Lautan Hindi pula |
- Lautan Hindi pula
- Baca 30 juzuk
- Guna 'ladder' jejak MH370
- Pelabuhan Klang makin tak nampak
- Pancing Piala Dunia
- 'Firos minta jangan menangis'
Posted: 13 Mar 2014 04:10 PM PDT WASHINGTON: Lautan Hindi mungkin menjadi kawasan pencarian terbaru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata White House, awal pagi tadi. Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad. "Kami dalam perbincangan bersama sekutu antarabangsa untuk memastikan aset yang sepatutnya dikerah ke kawasan itu," katanya. Namun, Carney tidak memberi penjelasan lanjut mengenai maklumat baru ini.
|
Posted: 13 Mar 2014 04:10 PM PDT Pasir Puteh: Penasihat Majlis Agama Johor Datuk Noh Gadut bersama 16 rombongan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) membaca 30 juzuk al-Quran ketika menaiki bot penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Pangkalan APMM Tok Bali dalam perjalanan selama satu jam sebelum mengadakan solat hajat di Pulau Perhentian, Terengganu, semalam. Noh berkata, usaha itu bagi memohon pertolongan Allah SWT dalam usaha mencari pesawat MAS penerbangan MH370 dan turut meminta sesiapa yang berada di Makkah dan Madinah memohon doa di sana. "Sebagai orang Islam, kita yakin dengan pertolongan Allah apatah lagi kita sebagai golongan musafir yang datang dari jauh untuk memohon doa kepada-Nya. "Saya juga mengharapkan umat Islam di seluruh negara ini mengambil peluang untuk berdoa kerana ia sangat mustajab terutama di Makkah dan Madinah," katanya kepada pemberita yang turut menaiki bot penyelamat berkenaan. NOH (tiga dari kiri) bersama bekas Imam Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail (dua dari kiri) ketika bacaan doa di Pulau Perhentian, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14 |
Posted: 13 Mar 2014 04:09 PM PDT Kuala Lumpur: Kesungguhan pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat MH370 tidak dapat dipertikaikan. Itu disaksikan sendiri jurukamera Harian Metro yang menyertai SAR bersama 13 petugas media dari agensi lain ketika mengikuti misi pencarian pesawat MH370 bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menaiki pesawat Charlie 130. Misi yang melakukan pemantauan meliputi empat kawasan sekitar perairan negara itu diketuai juruterbang Mejar Zuliana Zulkifle, pembantu juruterbang, Kapten Mohd Syamsul Mohd Yusof, seorang jurumalim (navigator) serta dua anggota. Pencarian berkenaan dimulakan seawal jam 7 pagi ketika jurugambar dan petugas media lain tiba ke perairan Selat Melaka. SARJAN Udara Zulfamy Sulaiman melakukan tinjauan selama tiga jam bagi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing untuk hari ke Enam di perairan Andaman. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli PEGAWAI Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan tinjauan selama tiga jam bagi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing untuk hari ke Enam di perairan Andaman. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
"Kaedah yang digunakan dalam misi ini dipanggil 'ladder' iaitu pesawat bergerak dalam bentuk segi empat bagi melakukan pemantauan meliputi Selat Melaka, Pulau Pinang, Langkawi, Phuket (Thailand) sehinggalah Lautan Andaman sebelum terbang di dalam kawasan petak (ditetapkan) secara 'zig zag'. "Peralatan seperti 'bioscope' dan kamera digital tertentu turut digunakan bagi menentukan sesuatu imej dapat dilihat dengan lebih jelas," kata mereka. Bagaimanapun, pencarian berkenaan gagal menemui sebarang petunjuk mengenai MH370 sebelum jurugambar dan petugas media lain kembali ke pangkalan TUDM di Subang. Biarpun begitu, apa yang disaksikan jurukamera adalah kesungguhan dan sikap komited semua pihak yang terbabit dalam SAR selain mengharapkan orang ramai bersabar dan tidak menyalahkan mana-mana pihak selain berdoa semoga menemui petunjuk positif. Pesawat C130 ini adalah pesawat pengangkut pelbagai fungsi yang digunakan TUDM sejak 1976 lagi. Selain misi menyelamat, pesawat yang menjadi nadi TUDM itu sering terbabit dalam pelbagai operasi termasuk penerbangan ihsan dan bantuan kemanusiaan. |
Pelabuhan Klang makin tak nampak Posted: 13 Mar 2014 04:09 PM PDT Kuala Lumpur: Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 325 yang dikategorikan sebagai 'berbahaya' sehingga 11 malam tadi, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS). Menurut JAS, 13 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu antara 100-200 ialah Bandaraya Melaka (124), Bukit Rambai (146), Nilai (170), Port Dickson (155), Seremban (161) dan Tanjung Malim (117). Banting yang pada sekitar 7 petang mencatatkan 189 sudah mencecah 270 iaitu sangat tidak sihat pada sekitar 11 malam. Kuala Selangor mencatatkan penurunan kepada 171 berbanding 179 pada 7 petang manakala Petaling Jaya (174), Shah Alam (164), Batu Muda di Kuala Lumpur (174), Cheras (144) dan Putrajaya (180).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan |
Posted: 13 Mar 2014 04:09 PM PDT Kuala Lumpur: Pencarian jurulatih baru skuad kebangsaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak terhad kepada enam calon jurulatih import yang disenarai pendek ketika ini sebaliknya badan induk bola tanah air itu juga turut mengintai jurulatih yang menjadi 'mangsa' Piala Dunia Brazil Jun depan. 32 jurulatih bertaraf dunia bakal beradu nasib bersama pasukan masing-masing dan mengikut kebiasaannya pasti ada jurulatih dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela sekiranya gagal mencapai misi ditetapkan. Jika itu berlaku, FAM cuba 'menangguk di air keruh' untuk memancing mana-mana jurulatih yang bebas daripada kontrak ketika itu untuk dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya selepas khidmat Datuk K Rajagobal berakhir 31 Disember lalu. "Tahun ini kejohanan Piala Dunia akan berlangsung pada Jun dan secara peribadi saya percaya ramai jurulatih yang akan menjadi 'mangsa' Piala Dunia, siapa tahu? Kami akan melihat pilihan itu juga Jun ini. Cuma sekarang kami akan tetap melakukan proses rundingan dengan calon sedia ada dan melihat apa yang mereka boleh tawarkan," kata Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui baru-baru ini. SUBAHAN (kanan) sasar jurulatih import.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14 |
Posted: 13 Mar 2014 04:08 PM PDT Di saat seluruh negara diselubungi kesedihan dan tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan pesawat MH370, penyanyi terkenal Misha Omar, 32, turut dihambat perasaan yang sama dan bimbang sekiranya perkara yang sama berlaku kepada lelaki yang dicintainya Firos Ezzwan Rossly. Firos, 32, yang bertugas sebagai juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) sejak empat tahun lalu bakal bernikah dengan Misha pada Mei nanti. Pastinya misteri kehilangan MH370 mengundang kegusaran di hati Misha lebih-lebih lagi Firos baru pulang bertugas dari Beijing dua hari sebelum pesawat malang itu dilaporkan hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing Sabtu lalu. Misha ketika ditemui RAP kelmarin berkata, sebaik mengetahui kejadian itu dia terus bertanya kepada tunangnya mengenai aspek teknikal dan sebagainya. "Firos memaklumkan mereka (juruterbang) memang dilatih untuk berdepan dengan situasi cemas. Namun, walaupun sudah melakukan segala-galanya dalam aspek keselamatan dan jika ia tetap berlaku, itu adalah di luar kemampuan manusia.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |