Jeritan sebelum karam

Jeritan sebelum karam


Jeritan sebelum karam

Posted: 18 Jan 2014 09:59 AM PST

Mukah: "Saya terpaksa berenang kira-kira satu jam meredah ombak kuat untuk sampai ke darat sebaik bot panjang itu terbalik," kata Helmi Julai 45, seorang daripada 27 mangsa bot karam di Muara Lassa, berhampiran Kampung Kut, Daro, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 1.40 petang itu, bot panjang yang dinaiki 27 penumpang itu karam selepas dipukul ombak.

Enam belas penumpang terselamat, tujuh masih hilang dengan empat disahkan lemas. Mayat Naibi Saibi iaitu yang terakhir ditemui sebelum operasi dihentikan ditemui berhampiran lokasi kejadian kira-kira 8 malam tadi.

Helmi berkata, bot yang dinaiki mereka tenggelam sebaik dimasuki air dan ketika itu bot sudah menghampiri muara Lassa.

Foto

MAYAT mangsa dibawa ke surau sebelum dibawa ke Hospital Daro. FOTO RADZI BUJANG


"Kejadian berlaku dengan pantas dan kami tidak sempat berbuat apa-apa, masing-masing cuba menyelamatkan diri.


"Saya sempat mendengar jeritan penumpang lain sebelum mereka hilang dari pandangan," katanya ketika ditemui.

Helmi berkata, rombongan itu dalam perjanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai.

Katanya, mereka memilih untuk menggunakan bot panjang kerana cuaca baik pada sebelah pagi.

"Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku. Saya bersyukur kerana terselamat tetapi bersedih atas kehilangan rakan lain yang masih belum diketahui nasib mereka," katanya.

Junai Sepot, 60, isteri kepada Riji Dalol, 60, seorang daripada mangsa yang masih hilang berkata, kali terakhir suaminya menghubunginya satu jam sebelum kejadian.

Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal.

"Dia berpesan supaya saya jaga diri baik-baik dan dia akan pulang sebaik majlis tamat. Sehingga kira-kira 6 petang, tiada khhbar mengenainya dan saya berharap dia masih hidup," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata 15 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.

Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.

"Bot panjang berkenaan adalah milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit," katanya.

Mangsa hilang
1. Borhan Berdan
2. Riji Dalol
3. Mahdani Akim
4. Abu Bakar Mahli
5. Ta Hasim
6. Ebong
7. Nor Roslin

Mangsa lemas
1. Hamirah Morni, 51
2. Sekiah Kipli, 49
3. Melati Jerai, 51
4. Naibi Saibi

Mangsa selamat
1. Anthony Bahari
2. Habibah Yunus
3. Naidi Saibi
4. Jusni Pandi
5. Raidah Pandi
6. Median Wasli
7. Aiman Sepawi
8. Suraidah Busnu
9. Melajim Akim
10. Jebat Busnu
11. Saamah Drahman
12. Ija Iteli
13. Marina Gusti
14. Slmah Rapli
15. Manja Wahi
16. Mah

Kronologi Kejadian Bot Karam Daro

5 pagi: Bertolak dari Kampung Tekajong.

7 pagi: Tiba di kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan.

12.45 tengah hari: Berangkat pulang ke Kampung Tekajong.

1.40 petang: Karam

3.35 petang: Tiga mayat ditemui

NAHAS BOT DI SARAWAK SEJAK 1973

27 Disember 1973 - Kapal MV Pulau Kidjang yang juga kapal pengangkut penumpang dan kargo karam kerana cuaca buruk di muara Sungai Rejang dan mengorbankan 121 nyawa daripada 150 penumpang. Hanya 38 berjaya diselamatkan. Ia kejadian terburuk di Sarawak.

1979 - 12 penumpang lemas dalam kejadian bot karam di jeram Pelagus, Kapit.

Januari 1991 - 14 lemas wapabila bot yang mereka naiki karam di tempat jeram Pelagus Kapit.

8 Januari 1991 - 13 maut selepas dua bot ekspres berlanggar di Sungai Rejang.

Jun 1991 - 10 lemas apabila perahu yang mereka naiki karam di jeram Pelagus, Kapit.

Februari 1999 - Dua lemas di jeram Pelagus, Kapit.

April 1999 - 12 pelajar maut selepas bot laju yang dinaiki berlanggar dengan bot pengangkut balak di Sungai Saribas.

April 2005 - 16 maut selepas bot pukat tunda yang dinaiki dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa muatan pasir.

18 Oktober 2010 - 13 penumpang maut selepas bot ekspres yang mereka naiki berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau.

28 Mei 2012 - Tiga penumpang maut manakala 213 penumpang lain selamat selepas bot ekspres Kawan Mas yang sarat dengan penumpang, karam di Giam Bungan, Belaga.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Alat curi Wi-fi

Posted: 18 Jan 2014 08:10 AM PST

Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.

Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau 'dicuri' individu tidak bertanggungjawab meng�gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.

Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.

Foto


Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Parah dihempap TV

Posted: 18 Jan 2014 07:40 AM PST

Gelang Patah: "Anak-anak yang meninjau dapur selepas terdengar bunyi kuat terkejut melihat televisyen 29 inci menghempap kepala Qistina hingga hidung, mulut dan telinganya berdarah.

"Melihat keadaan cemas itu, keluarga terus membawa Qistina ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan," kata Mohd Nor Hizam Abdul Halim, 40, bapa kepada Nurul Qistina Farrah Aivienna, 6, yang parah akibat dihempap televisyen di dapur rumah ibu kanak-kanak itu di Taman Sri Pulai, di sini, kelmarin.

Mohd Nor Hizam berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam, Qistina mungkin memanjat kabinet televisyen kerana ingin membuka suis lampu sambil berpaut pada televisyen berkenaan.

Katanya, dia percaya ketika cuba menuruni kabinet itu, televisyen berkenaan terjatuh lalu terhempap kepalanya.

Foto

QISTINA retak tulang tengkuk akibat dihempap televisyen 29 inci.


Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu mengalami gegaran otak dan retak tulang tengkuk.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Peluang bukti kemampuan

Posted: 18 Jan 2014 04:28 AM PST

London: Kunjungan Manchester United ke Chelsea hari ini memberi satu lagi peluang buat juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi layak dilabel selaku kuasa besar bola sepak.

Dengan enam kekalahan setakat ini serta pendahulu Arsenal mempunyai kelebihan 11 mata, perjuangan United untuk mempertahankan gelaran dilihat semakin pudar dan apa yang perlu mereka kejar ketika ini ialah salah satu kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Anak buah David Moyes (gambar) itu ketinggalan lima mata di belakang Liverpool yang menduduki tempat keempat dan jika tewas di Stamford Bridge malam ini, hasrat untuk berada di kelompok empat teratas pasti terjejas.

Aksi mereka sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi apabila hanya mengumpul lima mata berbanding 21 yang boleh diperoleh hasil tujuh perlawanan terutama ketika menentang pasukan yang berada di kelompok teratas.

Foto


Kecederaan Wayne Rooney dan Robin van Persie bukanlah penyebab utama tetapi ia semua adalah disebabkan nasib yang tidak menyebelahi mereka. Begitupun, pengurus Chelsea Jose Mourinho berpendapat adalah terlalu awal untuk menafikan peluang United mempertahankan gelaran.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Takut kahwin lagi

Posted: 18 Jan 2014 02:28 AM PST

Dia sering digandingkan dengan penyanyi lelaki untuk lagu duet. Kalau dulu Pasha Ungu disebut pasangan idealnya, Rossa kini bekerjasama dengan lebih ramai penyanyi se�perti Taufik Batisha dari Singapura dan Hafiz (Malaysia).

Dalam kehidupan peribadi, dia juga sering dikaitkan dengan seseorang sebagai peng�ganti selepas bercerai dengan Yoyo pada 2009. Bagaimanapun, sehingga kini penyanyi yang popular dengan lagu cinta itu masih sendiri.

Rossa yang kini hangat dengan lagu duet bersama Hafiz, Salahkah, dikatakan mempunyai teman istimewa dan bakal mengakhiri zaman jandanya dalam waktu terdekat.

Kalau sebelum ini Rossa dikatakan akrab dengan ahli perniagaan di sini, hubungan mereka tidak panjang, kemudian timbul pula cerita kini rapat dengan ahli perniagaan di tanah kelahirannya.

Foto


Rossa yang berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menjayakan Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada 14 Disember lalu, sekali gus mempromosi Salahkah, menafikan apa yang dihebohkan itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19