Cinta 7 tahun, kahwin setahun

Cinta 7 tahun, kahwin setahun


Cinta 7 tahun, kahwin setahun

Posted: 10 Jan 2014 02:01 PM PST

Oleh Hayati Ibrahim, Mary Victoria Dass, Yusmizal Dolah Aling, Muhamaad Razis Ismail dan Redzuan Muharam

Johor Bahru: "Mungkin ada yang menganggap ia aneh dan sukar diterima akal, tapi percayalah saya diceraikan talak tiga disebabkan ibu mentua cemburukan saya."

Itu kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 35, antara ribuan pasangan suami isteri yang rumah tangga mereka runtuh disebabkan campur tangan keluarga, terutama mentua.

Nurul Huda yang bekerja sebagai doktor di sebuah klinik swasta, di sini berkata, dia cukup kecewa kerana selepas menjalin cinta selama tujuh tahun sebelum berkahwin, rumah tangga mereka hanya bertahan kurang setahun.

Menurut Nurul Huda, dia mula menyedari sikap cemburu mentuanya itu selepas dua bulan berkahwin dengan bekas suaminya dikenali sebagai Aziz yang bertugas sebagai jurutera.

Foto

NURUL Huda menceritakan kisah sedihnya kepada wartawan.


Katanya, campur tangan ibu mentua dalam perkahwinannya berlaku buat kali pertama ketika suaminya merancang untuk berbulan madu ke Australia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/11

Sungai Lembing bah

Posted: 10 Jan 2014 02:01 PM PST

Kuantan: Hujan enam jam sejak malam kelmarin menyebabkan pekan Sungai Lembing, di sini, dinaiki air sedalam kira-kira satu meter menyebabkan paras air sungai berhampiran naik mendadak, semalam.

Pekan kecil di pinggir bandar itu mula dinaiki air kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membunyikan siren sebanyak dua kali sebagai tanda amaran kepada penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Tinjauan Harian Metro di sekitar jalan Sungai Lembing mendapati, beberapa kawasan berhampiran turut dinaiki air antaranya di Panching, di sini.

Manakala, tempat dinaiki air adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching, namun tiada sesi persekolahan ketika kejadian.

Foto

KEADAAN pekan Sungai Lembing yang dinaiki air.


Seorang penduduk, Salamah Mohammad, 63, berkata air mula menaiki kawasan rumahnya kira-kira jam 2.30 petang sebelum siren dibunyikan sebagai amaran kepada penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/11

Belum mahu kahwin Encik S

Posted: 10 Jan 2014 02:00 PM PST

Kuala Lumpur: "Belum lagilah, sebab berkahwin bukan (urusan) mudah walaupun secara jujurnya saya memang sudah bersedia," luah pengacara dan penyanyi Marsha Milan Londoh berhubung desas-desus mengatakan dirinya bakal berkahwin tahun ini.

Spekulasi terbaru itu timbul apabila kekasih Marsha, iaitu seorang usahawan dikenali sebagai S didakwa bakal melamar penyanyi itu sebagai isteri tidak lama lagi.

Menjelaskan perkara itu, Marsha, 29, yang dihubungi berkata, lamaran yang didakwa itu belum berlaku dan dia tidak berani mengulas lanjut mengenai perkara terbabit kerana ia berada di luar kawalannya.

"Mana pula dengar cerita ini? Apa saya boleh katakan benda (lamaran) itu belum berlaku setakat ini. Memang kalau dilihat umur saya akan mencecah 30 pada tahun depan dan masanya agak sesuai kalau hendak berkeluarga, tapi terlalu awal nak cakap.

Foto

Marsha Milan Londoh


"Malah, saya sendiri tak nak meletak harapan yang tinggi selepas apa pernah berlaku dalam hubungan lalu. Biar kami lebih mengenali dulu tak perlu terburu-buru (berkahwin)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/11

'Budak ajaib' cekal

Posted: 10 Jan 2014 02:00 PM PST

Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang separuh isi kulit dan daging kepalanya akibat diseret van sekolah sejauh hampir 100 meter kira-kira tiga tahun lalu, kini tersenyum girang apabila hasratnya menjejakkan kaki ke sekolah tercapai.

Tragedi yang hampir meragut nyawanya itu dianggap sukar dipercayai apabila kecederaan parah dialami mengakibatkan tempurung kepala mangsa tersembul, selain urat saraf di bahagian itu putus.

Namun kecederaan yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh, kini sudah sembuh apabila Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, 7, mampu berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Dia yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Putra Bercham Khamis lalu, dilihat semakin sihat dan lincah seperti kanak-kanak seusianya.

Foto

HAZIQ di samping ayah dan ibunya menatap keratan akhbar Harian Metro keluaran 21 Julai 2011.


Haziq berkata, penderitaan dialaminya akibat kemalangan itu memang sukar ditanggung hingga memakan masa hampir setahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/11

PSM terdesak raih sokongan

Posted: 10 Jan 2014 02:00 PM PST

Kuala Lumpur: Kesudian Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengadakan pertemuan dengan bekas pemain dilihat sebagai langkah terdesak untuk mengembalikan sokongan selepas mendapatkan kritikan pelbagai pihak sebelum ini.

"Sebelum ini ada tak mereka terima apa yang kami cakap? Baru sekarang baru mahu berubah selepas semua orang sudah termasuk menteri (Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamuddin Abu Bakar) turut menyampah," kata bekas pemain negara Suhaimi Yusof yang sering kali melontarkan pandangan dan cadangannya terhadap prestasi skuad negara.

Malah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong (gambar) pada mesyuarat jawatankuasa kerja bersama dengan PSM kelmarin, memberi pilihan kepada badan induk itu untuk menjalankan sendiri programnya tanpa pembabitan agensi kerajaan berkenaan sekiranya banyak menimbulkan masalah sebelum ini.

Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan PSM kelmarin untuk mengadakan perjumpaan dengan bekas pengurusan dan jurulatih pada 20 Januari disusuli bekas pemain kebangsaan sehari kemudian.

Foto

ZOLKPLES (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama MSN-PSM, kelmarin.


"Saya hairan mengapa sekarang baru mereka mahu mengadakan perjumpaan? Dulu mereka ego sekarang baru mahu berubah. Namun saya melihat perjumpaan ini adalah satu perkara yang bagus demi menaikkan kembali sukan ini ke peringkat tertinggi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/11