Dua beranak dikhuatiri lemas |
- Dua beranak dikhuatiri lemas
- 25 kali gagal temu duga
- Gigil lihat mayat berkecai
- United tempang
- Shila bersyukur
Posted: 04 Jan 2014 11:15 AM PST NIBONG TEBAL: Seorang anggota polis dan anak lelakinya dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Tanjung Berembang dekat sini, kira-kira 6 petang semalam. Kejadian itu disedari seorang lelaki yang berada di kolam udang berhampiran kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian itu. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan memulakan operasi mencari kira-kira jam 7.15 petang namun dihentikan 15 minit selepas itu kerana cuaca mulai gelap. Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat berkata, operasi mengesan dua mangsa yang dikhuatiri lemas itu akan diteruskan kira-kira jam 7 pagi esok. ORANG kampung bersama anggota bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari dua orang yang dipercayai lemas. FOTO Ramdzan Masiam ORANG kampung bersama anggota bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari dua orang yang dipercayai lemas. FOTO Ramdzan Masiam |
Posted: 04 Jan 2014 11:12 AM PST Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja. "Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu. Dilahirkan cacat tangan kiri dan kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.57. Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/05 |
Posted: 04 Jan 2014 10:47 AM PST "Saya menggigil melihat tiga lelaki berlumuran darah bergelimpangan di atas jalan raya dengan beberapa anggota badan mereka hancur. "Namun saya memberanikan diri menghampiri mangsa dan cuba mendapatkan kad sim daripada telefon bimbit masing-masing untuk memaklumkan keluarga serta kenalan mereka. "Ketika itu saya mendapati dua daripada mereka meninggal dunia manakala seorang lagi masih nyawa-nyawa ikan," kata Riduan Abdul Rashid, 31, saksi kemalangan maut di Kilometer 20 Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi, dua penunggang motosikal Mohd Nazrin Kahar, 38, yang bekerja sebagai pemandu lori dan tukang kayu Lam Khoon Yen, 54, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pekerja swasta dikenali sebagai Tan, 40, cedera parah dan kini menjalani rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila motosikal ditunggang mereka menuju Pasir Gudang dirempuh sebuah lori pasir dari arah bertentangan. LORI pasir yang terbabit dalam kemalangan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04 |
Posted: 04 Jan 2014 06:19 AM PST London: Pengurus Manchester United, David Moyes merungut apabila gagal mendapatkan khidmat penyerang Ashley Young menjelang perlawanan Piala FA berdepan Swansea City malam ini selepas pemain itu cedera gara-gara dikasari penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris. Young yang terjatuh ketika United mencari gol penyamaan pada perlawanan yang menyaksikan mereka tewas 2-1 di tempat sendiri dalam perlawanan Liga Perdana kepada Spurs, menyebabkan Moyes dan Tim Sherwood menganggap kekasaran ke atas pemain itu sepatutnya dibalas dengan sepakan penalti. Skuad Moyes akan beraksi tanpa pemain antarabangsa England itu yang mengalami kecederaan bahu apabila dirempuh hingga jatuh dalam keadaan tidak stabil. "Kami berdepan beberapa kecederaan dan salah satunya kekasaran dilakukan penjaga gol terhadap Ashley Young," kata Moyes.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/05 |
Posted: 04 Jan 2014 06:05 AM PST Apabila pelakon Johan Asa'ari mengumumkan mahu melamar pelakon sensasi Lana Nordin sebagai isteri akhir November lalu, nama Shila Amzah turut terkait kerana umum tahu mereka rapat sebelum ini. Sekali lagi apabila Johan mengejutkan peminat �dengan pengakuan mengatakan hubungannya dengan Lana putus kerana tiada restu keluarga baru-baru ini, namanya juga dikaitkan kerana ibu Johan sukakan Shila. Shila yang pulang ke tanah air pada 8 Disember lalu, mengambil peluang mengadakan sesi fotografi dan temuramah eksklusif sepanjang dua minggu di sini. Ketika itu, kisah cinta Johan-Lana hangat diperkatakan dan Shila yang kini popular dengan lagu Masih Aku Cinta dan menampilkan Johan sebagai pelakon video klipnya, memilih untuk mengunci mulutnya daripada mengulas lanjut isu itu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |