Kaji simulator Kapten Zaharie |
- Kaji simulator Kapten Zaharie
- Rampas guna bom kasut?
- Kereta atas kereta
- Muak seri
- Vokal soprano memukau
Posted: 16 Mar 2014 02:59 PM PDT Sepang : Simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperiksa bagi membantu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengambil simulator penerbangan daripada rumah juruterbang MH370 itu untuk diperiksa oleh pakar. "Kami ke rumah beliau petang semalam dan mengambil simulator dan semuanya yang dapat membantu kami. Kami menanggalkannya (simulator) di rumah dan memasangnya semula di pejabat kami," katanya pada sidang media yang dipengerusikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, petang tadi. Beliau berkata pakar memeriksa simulator milik juruterbang itu dengan harapan mendapatkan petunjuk bagi membantu mencari kehilangan pesawat itu. CONTOH simulator Boeing 777-200.
Semalam, polis telah memeriksa rumah Kapten Zaharie serta pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid serta membawa beberapa beg yang tidak diketahui kandungannya. Selain itu, Khalid berkata, siasatan polis masih bertumpu kepada empat fokus iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi. "Kami belum melengkapkan siasatan terhadap penumpang dalam pesawat dan mengklasifikasikan siasatan terhadap semua penumpang termasuk kru mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan iaitu menjurus kepada kesalahan merampas pesawat, sabotaj termasuk perbuatan pengganas dan semua kesalahan mengikut Akta Penerbangan. "Itu bermaksud kita menyiasat semua penumpang dalam pesawat berkenaan. Kami juga menyiasat semua pihak yang mempunyai kaitan dengan pesawat termasuk petugas yang tarik kapal terbang," katanya mengaku belum menerima data lengkap atau profil semua penumpang setakat ini. Boeing 777-200ER sedang dalam penerbangan ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 kru bila hilang dari imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi. Pesawat dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi. Nasib penumpang masih tidak diketahui kerana pesawat belum dapat dikesan. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17 |
Posted: 16 Mar 2014 02:59 PM PDT Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menjadi lebih rumit apabila ada dakwaan mengaitkannya dengan kumpulan pengganas al-Qaeda. The Telegraph yang berpejabat di London melaporkan seorang bekas pengikut kumpulan itu Saajid Badat memberitahu mahkamah di New York minggu lalu bahawa empat hingga lima lelaki warga Malaysia merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang disembunyikan di dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit kapal terbang. Pertemuan antara Saajid dengan kumpulan berkenaan didakwa berlaku pada 2001, tidak lama selepas peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September tahun yang sama. Bagaimanapun, perancangan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan ia kini cuba dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu. DUA anggota keselamatan berkawal di KLIA.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17 |
Posted: 16 Mar 2014 02:58 PM PDT Kota Bharu: "Bunyi dentuman sangat kuat dan apabila keluar, saya terkejut melihat sebuah kereta berada di atas kereta kakak dengan kedudukan yang sama tinggi dengan bumbung rumah," kata Ibrahim Hamzah, 49, menceritakan detik cemas rumah dia dan kakaknya dirempuh sebuah kereta di Jalan Guchil Bayam di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Ibrahim sekeluarga panik seketika apabila mendapati bahagian hadapan rumah mereka hampir 'ranap' dirempuh kereta dipandu seorang remaja lelaki berusia lingkungan 20-an. Difahamkan remaja itu memandu seorang diri dari arah Kubang Kerian namun hilang kawalan apabila melalui laluan terbabit menyebabkan garaj kenderaan milik Ibrahim runtuh dan kereta serta motosikal milik keluarga berkenaan rosak teruk. Ibrahim berkata, dia tidak menyangka bunyi bising burung candik belaannya petanda ada kenderaan lain merempuh rumah mereka. IBRAHIM melihat rumah kakaknya dirempuh kereta.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17 |
Posted: 16 Mar 2014 02:58 PM PDT Kuala Lumpur: "Jangan jadi pakar seri". Itu permintaan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terhadap skuad kendalian Mehmet Durakovic yang terus gagal mencipta kemenangan apabila meraih keputusan seri 1-1 menentang ATM dalam aksi Liga Super, malam kelmarin. Ia adalah keputusan seri ketiga berturut-turut dilakar Selangor termasuk dua aksi dalam Piala AFC menentang Arema Indonesia (1-1) dan Maziya Sports & Recreation (1-1) dengan kali terakhir Merah Kuning meraih kemenangan pada awal bulan lalu ketika menewaskan Sime Darby dalam kancah Liga Super. "Kalau boleh kami mahu kembali meraih kemenangan secepat mungkin terutama apabila bertandang ke Vietnam menentang Hanoi T&T walaupun ia sukar berdasarkan prestasi lawan yang mendominasi peringkat Kumpulan F ketika ini. Namun kami perlu mencubanya. "Jurulatih perlu memanfaatkan sepenuhnya pemain yang dimiliki seperti Afiq Azmi, A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri yang banyak memanaskan bangku simpanan sebelum ini. Namun terpulang kepada kebijaksanaan jurulatih untuk menentukannya kerana beliau menyedari dengan jadual padat yang perlu diharungi Selangor," menurut Setiausaha Agung FAS Rosman Mohd Ibrahim.
|
Posted: 16 Mar 2014 02:58 PM PDT "Peminat di Malaysia terbaik, mereka tahu semua lagu yang kami nyanyi," kata David Miller, anggota kumpulan pop opera Amerika Syarikat ketika konsert A Musical Affair : The Greatest Songs of Broadway Live di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam kelmarin. Konsert Il Divo yang turut dianggotai tiga lagi jejaka tampan iaitu Sebastien Izambard, Carlos Marin dan Urs Buhler berjaya menarik lebih 4,500 penonton yang rata-ratanya terhibur dengan 20 lagu yang dipersembahkan kumpulan itu dipetik dari album lama hingga yang terbaru A Musical Affair. Sebelum itu, mereka turut mengadakan persembahan di tempat yang sama Jumaat lalu. Konsert dengan durasi hampir dua jam 30 minit itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada penyanyi Filipina, Lea Salonga. DUET bersama Lea Salonga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |