Amarah cikgu harimau

Amarah cikgu harimau


Amarah cikgu harimau

Posted: 28 Jan 2014 10:07 AM PST

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.

Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.

Foto

LENGAN kanan Issac lebam dipukul.


"Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Jatuh bersama jenazah

Posted: 28 Jan 2014 10:07 AM PST

Sandakan: Majlis mengiringi jenazah seorang warga emas ke tanah perkuburan, di sini, kecoh seketika apabila beranda rumah lelaki berkenaan tiba-tiba runtuh menyebabkan empat ahli keluarga mangsa cedera.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Kampung Karamunting, Batu Sapi, di sini, semalam, 20 individu mengiringi jenazah berkenaan terjatuh termasuk empat daripadanya terpaksa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent akibat cedera manakala jenazah berkenaan sempat disambut beberapa lelaki lain yang menunggu di bawah rumah.

Mereka yang cedera dikenali sebagai Abdullah Saidil, 70, Idris, 60, Bakri, 50, dan seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti identitinya dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil serta dirawat sebagai pesakit luar.

Difahamkan, ketika kejadian, sekumpulan lelaki itu dikatakan dalam perjalanan membawa jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim sebelum beranda rumah tiba-tiba runtuh.

Foto

KEADAAN rumah selepas beranda kayu runtuh di Kampung Karamunting, semalam.


Menurut saksi, Abdul Ghadi Ahmad, 49, sebelum kejadian, mereka bersiap untuk ke tanah perkuburan selepas proses mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah Awang Saini Abdul Salman, 80, yang meninggal dunia akibat sakit tua selesai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Air mata si penyamun

Posted: 28 Jan 2014 10:07 AM PST

Segamat: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang mencuri barangan logam milik sebuah syarikat telekomunikasi menangis di pekarangan Mahkamah Seksyen, di sini, semalam kerana bimbang perbuatannya diketahui isterinya.

Difahamkan, suspek juga menangis kerana tidak tahu apa alasan yang perlu diberi kepada isterinya yang berusia 40-an memandangkan dia akan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi membantu siasatan kes terbabit.

Suspek ditemui di pekarangan mahkamah berkenaan sementara menunggu perintah tahanan reman terhadapnya serta seorang rakan jenayahnya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek ditahan bersama seorang rakannya berusia 32 tahun berhampiran menara pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di sekitar FELDA Kemelah di sini, oleh juruteknik syarikat itu pada jam 11 malam kelmarin.

Foto

SUSPEK yang ditahan bersama rakan menangis di pekarangan mahkamah, semalam.

Foto

ANGGOTA polis menunjukkan barang yang dirampas daripada kedua-dua suspek.


"Juruteknik berkenaan mahu menyiapkan tugasannya dan pergi ke lokasi berkenaan sebelum nampak dua lelaki membawa beg berhampiran menara pencawang terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

'Saya tak nak komen'

Posted: 28 Jan 2014 10:06 AM PST

Kelana Jaya: Kontroversi membabitkan B Sathianathan dan Ismail Zakaria terus menjadi misteri apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga kini masih 'mengunci mulut' sama ada mahu mengheret jurulatih Angkatan Tentera Malaysia dan Sime Darby FC itu menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM atas dakwaan mengkritik mutu pengadilan Liga M baru-baru ini.

Tiada pegawai FAM mahu mengesahkan sama ada kenyataan dua jurulatih itu melanggar Artikel 88 Status FAM ataupun tidak termasuk Pengerusi Jawatankuasa, Tatatertib Datuk Taufek Abd Razak yang ditemui pemberita semalam.

"Saya tak nak komen, kami tidak bincang kes itu dalam mesyuarat tadi (semalam). Awak tanya orang lain, saya tak mahu terbabit dengan kes Sathianathan dan Ismail," katanya.

Sebelum ini Taufek meminta Jabatan Undang-Undang FAM supaya menyiasat kenyataan Sathianathan dan Ismail selepas dua pengendali pasukan Liga Super itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan yang teruk.

Foto

TAUFEK meminta Jabatan Undang-Undang FAM menyiasat kenyataan Sathianathan, Ismail.

Foto

LAPORAN Harian Metro semalam.


Ismail mengeluarkan kenyataan selepas Sime Darby tewas 1-2 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, 18 Januari lalu gara-gara keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Faizul sudah bersedia

Posted: 28 Jan 2014 10:06 AM PST

Bertahun-tahun dia mencari tapak terbaik untuk merealisasikan impiannya dalam muzik. Tidak pernah berhenti berharap, akhirnya tahun lalu menjadi kenangan terindah dalam hidupnya apabila dinobat selaku juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Kini, impian Mohd Faizul Sany atau Faizul, 28, semakin dekat meskipun kembara seninya baru saja bermula.

Namanya mungkin masih 'hijau', namun berdasarkan sedikit pengalaman bergiat memperjuangkan muzik, dirinya sebelum ini dikira sudah ada asas kukuh mengenali percaturan menjadi anak seni.

Ia juga terserlah pada keperibadian Faizul sewaktu berada dalam AF2013 di mana dia hanya memfokuskan kepada memantapkan tugasan berbanding drama-drama kecil.

Foto


Bagaimanapun, dinobatkan juara bukan jaminan penyanyi kelahiran Sabah itu mendapat tempat dalam bidang ini kerana hakikatnya ramai sang juara juga lesap dan berkubur begitu saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29