'Saya hanya tunggu hidayah'

'Saya hanya tunggu hidayah'


'Saya hanya tunggu hidayah'

Posted: 30 Jan 2014 10:13 AM PST

Kuala Lumpur: "Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah," kata Felixia Yeap.

Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.

"Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah," katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

Foto

FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.


Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Bersilat depan pokok sena

Posted: 30 Jan 2014 10:08 AM PST

Alor Setar: "Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia 'berjangkit' kepada pelajar lain."

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi, semalam, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, di sini, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

Foto

SEORANG pelajar ditenangkan rakan dan guru selepas diserang histeria, semalam.

Foto

SEORANG waris memapah pelajar diserang histeria.


Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

100 kenderaan hangus

Posted: 30 Jan 2014 09:53 AM PST

Muar: Kira-kira 100 kenderaan musnah terbakar membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta dalam kejadian di sebuah bengkel simpanan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Parit Bakar berhampiran Taman Desa Murni di sini, semalam.

Kejadian jam 9.30 pagi itu disedari pekerja bengkel berkenaan selepas melihat api membakar bahagian belakang premis berkenaan.

Pekerja bengkel itu, Mohd Munir Sain, 20-an, berkata, dia terjaga daripada tidur apabila terhidu bau asap sebelum mendapati api marak di belakang bengkel lalu segera mengejutkan lapan rakan setugas sebelum berusaha memadamkan api.

"Bagaimanapun, kami terpaksa menyelamatkan diri apabila berlaku letupan membabitkan beberapa kenderaan yang dijilat api," katanya.

Foto

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran membabitkan 100 kenderaan.


Menurutnya, antara kenderaan yang musnah termasuk lori, treler, kereta serta kenderaan pelbagai guna (MPV).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

'Dia ikut suka letak syarat'

Posted: 30 Jan 2014 09:30 AM PST

Kuala Lumpur: Semuanya tidak seperti diharapkan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat jurulatih bertaraf dunia Philippe Troussier (gambar) bagi membimbing Harimau Malaya.

Rundingan antara Troussier, 58, dengan tiga pegawai kanan FAM di ibu negara semalam dikatakan tidak mencapai persetujuan bersama sekali gus menyaksikan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pihak itu tidak membuahkan hasil.

Menurut sumber wartawan dari Perancis, soal tuntutan gaji lumayan bukan menjadi masalah buat FAM namun beberapa permintaan bekas jurulatih Jepun itu tidak dapat dipenuhi kerana dianggap keterlaluan.

"Ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui FAM sehingga menyebabkan rundingan mengenai kontrak bersama tadi (semalam) Troussier gagal.

Foto


"Troussier tidak mahu FAM meletakkan KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) sebaliknya beliau mahu menentukannya sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Gong xi fa cai terindah

Posted: 30 Jan 2014 05:25 AM PST

Tamat sudah Tahun Ular mengikut aliran kalendar masyarakat Cina meninggalkan pelbagai kenangan diganti dengan Tahun Kuda hari ini.

Mengikut pengamal 'feng shui', Tahun Kuda lebih mencabar kerana diramalkan akan membawa konflik walaupun bagus dari prospek perniagaan.

Seperti ramalan 'fengshui' yang positif itu, Tahun Kuda sudah membuktikan membawa banyak rezeki kepada bekas Ratu Cantik Malaysia/Dunia 2008, Soo Wincci, 29, berikutan menerima banyak tawaran kerja di awal tahun.

Malah disebabkan jadual karier yang terlalu padat, peserta Masterchef Malaysia All Stars itu terpaksa meraikan hari Tahun Baru Cina di studio rakaman Sri Pentas.

Foto


"Hari ini dan esok, saya dijemput untuk diwawancara dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 mengenai sambutan Tahun Baru Cina.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31