Merisik khabar gembira |
- Merisik khabar gembira
- Objek hanyut 400 km
- Petunjuk paling kukuh
- Zulfadli nafi ponteng
- Cari info buah hati dari Google
Posted: 20 Mar 2014 01:05 PM PDT Putrajaya: "Saya berharap anak saya dan menantu Mohd Razahan Zamani (suami Norli Aqmar) yang menaiki pesawat itu dalam keadaan selamat," kata Hamid Ramlan, bapa kepada penumpang pesawat MH370, Norli Akmar. Menurutnya, sesi taklimat bersama keluarga itu kebanyakannya membabitkan perkara yang diterangkan sudah didedahkan pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang. HAMID ditemuramah media mengenai taklimat keluarga penumpang dan kru MH370 di Cyberjaya, malam tadi. FOTO Fariz Iswadi Ismail HAMDAN berharap anak dan menantunya selamat. FOTO AFP SELAMAT diberi peluang untuk bertanyakan mendapatkan perkembangan terkini kes kehilangan MH370. FOTO BERNAMA
Di Hotel Everly, Putrajaya, seorang lagi waris penumpang MH370, Selamat Omar, 60, memberitahu taklimat berlangsung dalam keadaan tenang, namun ada juga di kalangan mereka terutama keluarga dari China yang tidak dapat membendung perasaan sedih. "Mereka banyak bertanyakan soalan terutama mengenai perkembangan terkini kejadian itu. Walaupun ada yang emosi tetapi ada juga di kalangan mereka yang dapat menerima penerangan termasuk kesukaran yang dihadapi pihak berkuasa dalam operasi ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat berkenaan. Selamat berkata, MAS juga memberi peluang kepada ahli keluarga untuk bertanyakan sebarang soalan. Sementara itu, Wakil Khas Perdana Menteri Malaysia ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata, kerajaan bertindak secara telus untuk memaklumkan sebarang perkembangan terkini dan maklumat terbaru mengenai pencarian pesawat itu kepada keluarga. Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 kepada keluarga penumpang. "Taklimat yang diadakan pada malam ini berkisar mengenai usaha dilakukan untuk menjayakan misi mencari pesawat MH370 yang hilang. "Kita memaklumkan semua maklumat terkini yang kita tahu kepada ahli keluarga. Kita tidak menyembunyikan sebarang perkara kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengetuai sesi taklimat perkembangan terkini MH370 di Cyberview Lodge Resort and Spa Cyberjaya, sebentar tadi. Hadir sama Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof. Taklimat berkenaan dihadiri ahli keluarga penumpang dan ia berlangsung hampir dua jam bermula jam 9 malam. |
Posted: 20 Mar 2014 01:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua objek disyaki serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan ditemui di selatan Lautan Hindi dipercayai hanyut sejauh 300 hingga 400 kilometer (km) ke lokasi imej dirakam satelit Australia. Pakar Oseanografi di University of Western Australia Profesor Charitha Pattiaratch berkata, ini berdasarkan arus kuat di kawasan mencari dan menyelamat berada dalam lingkungan Pentas Naturalist yang berukuran 250 km lebar dan 400 km panjang. Katanya, kawasan itu juga dikelilingi laut sedalam kira-kira 5,000 meter yang boleh menenggelamkan puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter. "Berdasarkan faktor arus, serpihan itu kemungkinan hanyut dari barat ke timur sebelum dikesan satelit kira-kira 2,500 km dari Perth. Perairannya tetap dalam walaupun di mana saja pasukan mencari berada," katanya. KAPAL Hoegh St Petersburg dijangka tiba di kawasan barat Australia di mana kemungkinan serpihan pesawat hilang MH370 telah dikesan. FOTO AP
Menteri Pertahanan Australia David Johnston juga mengakui kawasan itu adalah 'terpencil' di dunia. "Operasi mengenal pasti dan mengesahkan maklumat yang dikesan satelit ini merumitkan terutama dari segi logistik," katanya dalam temuramah televisyen di Australia. Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun petunjuk terbaru ini nampak meyakinkan, ia masih perlu disahkan terlebih dulu. Beliau menjelaskan beberapa pesawat milik Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat sedang dalam perjalanan ke lokasi objek berkenaan dan akan menghantar laporan apabila maklumat diperoleh lengkap. Menurutnya, pengesahan sama ada objek yang dikesan adalah pesawat MH370 akan diumumkan secepat mungkin. "Selain aset tentera, kapal dagang yang berada berhampiran turut memberi maklum balas terhadap permintaan bantuan oleh Australia," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-sama, di sini, hari ini. Dua objek masing-masing sepanjang kira-kira 24 meter dan lima meter dikesan satelit Australia dan penemuan ini diumumkan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada sidang Parlimen di Canberra hari ini. Beliau juga memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui panggilan telefon pada 10 pagi tadi. Empat pesawat tentera dikerah untuk mengenal pasti dua objek yang dikesan satelit Australia, kata Pengurus besar Bahagian Respons Kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) John Young. Sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC Australia) AMSA untuk menjatuhkan boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran, kata Young. Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika tugas menempatkan semula objek berlanjutan. Tiga pesawat lain juga akan ke kawasan itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat. "Pesawat Poseidon dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," katanya. Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success, juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi akan mengambil masa beberapa hari sebelum tiba. Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370, katanya. Sementara itu, syarikat perkapalan Hoeeg Autoliners mengesahkan sebuah kapal pengangkut Norway tiba di kawasan berkenaan untuk turut serta dalam gerakan mencari. Bagaimanapun, gerakan mencari hari ini agak terbatas berikutan matahari terbenam pada jam 1300 GMT, kata jurucakap Hooeg Autoliners Christian Dahll. Kapal pengangkut yang didaftarkan di St Petersburg itu dalam perjalanan dari Port Louis, Mauritius ke Melbourne apabila ia diminta pihak berkuasa Australia untuk mengubah laluannya di Lautan Hindi bagi melalui kawasan yang dikenal pasti penemuan objek berkenaan. Operasi SAR ditangguhkan malam ini dan akan bersambung semula pada Jumaat. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20 |
Posted: 20 Mar 2014 12:42 PM PDT Kuala Lumpur: Penemuan dua objek, satu daripadanya berukuran 24 meter panjang yang dikesan di Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia, dianggap petunjuk paling kukuh sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang 13 hari lalu. Bagaimanapun, Pensyarah Institut Oceanografi dan Sekitaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir berkata, kawasan perairan dua objek yang ditemui itu dikenali sebagai lokasi ombak besar yang ketinggian melebihi 10 meter. "Laut bergelora sepanjang masa serta cuaca buruk antara cabaran terbesar perlu dihadapi pasukan SAR. "Misi ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan dan tidak mustahil bertahun berikutan kawasan itu cukup besar dengan kedalaman lebih empat kilometer," katanya. ANGGOTA Tentera Udara Diraja Australia bersiap sedia untuk berlepas dengan pesawat AP-3C Orion bagi mencari penerbangan MH370 di bahagian selatan Lautan Hindi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21 |
Posted: 20 Mar 2014 12:22 PM PDT Kuala Lumpur: Juara perseorangan lelaki remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli menafikan dakwaan dia sengaja enggan hadir ke sesi pemilihan terakhir skuad Piala Thomas yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, kelmarin. Arena Metro sebelum ini melaporkan sesi pemilihan dijalankan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memilih pemain terbaik untuk mengisi beberapa kuota berjalan hambar apabila hanya tiga daripada lima pemain profesional dipanggil, hadir - Chan Kwong Beng, Tan Chun Seang dan Arif Latif. Zulfadli serta bekas juara kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun tidak hadir pemilihan itu hingga menimbulkan rasa tidak senang ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek yang mempersoalkan kegagalan mereka berada di Stadium Juara sedangkan BAM sudah memaklumkan mengenai perkara itu lebih awal. "Sebenarnya saya tidak sihat hari itu (Rabu) selepas baru pulang daripada mengikuti kejohanan di Eropah (Terbuka Austria dan Seluruh England). Saya ada menghubungi BAM dan memaklumkan mengenai kesihatan saya selain memberitahu tidak dapat hadir. Zulfadli Zulkiffli
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21 |
Cari info buah hati dari Google Posted: 20 Mar 2014 08:34 AM PDT Selepas lama hidup bersendirian kerana kegagalan rumah tangga yang dibina lima tahun lalu, kini pengacara dan penyampai radio MIX FM, Sarimah Ibrahim, 36, sudah bertemu pengganti yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapi. Kesan perceraian lalu, Sarimah tidak pernah berhasrat untuk membina istana cintanya semula sehinggalah dia bertentang mata dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, iaitu cucunda kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pada satu majlis makan malam rakannya yang juga rakan kepada Nadzimuddin atau mesra dipanggil Jamie iaitu nama timangan yang diberi bondanya sejak kecil. "Tanpa saya ketahui kami berkawan dengan orang yang sama dan ketika makan malam itu saya asyik bertegur sapa serta berbual dengan rakan lain sehinggalah saya terpandang padanya yang duduk di hujung meja memerhatikan saya. Dalam hati saya, ia sesuatu yang menarik dan ia seperti memberi satu isyarat. Daripada saling berpandangan dan mengangkat tangan, dia menegur saya lalu kami berbual panjang. "Kami berbual lama bertukar-tukar topik termasuk isu perceraian kerana Jamie juga duda, kehidupan dan macam-macam lagi. Kami berdua juga mempunyai banyak persamaan termasuk berkongsi minat dalam sukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |