Objek ghaib lagi |
- Objek ghaib lagi
- 'Wanita' telefon kapten
- Dari jejambat ke kontena
- 'Saya dimaki'
- Faizal tak pernah naik hantu
Posted: 23 Mar 2014 02:50 PM PDT Kuala Lumpur: Selepas imej dua objek dikesan melalui satelit China dan Australia, kerajaan Perancis pula mengesahkan satelit negara itu turut mengesan objek 'berpotensi' di kawasan Koridor Selatan, semalam. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, selepas menerima makluman itu, kerajaan terus menghantar data berkenaan ke Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk tindakan segera. Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan semalam, pihak berkuasa Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek baru di kawasan Koridor Selatan. "Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika. WARIS penumpang warga China hanya mampu memendam persoalan ketika bergerak keluar dari dewan taklimat mengenai MH370 di sebuah hotel di Beijing, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24 |
Posted: 23 Mar 2014 02:50 PM PDT Kuala Lumpur: Kapten Zaharie Ahmad Shah dipercayai menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum MH370 berlepas menggunakan identiti palsu. Daily Mail melaporkan ia panggilan terakhir yang dibuat atau diterima Zaharie sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac. Sehubungan itu, pihak berkuasa melihat ia berpotensi sebagai petunjuk penting kerana sesiapa saja yang membeli kad sim prabayar di negara ini perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau pasport. Langkah itu diperkenalkan bagi memastikan setiap nombor telefon berdaftar dan boleh dijejaki. WARIS penumpang MH370 yang kecewa tidak mendapat maklumat tepat mengenai nasib pesawat meluahkan perasaan kepada media di Beijing.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24 |
Posted: 23 Mar 2014 02:50 PM PDT Butterworth: Dari rumah jejambat ke rumah kontena, itulah nasib empat beranak yang terpaksa hidup berpindah randah selepas terpaksa keluar dari rumah disewa sejak 10 tahun lalu di Bagan Dalam di sini, apabila kawasan itu bakal dimajukan dengan projek pembangunan. Kesukaran mencari rumah sewa menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan selain menghuni rumah kontena sejak dua minggu lalu hasil inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh. Sebelum ini, Ismail Abdllah, 62, isteri, Jamaliah Maani, 53, serta dua anak mereka, Nur Ummi Jamaliah, 10, dan Nur Ummi Aisyah, 14, menghuni 'rumah jejambat' di Lingkaran Luar Butterworth (LLB) untuk berlindung. Ismail berkata, walaupun bukan dalam bentuk kediaman sebenar, rumah kontena didiami sekarang jauh lebih selesa daripada rumah jejambat dihuninya sebelum ini. ISMAIL dan Jamaliah mengemas barang di rumah kontena mereka selepas dipindahkan dari rumah jejambat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24 |
Posted: 23 Mar 2014 02:49 PM PDT Selepas pemain Sarawak, Joseph Kalang Tie mendakwa pengadil perlawanan mengeluarkan kata kesat terhadapnya sebelum ini, kini giliran penyerang import T-Team, Patrich Steve Wanggai pula mendakwa menjadi mangsa. Wanggai mendakwa pengadil perlawanan Mohammad Zamzaidi Katimin bersikap 'biadap' dengan menghemburkan perkataan 'F**k Y**' kepadanya ketika T-Team berdepan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin. Penyerang kelahiran Indonesia itu berkata, dia cukup marah dengan sikap pengadil terbabit yang mengeluarkan perkataan sedemikian dan menyifatkan Mohammad Zamzaidi tidak ada hak mengutuknya dengan kata-kata kesat. "Apa hak dia (pengadil) dan apa salah saya hingga menghamburkan kata-kata kesat kepada saya pada perlawanan itu. Sekiranya dia (pengadil) marah kerana saya banyak mempertikaikan keputusan yang dibuatnya dalam perlawanan itu, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata kurang sopan itu," katanya selepas perlawanan. Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan Wanggai yang berang dilihat cuba menyerang pengadil berkenaan, namun disekat pemain dan pegawai pasukan. Penyerang berusia 25 tahun itu masuk menggantikan Evaldo Rodrigues pada minit ke-31 tidak berpuas hati dengan cara pengadil yang banyak memihak kepada pasukan lawan walaupun jelas kekasaran dilakukan ke atas pemain T-Team. "Ini bukan kali pertama pengadil Liga M menggunakan kata kesat kepada saya dan kali pertama berlaku awal tahun ketika saya bermain dalam perlawanan persahabatan, namun saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. "Saya tak sangka akan dimaki lagi dan kali ini saya tidak mampu menahan sabar lagi. Bagi saya, pengadil perlawanan sepatutnya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan. "Saya tidak mungkin berdiam diri lagi kerana ini soal maruah dan saya sudah melaporkan kepada pengurusan T-Team untuk membawa kes ini kepada FAM," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi T-Team Syahrizan Mohd Zain mengesahkan pihaknya ada menerima aduan lisan daripada Wanggai. "Buat masa ini kita belum membuat sebarang keputusan dan tindakan selanjutnya akan dibuat selepas perbincangan dengan pihak pengurusan," katanya. WANGGAI (kanan) ditenangkan rakan sepasukan Fabio Flor De Azevedo (tengah) apabila bertengkar dengan pengadil di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. |
Posted: 23 Mar 2014 02:49 PM PDT Mewarisi bakat seni diwarisi ibu bapanya, Allahyarham seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarham seniwati, Mahyon Ismail, pelakon Faizal Hussein mengakui dia mempunyai cara tersendiri untuk melepaskan tekanan. Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, sepanjang lebih dua dekad berkecimpung dalam industri seni, dia belum pernah 'naik hantu' atau marah apabila berhadapan dengan isu disiplin membabitkan pelakon lain. Menurut Faizal, dia lebih selesa berfikiran terbuka dan positif. Apatah lagi, katanya dia sudah dibayar sebagai pelakon dan selagi tidak melebihi tempuh bekerja selama lapan jam, pastinya dia akan bersabar. "Apa yang pasti, industri seni di Malaysia ini kecil saja. Pusing-pusing, pada masa akan datang sudah tentu akan bekerjasama semula. Jadi, sebolehnya saya tidak mahu bermasam muka dalam hubungan sesama artis. FAIZAL bersama barisan pelakon yang membintangi filem Gudang Kubur pada majlis pelancaran, baru-baru ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |