Harapan baru kotak hitam |
- Harapan baru kotak hitam
- Liverpool di tangga teratas EPL
- 'CANTIK FITNAH KAMU'
- Sembelih isteri, kelar diri sendiri
- 'Tak tahu nak cakap apa lagi'
- MH370 berakhir di Lautan Hindi
Posted: 30 Mar 2014 03:27 PM PDT PERTH: Kuasa bateri pada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu mungkin dapat bertahan lebih lama daripada jangkaan 30 hari. Pasukan mencari dan menyelamat kini bertungkus lumus mencari kotak hitam pesawat ini sebelum jangka hayat bateri tamat, dijangka dalam masa seminggu. Namun, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark Matthews berkata, bateri bagi pemancar isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam boleh bertahan selama 15 hari lagi walaupun diperakui untuk 30 hari. "Jangka hayat 30 hari adalah masa minimum. Berdasarkan pengalaman saya, ia dapat bertahan lebih lama. MATTHEWS menunjukkan contoh pemancar isyarat yang terdapat dalam kotak hitam. FOTO AFP
Alat pengesan ini dapat beroperasi sehingga kedalaman 6,096 meter, katanya. Ia telah dipasang pada kapal Ocean Shield yang dijadual belayar dari Perth ke kawasan operasi esok untuk menyertai operasi mencari, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). Perjalanan ke kawasan pencarian yang terletak kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth akan mengambil masa tiga hingga empat hari. "Kapal ini akan menyertai operasi pencarian sehingga serpihan disahkan berkaitan dengan pesawat MH370 dan kawasan pencarian di bawah air sudah dikenal pasti," kata Matthews. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/31 |
Liverpool di tangga teratas EPL Posted: 30 Mar 2014 03:23 PM PDT LIVERPOOL menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Tottenham Hotspur 4-0 di Anfield malam tadi. Liverpool awal mendahului perlawanan hasil jaringan sendiri oleh pemain pertahanan Spurs Younes Kaboul pada minit kedua. Luis Suarez pula menyumbang gol kedua pada minit ke-25, sekali gus menjaringkan golnya yang ke-29 musim ini. Liverpool menambahkan gol pada minit ke-55 hasil jaringan Philippe Coutinjo manakala Jordan Henderson mengkahiri pesta gol Liverpool dengan jaringan keempat kira-kira 15 minit sebelum masa penuh tamat.
Liverpool 4 - 0 Tottenham Hotspur |
Posted: 30 Mar 2014 03:00 PM PDT "Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda," kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam. Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370. Aishah juga menulis dalam FBnya: "Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip. Semoga Tuhan merahmati kamu." Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang. Selain itu, laman Facebook 'Friends Of Captain Zaharie MH370' turut menyelar laporan Daily Mail itu. Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu. Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh. Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu. Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah. Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan. Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.
Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga. Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu. Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya. Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya. Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan. Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya. Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi. Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/31 |
Sembelih isteri, kelar diri sendiri Posted: 30 Mar 2014 03:00 PM PDT Seorang suami yang tiba-tiba naik angin selepas bertengkar dengan isteri bertindak nekad menyembelih wanita itu hingga mati sebelum mengelar diri sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Cheras, di sini, malam kelmarin. Malah, lelaki berusia 32 tahun dan memiliki perniagaan sendiri turut menetak dua ekor anjing peliharaan mereka hingga mati. Kejadian itu dipercayai bermula kira-kira jam 11 pagi apabila beberapa jiran mendengar pasangan suami isteri itu yang tidak mempunyai anak serta sudah tinggal beberapa tahun di rumah itu bertengkar sebelum mayat mereka yang berlumuran darah ditemui sejam kemudian. Pasukan forensik yang dimaklumkan kejadian itu turut menemui pisau 'pen knife' dipenuhi darah dipercayai senjata yang digunakan untuk menyembelih mangsa berhampiran mayat lelaki itu. Seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa mendengar pasangan terbabit bertengkar sebelum mayat mereka ditemui. Katanya, selepas beberapa ketika bertengkar, seluruh penghuni blok dikejutkan dengan penemuan mayat kedua-dua pasangan suami isteri itu. "Saya mengenali mereka kerana sudah beberapa tahun tinggal berjiran. Si suami memiliki perniagaan sendiri, manakala isterinya bekerja sambilan sebagai jurusolek," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pasangan suami isteri terbabit ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka pada leher. Beliau berkata, kedua-dua mayat berkenaan ditemui tertiarap di atas lantai di bilik tidur rumah mereka. "Turut ditemui dalam bilik sama, dua anjing peliharaan yang sudah mati dengan kesan kelar pada leher," katanya. Menurutnya, pemeriksaan ke atas dua mayat itu mendapati terdapat kesan kelar di leher sepanjang 10 hingga 15 sentimeter. Mohan Singh berkata, pihaknya mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/31 |
Posted: 24 Mar 2014 08:59 AM PDT Kuantan: "Makcik sedih sangat dengar berita ini (pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak). "Makcik tak tau nak cakap apa lagi," kata Normah Jaafar, 50 an ibu kepada seorang penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Khairul Amri Selamat,29. Ketika dihubungi, di sini, semalam, Normah yang berada di rumahnya di Kerayong Makmur, Bera, kedengaran menangis teresak-esak dan menyatakan kesedihannya kepada wartawan mengenangkan nasib anaknya, Khairul Amri yang menaiki pesawat itu ke Beijing, China, 17 hari lalu untuk menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat di sana. "Terima kasih kerana menghubungi makcik dan bersimpati atas apa yang terjadi, makcik tidak tahu nak cakap apa lagi. IBU penumpang Penerbangan Malaysia MH370, Khairul Amri Selamat,29. FOTO Mohd Fauzi Abdullah
|
MH370 berakhir di Lautan Hindi Posted: 24 Mar 2014 08:29 AM PDT Oleh Iskandar Shah Mohamed, Suraya Roslan, Gaddafi Musli dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 17 hari lalu terungkai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) petang tadi yang memaklumkan data satelit INMARSAT melakukan kiraan lanjut dan mengesahkan pesawat itu terbang ke Koridor Selatan. "Lokasi terakhir pesawat MH370 terbang dikesan di tengah Lautan Hindi di Barat Perth, Australia. "Ini adalah lokasi terpencil yang jauh daripada mana-mana lokasi pendaratan. Oleh itu, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya. IMEJ yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) di Canberra, Australia, menunjukkan peta kawasan di Lautan Hindi yang telah pun dijejak dalam misi mencari pesawat MH370.
This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path. Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean. We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation. Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |