Bunuh, bakar!

Bunuh, bakar!


Bunuh, bakar!

Posted: 11 Jan 2014 12:25 PM PST

Batu Gajah: Seorang gadis ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila mangsa yang berusia awal 20-an dipercayai dipukul di kepala sebelum dibakar hingga tinggal tulang.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran jalan Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam yang terserempak dengan mayat mangsa sekitar jam 2.15 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang gadis yang terbakar seluruh tubuh hampir 95 peratus.

Foto

LOKASI mayat mangsa ditemui rentung berhampiran tempat pembuangan sampah di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Batu Gajah, Perak.


"Siasatan mendapati kawasan pembuangan sampah berhampiran Kampung Sri Rahmat, di sini, agak terpencil dan lengang terutama pada waktu malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12

'Angkara burung'

Posted: 11 Jan 2014 12:20 PM PST

Selayang: "Saya sebenarnya nak elak burung tak boleh nak langgar takut terkena kipas sehingga menyebabkan saya gagal mengawal kapal terbang."

Itu kata juruterbang, Saiful Farid Amri, 21, menceritakan detik cemas sebelum pesawat ringan Cessna yang dipandunya terhempas di Empangan Batu kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Saiful berkata, ketika itu, dia bersama rakannya yang juga juruterbang iaitu Syed Haidhar Syed Zulkifli, 24, bertindak sebagai pembantu juruterbang duduk di kerusi hadapan manakala di kerusi penumpang belakang, Shaiful Zafeq Razali, 24, dalam perjalanan balik menuju ke Pangkalan Udara Sungai Besi.

Katanya, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan ketika itu sukar untuk dia mengenal pasti burung yang cuba dielaknya itu.

Foto

SYED Haidar yang ditemui dalam nahas Cessna terhempas kini menerima rawatan.


"Akibat cuba mengelak burung berkenaan, sukar buat saya untuk mengawal pesawat sehingga terhempas, begitupun saya menganggap ia sebagai satu ketentuan yang tidak boleh dielak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12

Kempunan hasil rompakan

Posted: 11 Jan 2014 12:07 PM PST

Johor Bahru: Tindakan sekumpulan tiga perompak melepaskan dua das tembakan serta cuba menyerang polis menggunakan parang membawa padah apabila mereka ditembak mati dalam kejadian berhampiran Ban Foo, Ulu Tiram di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan Ops Cantas Khas mengesan tiga lelaki berusia 30-an dipercayai warga asing dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menghampiri mereka.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sebaik anggota polis berkenaan menghampiri mereka, seorang daripada penjenayah itu mengeluarkan sepucuk revolver lalu melepaskan dua das tembakan, manakala dua rakannya melibas parang ke arah anggota polis terbabit.

"Melihat nyawa mereka terancam, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan hingga tiga penjenayah itu maut di lokasi.

Foto

MOHD MOKHTAR (tengah) menunjukkan revolver yang digunakan penjenayah untuk menembak anggota polis yang menahan mereka ketika meronda.


"Berikutan itu, polis merampas sepucuk revolver, tiga peluru hidup, sepucuk pistol tiruan dan dua parang yang digunakan mereka, bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12

Tepati ramalan

Posted: 11 Jan 2014 11:51 AM PST

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei sekali akan menguji kemampuannya berdepan pemain China, Chen Long di pentas final Terbuka Korea hari, selepas melepasi saingan separuh akhir semalam.

Chong Wei, satu-satunya pemain negara yang masih beraksi di kejohanan terbabit, menepati statusnya sebagai pilihan pertama untuk mara selangkah kejuaraan keempatnya dalam kejohanan terbabit.

Pemain nombor satu dunia itu menewaskan pilihan kelima dari Jepun, Kenichi Tago, 21-17,21-17 dalam masa 51 minit.

Chen Long sebelum itu mengesahkan tempatnya ke final apabila menewaskan pemain Thailand, Boonsak Poonsana 21-15,21-9 dalam tempoh hanya 41 minit.

Foto

CHEN LONG (kiri) dan Chong Wei.

Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek ketika dihubungi mengakui permainan Tago semakin matang.

"Permainannya semakin baik dan sukar untuk Chong Wei menewaskannya. Chong Wei bagaimanapun masih mempunyai kelebihan daripada aspek pertahanannya dan juga serangannya yang padu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12

Idam pelbagai watak

Posted: 11 Jan 2014 11:00 AM PST

Dalam tempoh setahun pemba�bitannya dalam lakonan, Syatilla Melvin, 22, mampu tersenyum apabila namanya kini sebaris pelakon popular sedia ada.

Namanya menjadi pilihan stesen televisyen dan penerbit drama. Beberapa drama lakonannya juga memperoleh jumlah tontonan tinggi, menyebabkan wajahnya sering menghiasi televisyen.

Cuma penonton lebih kenal Syatilla dengan watak jahat. Dia dan antagonis semacam sinonim sehingga ada yang memberi komen adakah bakatnya terhad dan hanya mampu melakonkan aksi sedemikian.

Syatilla mengakui sebagai pelakon, memang dia mengidamkan pelbagai watak dan tidak terhad pada watak jahat saja. Namun sebagai orang baru, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama BFF Teman Tapi Mesra itu tidak boleh meletak syarat.


"Saya masih baru, usia dalam kerjaya lakonan masih mentah. Saya tidak boleh memilih atau menolak tawaran diberi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12