Dakwaan tidak benar: Shabery |
- Dakwaan tidak benar: Shabery
- Polis Kapit minta bantu nyidi Ong Ming Tze, 54
- PDRM ngatur pengawa beripai nyerumba penumbuh ti ke-207
- Tiga ahli SUPP mohon CWC tarik balik arahan pemecatan
- BN ngarapka ulih menang nengah majoriti besai: KM
- Liverpool makin desak Chelsea
Posted: 27 Mar 2014 09:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Tuduhan media antarabangsa yang Malaysia menyalurkan maklumat tidak tepat berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370 adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sebaliknya, beliau berkata pembabitan 26 buah negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu membuktikan negara lain percaya dengan maklumat dan cara Malaysia mengendalikan kejadian itu. "Apabila insiden MH370 berlaku mungkin ada orang mencari alasan dan cuba mencari pihak untuk dipersalahkan, dalam hal ini tumpuan mereka pada Malaysia dan syarikat penerbangan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kompleks Angkasapuri di sini, semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dan wakil jabatan serta agensi di bawah KKMM. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang laporan media asing yang cuba menyalahkan kerajaan berhubung penyaluran maklumat berhubung tragedi MH370 dan golongan selebriti Cina yang mengancam untuk memboikot produk komersil dan pelancongan Malaysia ekoran insiden itu. Ahmad Shabery berkata perbezaan sistem komunikasi dan ketelusan sesebuah kerajaan dalam menyalurkan maklumat di negara terbabit mungkin menyebabkan timbulnya tuduhan menyalahkan kerajaan Malaysia dalam insiden itu. "Misalnya dalam negara kita apa saja yang ditanya kita buat (jawab) secara terbuka dan ia tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, ini berbeza dengan negara berkenaan yang tiada sistem sama seperti kita. "Jadi sudah tentu timbul tanggapan bahawa ada konspirasi kita (kerajaan) menyembunyikan fakta, dalam konteks ini masih ada lagi yang percayakan teori tidak berasas yang digembar-gemburkan sama ada oleh media asing ataupun orang dalam negara kita," katanya. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama. Berdasarkan kepada analisis menggunakan data satelit yang dijalankan oleh syarikat pengendali satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch di UK, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Dalam pada itu, Ahmad Shabery memuji Jabatan Penerangan Malaysia yang mengendalikan pusat media dan sidang akhbar dengan teratur sejak hari pertama insiden kehilangan pesawat MH370. "Saya akan melihat kembali apakah 'template' yang kita gunakan dan bagaimana ia boleh disesuaikan dengan tuntutan semasa. "Ini menuntut satu kreativiti, inovasi dan formula baharu iaitu bekerja sebagai satu pasukan dan bagaimana formula ini akan menjadi SOP untuk setiap permasalahan baharu yang timbul yang tidak pernah kita terfikir sebelum ini," katanya. — Bernama |
Polis Kapit minta bantu nyidi Ong Ming Tze, 54 Posted: 27 Mar 2014 09:02 AM PDT KAPIT: Polis Kapit deka nemu enggau lengkas penunga seiku peranak menua bansa China, Ong Ming Tze, 54 taun, ngempu kad pengelala belumur 600502-13-5319, sebedau tu nguan No 64, Jalai Airport, 96800 Kapit, Sarawak. Barang sapa ti ngelala tauka pendiau iya dipinta madah ngagai pemesai pengawa penasat, Inspector Mohd Nazri Dahere di Opis Polis Pelilih Mit Kapit nengah lumur 084-796222. Ong ditasat di baruh 'Section 7 (1) 1958, bebaika senyata tajam (pisau lipat) ba palan mensia mayuh. We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
PDRM ngatur pengawa beripai nyerumba penumbuh ti ke-207 Posted: 27 Mar 2014 09:02 AM PDT SRI AMAN: Beserimbai enggau pengawa ngintu Taun ti Ke-207 Penumbuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) seraban polis bisi udah ngatur 'Program Gotong Royong PDRM Bersama Masyarakat ' di Chapel Katolik, Mount Hosanna Gua, Sri Aman ditu ensana. Program beripai ke berengkah pukul 8.30 ngagai 11.30 pagi nya digulu raban pengelikun ari Kompeni 'C' 'BN' 10 Pasukan Gerakan Am Kem Temudok Sri Aman diketuaika Inspektor Juvinh Adrian. Seraya PDRM Pelilih Sri Aman betuaika Inspektor Bunsa Jembat enggau Inspektor Jescia Unchi. Penyampau 55 iku pemesai enggau raban PDRM Sri Aman, raban PGA Temudok sereta Gerempung Bala Bini Polis (PERKEP) Pelilih Sri Aman bisi datai ngulu program tu. Maya nya mega , bela bisi datai , Rev. Fr. Richard Kho seiku ari ketuai chapel nya. Iya mega ngintu hari pengada iya ke -74 taun maya program nya. Bisi datai Chairman Gereja Katolik Sri Aman, Victor Bille. We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
Tiga ahli SUPP mohon CWC tarik balik arahan pemecatan Posted: 27 Mar 2014 09:02 AM PDT SARIKEI: Tiga ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dipecat daripada keahlian parti memohon pihak Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP menarik balik arahan terbabit. Ahli terbabit ialah Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Kaunselor Chan Pan Chan, Penghulu Sia Jii Ming dan Kapitan Wong Yew Nung. Pengerusi MDS Kaunselor Chan Pan Chan ketika mengulas mengenai tindakan tersebut kepada media berkata, sewajarnya keputusan pemecatan tersebut tidak dibuat dengan melulu. "Kami bertiga telah menerima surat pemecatan daripada CWC pada 22 Mac yang lalu. Sewajarnya tindakan pemecatan ini ditangguhkan atau dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya sebelum ia diputuskan. "Ini terutama dalam usaha semua pihak menyatukan SUPP yang telah terbahagi kepada dua kumpulan. "Sekiranya situasi atau niat ini diteruskan, kita yakin pe-rasaan tidak berpuas hati atau konflik dalaman ini tidak akan mampu dijernihkan. "Kita berharap pihak CWC parti dapat mempertimbangkan tentang perkara ini, sebelum perkara yang lebih rumit berlaku lagi kepada parti ini," kata Chan, semalam. Ketidakpuasan hati terhadap keputusan yang telah diambil oleh CWC terhadap tiga ahli terbabit turut di-sokong oleh sekitar 50 ahli SUPP Cawangan Sarikei yang lain. Justeru dengan pembata-lan pemecatan tersebut juga, Chan berharap usaha semua pihak yang ingin menyelamatkan parti tertua di Sarawak itu dapat direlisasi-kan dengan jayanya tanpa ada sebarang perasaan negatif dan tidak berpuas hati daripada semua pihak, khususnya ahli parti. "Kami berharap pihak CWC dapat mempertimbangkan semula dan menarik balik surat pemecatan yang telah dikeluarkan kepada kami bertiga," ujar Chan lagi. |
BN ngarapka ulih menang nengah majoriti besai: KM Posted: 27 Mar 2014 09:02 AM PDT MUKAH: Pengudah 12 hari bekimpin, BN arap bendar ulih menang ba Pengawa Bepilih Mit Balingian. Kepala Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem nyebut pekara tu ba Pengerami Ketuai Begulai enggau Rayat di Genturung Pendiau Jembungan ditu kemari. "Kami arap bendar ulih menang ba Pengawa Bepilih Mit tu. Bala pengundi anang enda nurun kena 29 March tu, laban enti sida enda nurun ngundi, kami enda ulih menang. "Kami mega arapka ulih menang enggau majoriti ke besai, ngambika penyakal lenyau duit chengkeram," pia ku Adenan seraya dipanjungka bala penyukung BN ti lalu ngerichahka Balai Mensia Mayuh di Genturung Pendiau Jembungan. Iya mega ngelalau rayat nyukung chalun Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo, ti ngarika parti besai di nengeri tu iya nya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). "Kami nemu utai ke pemadu manah ungkup rayat Sarawak. Orang ke nguji ngemelika kita baka PKR enggau Pas, sida enda nemu kitai ditu diau lantang sereta likun dalam kandang beratus taun ke udah. Sida semina nguji nerenak pemenchi ba rayat kami. "Sida mega enda kitai nadai penanggul ba rayat ke megai mayuh bengkah jalai pengarap baka jalai pengarap Kristin enggau Islam. Kebendar aku bebasa amat ke raban Kristin taja pan aku empu tu Islam. "Ke bendar orang ke sempit runding ti datai ari Semenanjung Malaysia patut belajar bebatak asutr ba jalai pengarap enggau kitai. "Nya alai, aku deka mantu rayat enti sema sida begunaka surau, chapel tauka tepikong,"pia ku Adenan. Ku Kepala Menteri, rayat patut terus milih parti besai nengeri tu sereta ngenggaika parti ari Semenanjung baka PKR enggau Pas laban sida enda nemu pekara ke amat nyadi ditu. Lebuh ke ngenang sentang chalun BN, Adenan madah, ke bendar bisi tujuh iku chalun ti dikeandalka bediri ba sitak Balingian, lebuh penuduk nya dipuangka Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ti dipadu nyadi Tuai Megai Menua. "Ari tujuh iku nya, kami milih empat iku udah diserenih baru nyadi dua iku. Penudi enda semina entara Akit Sebli enggau Yussibnosh Balo. Taja pia aku medah ngagai Akit, iya udah tuai lalu minta iya milih chalun bukai ungkup BN. Iya nadai mayuh jaku lalu milih DO Dalat (Yussibnosh)'," pia ku Adenan. Adenan mega madah, kebuah iya milih Yussibnosh laban iya jauh biak ari Akit, ngembuan ati ke lurus, ngembuan ruang bilik ke tegap, bisi pelajar sereta ngembuan pangkat ke tinggi, baka DO. "Iya setuju nyadi chalun BN, taja pan ngembuan gaji ke manah lebuh ke gawa nyadi DO sereta mega pinchin ke manah," pia ku Adenan. Adenan ke mega Menteri Pengatur Pemansang Pengeraja Asal enggau Rampa Menua madahka, iya deka ngemendarka peminta peranak menua nya ke mminta tanah sida diberi pala tanah ujung taun tu. Beserimbai enggau pengerami nya, iya lau ngungkupka geran ari perintah, RM150,000 ngambika bisi dikena peranak menua nya ngaga chapel. Yussibnosh mega sama bela bisi ngulu pengerami nya. |
Posted: 27 Mar 2014 09:02 AM PDT LONDON, England: Liverpool meningkatkan peluang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabi la menghampi r i pendahulu liga, Chelsea dengan kurang satu mata selepas menewaskan Sunderland 2-1 di Anfield Rabu lepas. Tendangan percuma cantik Steven Gerrard membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-39 sebelum Daniel Sturridge menambah jaringan pada awal separuh masa kedua tetapi gol lewat Ki Sung-yueng mencemaskan Liverpool, yang bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengutip tiga mata penuh. Ia adalah kemenangan ketujuh berturut-turut buat anak buah Brendan Rodgers dan memintas Manchester City untuk naik ke tangga kedua liga tetapi lebih dua perlawanan berbanding City. "Ia sentiasa perlawanan yang sukar," kata Rodgers. "Sunderland bermain dengan formasi 3-5-2 dan dalam separuh masa pertama, kami terpaksa bermain dengan sabar tetapi ia satu lagi prestasi ter- baik pasukan. "Kami adalah pasukan yang semakin meningkat. Kami berada di tangga kedua, sesuatu yang hebat tetapi ia bergantung kepada pasukan lain untuk tewas. Jadi kami akan terus bekerja- keras. " Sunderland kekal di tangga ketiga dari bawah liga, tiga mata dari zon selamat tetapi dengan kurang satu perlawanan berbanding dua pasukan di hadapannya. Ketika Liverpool menurunkan skuad yang s ama yang menewaskan Cardiff City 6-3 minggu lepas, pengurus Sunderland, Guy Poyet mengambil risiko menurunkan lima pemain pertahanan dalam usaha untuk menangani jentera serangan berbisa pasukan tuan rumah. Dan taktik itu pada awalnya berjaya mengekang asakan Liverpool, yang hanya mampu melakukan beberapa cubaan dari jarak jauh atau dari hujung kotak penalti oleh Philippe Coutinho, Luis Suarez dan Joe Allen. Mereka bagaimanapun mendapat bantuan sebelum rehat apabila pemain pertahanan Sunderland, Santiago Vergini memberikan satu tendangan percuma kepada Liverpool ekoran kekasaran ke atas Suarez di luar kotak penalti. Vergini juga bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning kerana beliau adalah pemain terakhir pasukan (bukan penjaga gol) dan kesalahannya adalah kesalahan kad merah. Gerrard menyempurnakan tendangan percuma untuk meletakkan Liverpool di hadapan. Sunderland cuba bangkit tetapi satu cubaan Connor Wickham berjaya ditepis penjaga gol Liverpool, yang juga bekas penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet tetapi Sturridge meletakkan Liverpool selesa dengan dua gol di hadapan, tiga minit selepas rehat. Ia adalah gol ke-20 Sturridge musim ini, menjadikan beliau dan Suarez – yang mendapat jolokan 'SAS' oleh media British – adalah gandingan ketiga yang menjaringkan 20 gol atau lebih dalam Liga Perdana sejak 1992. Sunderland kelihatan hilang rentak tetapi selepas Mannone menepis cubaan Suarez, Coutinho dan juga Sturridge, Lee Cattermole mencemaskan Liverpool apabila rembatannya terkena palang. Sturridge juga gagal menambah gol kedua peribadi apabila rembatannya terkena palang seminit kemudian sebelum Ki merapatkan kedudukan ketika berbaki 14 minit permainan tetapi Liverpool berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat. Pada perlawanan lain, West Ham United menewaskan Hull city 2-1 di Upton Park untuk menamatkan tiga kekalahan berturutturut dan mengurangkan kebimbangan penyingkiran dari liga. Mark Noble meletakkan West Ham di hadapan dari satu tendangan penalti pada minit ke-26 di mana penjaga golnya, Allan McGregor dibuang padang kerana kekasaran ke atas Mohamed Diame. Nikica Jelavic menyempurnakan tendangan percuma Tom Huddlestone pada awal separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan tetapi gol sendiri James Chester pada minit ke-54 menghadiahkan kemenangan West Ham. — AFP |
You are subscribed to email updates from BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |