MAKIN LUAS |
- MAKIN LUAS
- 'Henti spekulasi, hormati keluarga mangsa'
- APMM terima kebenaran henti SAR di Selat Melaka
- MKN digesa ketuai proses penyampaian maklumat tepat
- PRK DUN Kajang: Dakwaan cuba burukkan imej
- DUN Balingian: RM5 bilion laksana projek luar bandar
Posted: 16 Mar 2014 02:59 PM PDT Anak kapal P-8A Poseidon yang turut serta dalam misi SAR menjejaki MH370. (Gambar kecil) Pangkalan Tentera Diego Garcia milik Amerika Syarikat di Lautan Hindi. Sepang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 239 penumpang dan anak kapal MH370 kini memasuki fasa baharu apabila diperluaskan secara rasmi ke dua koridor. Antara negara terbabit termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis untuk meminta kerjasama mengenai kaedah terbaik menghantar aset ke dua koridor terbabit. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
'Henti spekulasi, hormati keluarga mangsa' Posted: 16 Mar 2014 02:53 PM PDT Shah Alam: Semua pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana anak kapal atau penumpang pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih hilang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata spekulasi hanya akan menyukarkan keluarga mereka yang bersedih dalam suasana sukar ketika ini. Katanya, rakyat Malaysia perlu memberi sokongan moral kepada ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan itu agar terus tabah dan bersabar menghadapi ujian ini serta berdoa agar operasi menyelamat berjalan lancar dengan diselesaikan dengan secepat mungkin. "Kerajaan Selangor sedih dengan perkembangan terbaharu yang dilaporkan media antarabangsa mengenai pesawat MH370 yang disyaki dirampas," katanya. |
APMM terima kebenaran henti SAR di Selat Melaka Posted: 16 Mar 2014 02:52 PM PDT Langkawi: Semua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di Selat Melaka dipanggil pulang semalam. Difahamkan, ia membabitkan tiga kapal milik APMM, masing-masing bersaiz minimum 30 meter iaitu KM Tenggol, KM Kimanis dan KM Marlin.
Berdasarkan maklumat, KM Tenggol baru memasuki kawasan pencarian kelmarin, iaitu di Sektor A yang terletak paling utara di Selat Melaka dan turut meliputi sekitar Pulau Perak bersempadan dengan Indonesia. Kapal jenis PX itu menggantikan KM Sugut milik APMM yang dikatakan sudah berada di lokasi pencarian sejak Ahad lalu. Sementara KM Kimanis pula sudah berada di lokasi pencarian sejak Ahad minggu lalu dan menjalankan operasi SAR di Sektor B, manakala KM Marlin pula di Sektor D. Selain kapal milik APMM, lima kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membantu operasi SAR di enam sektor ditetapkan ARCC di sekitar Selat Melaka membabitkan Sektor A, B, C, D, E dan F. Turut serta, tiga kapal dari Indonesia membabitkan KRI Kraf, KRI Sultanto dan KRI Matacora yang membantu tugas pencarian di sekitar kawasan perairan bersebelahan negara jiran itu. Sementara itu, sumber ketika diminta mengulas arahan menghentikan operasi di Selat Melaka itu, bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci, termasuk status kapal milik agensi lain yang turut menjalankan SAR di sekitar Selat Melaka. Namun, sumber itu tidak menolak kemungkinan arahan dikeluarkan susulan tumpuan baharu pasukan penyiasat berhubung kehilangan pesawat jenis Boeing 777 di sekitar dua koridor utama seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin. Dua koridor itu membabitkan di kawasan utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand, selain di selatan yang dianggar mengunjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi, selepas pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama sebelum ini disahkan pesawat MH370. |
MKN digesa ketuai proses penyampaian maklumat tepat Posted: 16 Mar 2014 02:43 PM PDT Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa mengetuai proses penyampaian maklumat yang tepat berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kesembilan semalam. Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata proses penyampaian maklumat itu perlu dilakukan dengan berhati-hati dan cermat terutama pada sidang media yang berlangsung setiap hari.
Tak perlu beban agensi lain "Kenapa biarkan ramai pihak yang bercakap ketika sidang media berlangsung. Sepatutnya tidak perlu bebankan agensi lain dan MKN perlu mengambil alih tugas terbabit. "Jika maklumat yang diberikan bercanggah antara satu sama lain, ia akan menghilangkan kepercayaan negara luar terhadap perkhidmatan penerbangan negara ini, perkara ini akan menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam. Ditanya mengenai wujudnya unsur pengganas dan sabotaj berhubung misteri kehilangan pesawat yang masih belum terungkai itu, Shahul Hamid berkata, apa juga kemungkinan sudah pasti dilakukan seorang yang sangat mahir menerbangkan pesawat Boeing 777-200. "Jika benar pesawat terbabit dirampas sekalipun, kita harap ia bukan dilakukan juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah). Mungkin ada di antara penumpang yang berkemampuan untuk mengendalikan pesawat berkenaan," katanya. |
PRK DUN Kajang: Dakwaan cuba burukkan imej Posted: 16 Mar 2014 02:39 PM PDT Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun menegaskan, beliau tidak berkecil hati dengan tindakan pihak tertentu yang memperlekehkan penampilannya sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula Selasa lalu. Ketika ditanya media selepas majlis pelancaran bilik gerakan MIC Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Chua, di sini, semalam, calon Barisan Nasional (BN) itu mengakui beliau seorang yang ringkas dan lebih sukakan kecantikan semula jadi. "Saya seorang yang sangat ringkas, hanya pakai gincu. Kecantikan semula jadi lebih baik dan hanya bersolek bila bergambar di studio," katanya mengulas perkara itu yang turut menjadi bahan bualan sepanjang kempen PRK ini yang ketandusan isu tempatan dan nasional. Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Mei Fun mengulangi jaminan akan menjadi wakil rakyat kepada semua tanpa mengira kaum dan agama jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Kajang, 23 Mac ini. Terdahulu pada program kayuhan basikal di bandar ini, Naib Presiden MCA itu menafikan tuduhan pembangkang kononnya beliau hanya berdiam berkaitan isu pengambilalihan tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. "Dakwaan itu tidak benar dan cuba memburuk-burukkan imej saya selepas mereka tidak ada isu lain. Sebenarnya ketika itu, kita ikut permohonan dan permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ahli Lembaga Pengarah SJKC Damansara yang mahu memindahkan sekolah itu dari kawasan berkeluasan hanya 0.28 hektar ke tapak lain seluas 2.55 hektar. Pada majlis berasingan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika mengulas isu sama, memberi amaran kepada PKR supaya tidak membuat tohmahan berhubung isu penutupan SJKC yang disifatkannya fitnah paling besar dihadapi parti terbabit. |
DUN Balingian: RM5 bilion laksana projek luar bandar Posted: 16 Mar 2014 02:35 PM PDT Mukah: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membelanjakan kira-kira RM5 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan luar bandar di Sarawak sejak tiga tahun lalu. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan sentiasa memperuntukkan dana untuk pembangunan Sarawak dan bukan ketika musim pilihan raya. "Perdana Menteri memahami keperluan rakyat negeri ini dan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan untuk manfaat rakyat," katanya. Kerajaan lulus RM1.5 bilion Mohd Shafie berkata, sejumlah RM1.5 bilion diluluskan kerajaan bagi projek bekalan elektrik di pedalaman Sarawak, selain RM600 juta bagi pembinaan Jalan Kapit-Song menghubungkan Kapit ke Kanowit dan Sibu serta kawasan lain. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |