Maut nahas selepas 10 hari bertunang |
Maut nahas selepas 10 hari bertunang Posted: 25 Jan 2014 02:52 PM PST Dungun: "Arwah baru 10 hari bertunang dan saya tidak menyangka hasratnya untuk berkahwin berkecai di tengah jalan," kata Hamdan Taib, 37, selepas adiknya terbunuh dalam kemalangan di Paka, malam kelmarin. Dalam kemalangan kira-kira jam 8.15 malam di Kilometer 100.4, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Persimpangan Lampu Isyarat ke Taman Uda Murni Paka, dekat sini, Mohammad Alias Taib, 29, maut selepas hancur kedua belah kaki dan patah kedua belah paha. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dipandu Haazim Ahmad Ibrahim, 26, bersama adiknya Hasbullah, 16, dari arah Paka ke Dungun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. Mohammad Alias yang memandu kereta PROTON Iswara dari arah bertentangan gagal mengelak, lalu merempuh Toyota Vios terbabit. Sebuah lagi kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu dari arah belakang turut gagal mengelak dan merempuh Toyota Vios. Hamdan berkata, ketika kejadian arwah adiknya itu yang tinggal bersama kakaknya di Kampung Telaga Papan Kerteh, Kemaman pulang ke Marang menemui keluarga selepas bercuti tiga hari. "Ketika kejadian, arwah dalam perjalanan pulang ke rumah kakaknya di Kerteh dan sebaik tiba di tempat kejadian dia kemalangan," katanya. Beliau berkata, anak kelapan dari 10 beradik itu bertunang dengan seorang pensyarah berusia 20-an yang bertugas di Kolej Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) cawangan Kuala Terengganu. Hamdan berkata, arwah bertunang dengan gadis pilihannya dari Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu pada 14 Januari lalu dan dia sama sekali tidak menyangka adiknya itu tidak sempat mendirikan rumah tangga selepas meninggal dunia dalam kemalangan itu. Sementara itu, Ketua Polis Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian. "Semua pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Dungun," katanya. |
Posted: 25 Jan 2014 02:51 PM PST Petaling Jaya: Murid di dua kawasan perumahan di sini, berpeluang mengikuti kelas bahasa Inggeris percuma, selepas Pusat Komuniti Perkembangan Bahasa Inggeris MCOBA (MEECC) meneruskan pengambilan kumpulan kedua, mulai semalam. Program anjuran Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu (MCOBA) dengan kerjasama The Big Education Group Sdn Bhd, memberi peluang murid daripada keluarga berpendapatan rendah menikmati bimbingan pendidikan berkualiti. Prestasi tak memuaskan "Saya mengetahui masalah ini kerana saya adalah (bekas) wakil rakyat di sini selama dua penggal. Berdasarkan laporan, prestasi mereka dalam bahasa Inggeris tidak memuaskan. "Tidak sampai 60 peratus murid lulus subjek Bahasa Inggeris ketika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Jika ada lebih dana, kita akan mengembangkan (MEECC) ke seluruh negara," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian MEECC di sini, semalam. MEECC menggunakan modul pengajaran The Big Education Group Sdn Bhd iaitu Big School English Programme. Modul menekankan asas pembelajaran bahasa Inggeris dalam persekitaran kondusif. Pendekatan lebih menyeluruh termasuk memberi tumpuan kepada keyakinan diri ketika berkomunikasi, bukannya mementingkan gred dalam peperiksaan. Selain itu, kaedah pembelajaran juga meliputi beberapa aktiviti menyeronokkan seperti choral speaking, pidato dan permainan interaktif. Bina keyakinan diri Mengulas keberkesanan program itu, Megat Najmuddin berkata, pihaknya mendapati murid bukan sekadar memperoleh kemajuan bertutur, malah berupaya membina keyakinan diri dalam kalangan mereka. "Tanpa keyakinan diri, murid tidak boleh bercakap dengan orang lain dan memperkenalkan diri sendiri (dalam bahasa Inggeris)," katanya. Dalam perkembangan lain, Megat Najmuddin berkata, MCOBA dan Persatuan Darul Ridzuan (PDR) bercadang mempertingkatkan penguasaan sains dan matematik. Beliau berkata, usaha itu akan dilaksanakan pada fasa kedua program selain bahasa Inggeris supaya mereka dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. |
Posted: 25 Jan 2014 02:50 PM PST Punca muncul individu dakwa punyai susur galur diraja Kuala Lumpur: Keistimewaan yang dikecapi keluarga diraja mungkin menjadi punca munculnya individu dan kumpulan yang mendakwa mereka adalah keturunan atau waris Kesultanan terdahulu. Pakar sejarah tanah air berpendapat, dakwaan yang dilakukan individu dan kumpulan berkenaan sebagai ketinggalan zaman dan 'buta' sejarah. Amal demokrasi "Sekarang Malaysia mengamalkan demokrasi, tiada yang lebih tinggi daripada satu sama lain, tiada yang lebih dan kurang. Pada saya, mereka yang mendakwa sultan dan raja berdasarkan fakta keturunan, ketinggalan zaman dan tidak dapat menerima hakikat politik serta sistem pemerintahan sedia ada. "Tujuan mereka bukan bermotif mempertahankan takhta, tetapi mahu mendapatkan keistimewaan yang dikecapi golongan diraja sedia ada," katanya kepada BH Ahad mengulas mengenai tindakan individu yang mendakwa waris takhta Kesultanan, seperti disiarkan akhbar ini, semalam. Terbaru, Noor Jan Tuah, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka ke-44 selepas negeri Hang Tuah itu kehilangan raja selama kira-kira 486 tahun, mendapat perhatian umum dari dalam dan luar negara. Sebelum ini, di Sabah saja, sekurang-kurangnya tujuh individu atau kumpulan mengaku waris Kesultanan Sulu bergelar 'sultan' dan menuntut Sabah sebagai sebahagian wilayahnya. Ia termasuk ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab mencetuskan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Februari tahun lalu. Pada 1990-an, gempar cerita mengenai seorang pegawai kastam, Awang Abdul Wahid Awang Mustapha, yang mendakwa dirinya Sultan Sarawak berdasarkan susur galur keturunan, yang didakwanya berkait rapat dengan Kesultanan Brunei. Rakyat tak terima Prof Zainal berkata, jika susur galur keturunan itu benar sekali pun, rakyat sekarang tidak boleh terima, malah kini ada kelompok yang menentang Raja sedia ada. "Dakwaan mahu mengembalikan kegemilangan kesultanan satu yang tidak boleh diterima umum selain tidak tepat atau kena pada masa ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |