5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT

5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT


5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT

Posted: 17 Mar 2014 02:50 PM PDT

5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT

Lapangan terbang di Maldives, Diego Garcia, tiga di India dan Sri Lanka ditemui

Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

"Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter."

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

PM hubungi pemimpin kawasan SAR

Posted: 17 Mar 2014 02:41 PM PDT

 PM hubungi pemimpin kawasan SARNajib bercakap dengan pemimpin negara yang terbabit dalam kawasan operasi SAR penumpang dan kru MH370.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan sentiasa berhubung dengan pemimpin negara yang terbabit dalam kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) penumpang serta kru pesawat MH370.

Perdana Menteri berkata, sejak Sabtu lalu, beliau memberi penekanan dalam kes itu dengan menghubungi pemimpin negara berkenaan termasuk Turkmenistan, Kazakhstan, Bangladesh, India, Australia, Vietnam, dan yang terbaharu, China, petang semalam.

Dalam entri terbaru laman Facebook rasminya petang semalam, beliau berkata, Kementerian Luar juga menghubungi semua negara terbabit dalam kawasan operasi SAR dalam usaha mendapatkan kerjasama menjejaki MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Perkongsian maklumat terkawal

Posted: 17 Mar 2014 02:39 PM PDT

Perkongsian maklumat terkawalHishammuddin bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang, semalam.

Sepang: Perkongsian maklumat dengan pelbagai agensi asing yang terbabit dalam siasatan kehilangan pesawat MH370 tidak menjejaskan keselamatan negara kerana ia masih dalam kawalan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Ia tidak dalam tahap yang membimbangkan. Tapi untuk jangka masa panjang, kita akan lihat semula kemampuan radar kita. Ini telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri," katanya.

Hishammuddin turut menolak teori pesawat itu dirampas dengan alat kawalan jauh.

"Bagi saya ia tidak mungkin. Kalau ada maklumat yang sudah disahkan, kita pasti akan siasat," katanya ketika ditanya mengenai laporan dalam media asing.

Nafi tolak tawaran FBI

Beliau juga menafikan laporan Malaysia menolak tawaran FBI untuk menghantar pasukannya ke negara ini.

"Itu jelas satu maklumat palsu kerana Malaysia sudah bekerjasama dengan FBI, Interpol dan pihak berkuasa pelaksanaan undang-undang antarabangsa yang berkaitan sejak hari pertama insiden," katanya.
Semalam, pakar dari Pentadbiran Penerbangan Awam China turut menyertai pasukan penyiasat. Hari ini, pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis bagi Keselamatan Jabatan Penerbangan Awam Perancis tiba bagi berkongsi pengalaman mereka dengan pasukan itu.

Semua pihak terbabit bekerjasama dengan MAS dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk memperhalusi data yang boleh membantu pencarian pesawat itu.

Semak senarai penumpang

Hishammuddin juga berkata pihak risikan dan berkuasa China telah diminta melihat kembali senarai penumpang yang membabitkan rakyat negara itu.

Menjawab soalan jika pihak berkuasa menyiasat kemungkinan juruterbang pesawat bertindak membunuh diri, Hishammuddin berkata, polis melakukan siasatan dari pelbagai sudut.

MH370 catat tempoh hilang paling lama

Posted: 17 Mar 2014 02:36 PM PDT

Kuala Lumpur: Kehilangan pesawat MH370 yang memasuki minggu kedua, tanpa petunjuk nyata mengenai lokasinya mengatasi rekod jumlah hari kehilangan pesawat komersial sejak 1972.

Tempoh pesawat hilang paling lama dalam sejarah penerbangan moden sebelum ini adalah 10 hari membabitkan pesawat tambang murah Adam Air 574, yang hilang pada Januari 2007 di luar pantai Sulawesi Selatan, Indonesia.

Hilang dari radar

Pesawat Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dan anak kapal dari Surabaya menuju Manado itu secara tiba-tiba hilang dari radar akibat cuaca buruk.

Pelbagai spekulasi timbul antaranya pesawat itu melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon, Sulawesi Barat, namun disangkal apabila cebisan bangkai pesawat ditemui nelayan selepas 10 hari nahas berlaku.

Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui selepas tujuh bulan, namun bangkai lengkap pesawat Adam Air masih belum ditemui sehingga hari ini dipercayai terhempas di Selat Majene, perairan Laut Sulawesi.

Pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 yang membawa 216 penumpang dan 12 kru, yang hilang di Lautan Atlantik ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis, ditemui lima hari kemudian.
Nahas itu berlaku selepas tiga jam 45 minit ia berlepas menyebabkan semua 228 orang di dalamnya terbunuh.

Sempat salur mesej

Bagaimanapun, sebelum hilang daripada radar, pesawat Air France AF447 menyalurkan mesej automatik mengenai kedudukannya dan pelbagai masalah teknikal menerusi Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) selama tiga minit.

Walaupun mempunyai banyak petunjuk dan dengan bantuan kelengkapan paling canggih, operasi mencari hanya mengesan serpihan pesawat dan mayat pertama pada hari kelima, manakala kotak hitam hanya ditemui dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal, termasuk pasukan ragbi dari Montevideo yang terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972, hanya ditemui selepas 72 hari.

Malaysia bukan sasaran al-Qaeda

Posted: 17 Mar 2014 02:34 PM PDT

Kuala Lumpur: Malaysia bukan negara sasaran serangan kumpulan al-Qaeda, sebaliknya hanya dijadikan pangkalan merekrut dan menjana sumber kewangan kumpulan militan itu.

Menurut sumber, berdasarkan hasil tangkapan anggota kumpulan pengganas terbabit di negara ini, kebanyakan mereka menggunakan Malaysia bagi tujuan itu dan tiada agenda kegiatan subversif.

Beliau berkata, kebanyakan anggota militan itu yang ditangkap di negara ini datang dari Pakistan dan Afghanistan.

Tiada ancaman

"Sepanjang tangkapan dilakukan terhadap anggota militan ini kita tidak menemui sebarang rancangan menyerang negara.

"Sebaliknya mereka menjadikan Malaysia sebagai pusat merekrut ahli untuk dihantar berjuang ke luar negara selain melakukan aktiviti perniagaan untuk mencari dana," katanya di sini, semalam.

Misteri kehilangan pesawat MH370 terus menimbulkan tanda tanya apabila wujud dakwaan ia didalangi oleh al-Qaeda.
Dakwaan itu susulan laporan media antarabangsa mengenai seorang bekas pengikut kumpulan terbabit, Saajid Badat yang memberitahu mahkamah di New York minggu lalu, bahawa empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas kapal terbang.

Sumber berkata, walaupun Malaysia bukan negara sasaran namun ia tidak mustahil boleh berlaku.

"Sehingga kini, hasil kecekapan polis melalui perkongsian maklumat dengan Polis Antarabangsa kita berjaya mengekang kegiatan kumpulan itu," katanya.

Pikul amanah demi rakyat

Posted: 17 Mar 2014 02:30 PM PDT

Pikul amanah demi rakyatMuhyiddin bersama Adenan serta Yossibnosh (tengah) di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra di Mukah, semalam.

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Yussibnosh Balo, menganggap pemilihannya sebagai satu amanah berat demi masa depan rakyat kawasan itu yang lebih cemerlang.

Anak jati Kampung Tellian berusia 47 tahun itu berkata, beliau kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menabur bakti di tanah kelahirannya selepas sekian lama berkhidmat di luar kawasan DUN Balingian.

"Saya mewarisi kawasan DUN Balingian daripada seorang pemimpin agung (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) yang sudah terbukti kecemerlangannya membawa pembangunan bukan sahaja di kawasan yang diwakilinya malah mengubah seluruh Sarawak.

"Sebab itu saya menganggap pencalonan saya sebagai satu amanah berat yang harus saya pikul dan ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk penduduk DUN Balingian, termasuk saudara mara saya," katanya.

Jika beliau dipilih pada pengundian 29 Mac ini, bekas Pegawai Daerah Dalat itu berkata, keutamaannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dengan memberi fokus kepada peningkatan mutu pendidikan.

"Menerusi pendidikan saja kita dapat mengubah hidup. Saya sendiri pernah melalui kehidupan amat sukar, tetapi dengan iltizam untuk keluar dari kemiskinan, saya berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan," kata lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia itu.

Sementara itu, calon PKR, Abdul Jalil Bujang berkata, pengundi setempat perlu memberi peluang kepadanya membuktikan kemampuan membawa kemajuan ke Balingian dan kawasan sekitarnya.