Rumah bertongkat buluh

Rumah bertongkat buluh


Rumah bertongkat buluh

Posted: 28 Mar 2014 03:09 PM PDT

Pasir Mas: Kerana tidak mahu menyusahkan empat anak yang bersedih dengan perceraiannya bersama bekas isteri, seorang warga emas sanggup hidup dalam serba kedaifan di sebuah rumah usang di Kampung Jebak Puyuh, Lubuk Tapah, di sini.

Lelaki terbabit, Ibrahim Muda, 80, berkata, dia lebih rela menghuni pondok yang ibarat bangsal buruk tanpa dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih mahupun tandas asalkan kehidupan hariannya diteruskan seperti biasa.

Katanya, dia membina rumah itu sendiri walaupun kelihatan senget sedikit dan terpaksa ditongkat dengan buluh bagi mengelaknya rebah.

"Ini saja yang mampu saya bina dengan kudrat yang ada. Cukuplah asal boleh berteduh daripada panas dan hujan.

Foto

IBRAHIM tongkat rumah guna buluh elak roboh. Gambar kecil, ruang rumah terhad dan daif.


"Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak, apatah lagi selepas bercerai beberapa tahun lalu mereka kekal menetap di Pahang dan saya pulang ke sini," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/29

600 kawal SIC

Posted: 28 Mar 2014 02:59 PM PDT

Sepang: Lebih 600 pegawai dan anggota polis ditugaskan pada Kejohanan Formula Satu (F1) PETRONAS Malaysia Grandprix 2014 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berakhir esok.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintenden Mohd Yusoff Awang berkata, tahun ini pihaknya menyediakan 100 anggota tambahan mengawal keselamatan, ketenteraman awam dan mengawal lalu lintas berbanding 500 anggota tahun lalu.

"Kejohanan ini adalah acara tahunan berprestij peringkat antarabangsa dan kita menganggarkan seramai 100,000 pengunjung hadir menyaksikannya.

"Kami tidak mahu berlaku jenayah yang tidak diingini seperti pergaduhan, ragut, kecurian atau kehilangan anak, selain ingin memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya pada sidang media selepas taklimat keselamatan dan lalu lintas F1 di sini, semalam.

Foto

KEJOHANAN F1 berakhir esok.


Turut hadir, Ketua Trafik Selangor Superitendan Zulkifli Jonit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/29

Bas dua alam

Posted: 28 Mar 2014 02:59 PM PDT

Kuala Berang: Dua kenderaan 'amphicoach' (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

"Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah 'amphicoach' buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

"Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

Foto

AMPHICOACH bakal merancakkan pelancongan Tasik Kenyir dan digunakan untuk pemindahan mangsa banjir.


"Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/29

Rosberg konsisten

Posted: 28 Mar 2014 02:58 PM PDT

Sepang: Nico Rosberg terus mempamerkan pemanduan konsisten selepas mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 39.909 saat pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Kejayaan Rosberg mendominasi saingan semalam seakan memberi petanda awal untuk mengulangi kejayaan pada perlumbaan pembuka tirai di Litar Albert Park, Australia dua minggu lalu yang menyaksikannya muncul juara.

Rosberg dilihat begitu selesa dengan jentera Mercedes AMG Petronas ketika barisan pemandu lain bergelut menyesuaikan diri mereka dengan beberapa peraturan baru termasuklah penggunaan enjin 1.6 liter V6 berkuasa turbo.

Sesi latihan bebas pertama juga tidak mengecewakan Rosberg apabila mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan masa 1:41.028s.

Foto

ROSBERG selesa dengan jentera baru.


"Keadaan cuaca sangat panas dan sangat mencabar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/29

Berguru dengan Amber Chia

Posted: 28 Mar 2014 02:58 PM PDT

Cantik, muda, berpotensi besar dan paling penting berbakat. Itulah kriteria yang cukup kuat untuk meletakkan Wanna Ali, 17, menjadi penghias muka depan RAP hari ini.

Siapakah dia? Pasti itu persoalan pertama apalagi lembaran kerjanya belum bergemerlapan mana pun sehingga takat ini.

Pelakon atau penyanyi? Jawapannya kedua-dua sekali kerana mula berkumandang namanya dalam industri, lagu Lepaskan nyanyiannya jadi siulan tiba-tiba.

Begitu juga dengan bidang lakonan, sudah tiga filem dibintanginya termasuklah pelakon pembantu untuk Aku Ada Kau Ada, Tokan serta cameo dalam Penanggal.

Foto

WANNA mahu jadi ahli perniagaan.


Yang jelas, pesona dibawa gadis kelahiran Kuala Lumpur ini nyata berbeza di mana pembawaan dirinya terlihat ada 'class' tidak berpadanan usianya baru di tingkatan lima.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/29