita dapat lihat daripada kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini beliau sanggup 'menghalalkan' apa cara sekalipun untuk mencapai kepentingan politik, khususnya sokongan kepada PAS," katanya. Nik Aziz sedih Di Kota Bharu, Nik Aziz mengakui gagal mempertahankan kebajikan dan menyumbang bantuan moral kepada guru pondok di Kelantan ketika menjadi menteri besar selama 23 tahun. Katanya, kegagalannya itu menyebabkan hatinya sentiasa sedih dan setiap kali memikirkan nasib golongan itu air matanya akan bergenang. "Sekarang pun saya rasa sedih dan perkara itu menekan hati dan perasaan saya sehingga mengalir air mata. Saya akui saya gagal. Mereka tiada sumber hidup kecuali ada pihak yang tampil menyalurkan zakat dan itu benar-benar membuatkan saya sedih," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ketika mengulas permohonan maaf itu, Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka berkata, tindakan itu perkara biasa sebagai bekas pemimpin dan manusia biasa. |
Tanggung rugi beli kereta lusuh Posted: 30 Mar 2014 02:38 PM PDT Kuala Lumpur: "Pada peringkat awal, memang seronok tetapi kini saya buntu," kata pembeli kereta lusuh Singapura dikenali sebagai Hery, 36, ketika ditemui BH. Hery membeli kereta lusuh Mitsubishi Lancer pada harga RM4,500 tahun lalu, tetapi tidak cukup wang bagi 'membeli' cukai jalan dan geran menyebabkan kenderaan itu tersadai di rumahnya di Kota Bharu. "Pada mulanya saya berminat membeli BMW 3 Siri yang ditawarkan pada harga RM13,000. Bagaimanapun, pada saat akhir ejen hanya dapat menghantar Lancer keluaran 2004 dan dikenakan caj tambahan RM4,500 bagi proses membuat cukai jalan serta geran. Minta wang tambahan "Urusan memperoleh cukai jalan dikatakan boleh siap dalam tiga hari tetapi selepas proses itu gagal dan ejen meminta wang tambahan, saya mula curiga," katanya. Berikutan itu, Hery nekad membawa kereta yang masih menggunakan nombor pendaftaran negara jiran itu menempuh perjalanan lapan jam untuk pulang ke kampungnya. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 30 Mar 2014 02:35 PM PDT Mukah: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian kelmarin, membuktikan rakyat matang memilih pihak yang mampu melaksanakan pembangunan. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata ia turut mencerminkan rakyat negeri ini menolak pembangkang yang tidak mampu berbuat apa-apa. "Sarawak akan terus kekal sebagai 'lubuk kemenangan' BN kerana rakyat tahu siapa yang mampu memperjuangkan masa depan mereka," katanya kepada pemberita, di sini. Beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak, turut menghargai sokongan pengundi yang menyumbang kepada kejayaan besar BN di kerusi yang disandang bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Masa membalas budi Katanya, kini adalah masa untuk wakil rakyat BN, Yussibnosh Balo, membalas budi pengundi dengan turun padang melawat kawasan dan meninjau pemasalahan rakyat. Di Kota Kinabalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata peningkatan majoriti diperoleh BN membuktikan rakyat Sarawak dan Sabah sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Tahniah kepada Adenan dan semua pemimpin BN di Sarawak atas kemenangan ini, juga kepada calon BN," katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama ahli Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA) sempena kejohanan Golf OSCA Ke-21 di sini, semalam. |
Penumpang merangkak ikut tingkap Posted: 30 Mar 2014 02:33 PM PDT Nibong Tebal: ""Kami merangkak keluar melalui cermin yang pecah dan ada beberapa penumpang yang saya nampak dalam keadaan parah," kata Mohd Fikri Azman, 23. Beliau adalah seorang daripada 16 penumpang yang nyaris maut dalam kejadian bas ekspres terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 164, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jawi, di sini, malam kelmarin. Kemalangan itu juga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas hampir lapan kilometer berikutan kenderaan terpaksa menggunakan satu lorong bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mohd Fikri berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan terjaga apabila terdengar dentuman kuat sebelum tercampak dari tempat duduk ke bahagian hadapan bas. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |