Sembang ghairah

Sembang ghairah


Sembang ghairah

Posted: 03 Jan 2014 01:35 PM PST

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.

Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.

Ungkapan seperti 'I kat dalam bilik tengah bogel sayang', 'Hisapkan **** Anis please', 'Cepatlah sayang, I tak tahan ni' adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.

Foto


Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04

Sampai hati engkau...

Posted: 03 Jan 2014 01:35 PM PST

Kajang: Hanya kerana bimbang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah, seorang lelaki warga Indonesia tergamak meninggalkan rakannya yang kelemasan dalam asap tebal selepas rumah sewa mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Jaya Baru 3A, Taman Jaya, di sini, semalam.

Akibat tindakan itu, mangsa rentung selepas gagal keluar dari rumah berkenaan dipercayai akibat pintu jeriji dikunci dari luar.

Difahamkan, rakan mangsa berusia 20-an itu terpaksa lari lintang-pukang sebaik menyedari kehadiran pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kerana bimbang dicekup.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pemeriksaan awal anggota penyelamat menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di ruang tamu tingkat dua rumah berkenaan.

Foto

KEADAAN rumah mangsa yang hangus dalam kebakaran, semalam.


"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang tiba jam 2.55 petang dan mendapati api sedang marak di tingkat bawah manakala pintu jeriji depan dikunci dari luar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04

8 kali dipecah masuk

Posted: 03 Jan 2014 01:34 PM PST

Port Dickson: "Sejak 15 tahun menetap di sini, sudah lapan kali rumah saya dipecah masuk dan terbaru Selasa lalu," kata Nor'aini Zainal Abidin, 45, penduduk Kampung Sri Parit, Lukut, di sini, yang kerugian RM3,000 apabila rumahnya dimasuki seorang perompak pada 31 Disember lalu.

Menceritakan insiden itu, Nor'aini berkata, sebelum kejadian, dia bersama dua anak berusia 14 dan 18 tahun makan malam di sebuah kedai di Lukut kira-kira jam 8 malam sebelum pulang ke rumah jam 10 malam.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia ternampak seorang lelaki bergegas lari menerusi tingkap bahagian dapur menyebabkannya ketakutan dan menghubungi polis. "Saya tidak berani bertindak kerana penceroboh itu pantas melarikan diri dan 20 minit kemudian polis tiba dan saya masuk ke dalam rumah.

"Saya terkejut apabila mendapati keadaan rumah berselerak dan almari digeledah," katanya.

Foto

NOR'AINI menunjukkan pisau terletak di pintu tengah yang digunakan oleh penyamun untuk masuk ke dalam rumahnya.


Nor'aini berkata, pemeriksaan mendapati penceroboh memasuki rumah dengan mengumpil pintu dapur dan melarikan diri menerusi tingkap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04

Pesona bakal supermodel

Posted: 03 Jan 2014 01:33 PM PST

Menempah nama dalam industri peragaan di peringkat antarabangsa adalah impian bagi setiap model, namun untuk mencapainya tidak mudah seperti disangka.

Pelbagai cabaran dan usaha keras perlu dilakukan untuk dikenali dalam industri tempatan, seterusnya barulah dapat mengembangkan bakat di luar negara.

Bagi bakal supermodel, Josephine Tan, 23, dan Sheena Liam, 22, peluang menyertai musim kedua program realiti Asia's Next Top Model digunakan sebagai landasan untuk mereka dikenali di peringkat antarabangsa.

Kedua-dua gadis jelita itu akan bersaing dengan 14 peserta lain dari 12 negara untuk bergelar Supermodel di rantau Asia.

Foto


Sheena berkata, peluang menyertai program itu ibarat impian menjadi kenyataan selepas menarik diri dari sesi uji bakat musim pertama pada 2012.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04

Hindari rasuah

Posted: 03 Jan 2014 01:33 PM PST

Kuala Lumpur: Pemain ATM diingatkan supaya menghindari gejala negatif seperti rasuah dan mengatur perlawanan pada saingan Liga M 2014.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan itu harus memelihara nama baik dan imej pasukan serta menjadi contoh kepada pasukan lain dengan menujukkan nilai moral yang tinggi.

"Gejala negatif mestilah dihindari kerana ini akan meranapkan impian pasukan, memusnahkan masa depan pemain dan menjejaskan nama baik ATM," katanya pada majlis pelancaran pasukan bergelar 'The Gladiator' musim 2014 semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Tan Sri Dr Zulkefli Mohd Zin berkata ATM masih mengekalkan sasaran musim lalu iaitu untuk memenangi satu daripada tiga piala yang akan dipertandingkan tahun ini.

Foto

HISHAMMUDDIN (dua kiri) dan Zulkifeli (kiri) bermesra dengan pemain ATM.


Pada musim lepas, ATM di bawah jurulatih B Sathianathan, merangkul Piala Sumbangsih dan menduduki tangga keenam Liga Super serta melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04