Nasib ditentukan hari ini

Nasib ditentukan hari ini


Nasib ditentukan hari ini

Posted: 29 Jan 2014 11:28 AM PST

Stockholm: Nasib pasangan suami isteri dari Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan pihak berkuasa negara ini sejak lebih sebulan lalu, akan ditentukan hari ini.

Mahkamah Daerah Solna, di sini dijadual membuat keputusan jam 11 pagi waktu tempatan (jam 6 petang waktu Malaysia) sama ada Azizul Raheem, 38, dan Shalwati, 46, disambung tempoh reman, dibebaskan atau didakwa.

Namun, biar apapun keputusan hakim termasuk jika dibebaskan, mengikut undang-undang Sweden pasangan itu masih tidak dapat bertemu keempat-empat anak mereka yang kini diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Hakim Mahkamah Daerah Solna, Mari Heidenborg dalam pertemuan dengan media Malaysia, di sini, semalam.

Foto

PENGERUSI Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous (kanan) berbincang dengan Pengerusi Islam Sweden Untuk Keamanan dan Keadilan Yasri Khan (kiri).


"Kes itu sudah didengar sebelum ini dan akan didengar sekali lagi pada Khamis (hari ini). Hakim akan membuat keputusan sama ada tempoh reman mereka dilanjutkan atau mereka bebas daripada reman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

3 samseng mengamuk

Posted: 29 Jan 2014 11:27 AM PST

Kuala Lumpur: Gara-gara tidak berpuas hati dengan laporan berita mengenai seorang guru yoga, tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi dipercayai menceroboh dan menyerang bilik berita sebuah akhbar berbahasa Tamil di Jalan Ipoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang wartawan akhbar berkenaan M Ravindran cedera diserang kumpulan penceroboh itu yang turut memecahkan komputer dan peralatan kaca di pejabat berkenaan.

Ravindran berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu dikatakan memecah pintu pejabatnya kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, sebaik memasuki pekarangan pejabat itu, kumpulan lelaki itu pada mulanya mencari seorang rakannya berhubung berita mengenai dakwaan berkaitan pemimpin sebuah pusat yoga dan kerohanian yang diasaskan seorang guru.

Foto

KAKITANGAN akhbar melihat antara kerosakan yang berlaku.


"Mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima komputer di tingkat yang menempatkan bahagian pengurusan pejabat selain merampas dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 daripada kakitangan yang bertugas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Seabad makan ulam

Posted: 29 Jan 2014 11:27 AM PST

Kuala Nerang: Amalan hanya memakan ulam-ulaman dan ikan rebus yang dicampur dengan halia, serai dan lengkuas serta minum banyak air masak menjadi petua buat seorang warga emas untuk kekal sihat walaupun usianya sudah menjangkau 100 tahun.

Difahamkan, warga emas itu Sara Mehat, berasal dari Lubuk Perung, di sini, dipercayai sudah berusia 115 tahun, walaupun kad pengenalannya tertera tarikh lahir pada 19 April 1914.

Sara atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Long Sara mendakwa keadaan dirinya masih sihat dan kuat, walaupun enam suami yang dikahwininya sebelum ini sudah meninggal dunia.

Menurutnya, dia berkahwin ketika berusia 15 tahun dengan suami pertama yang dikenali sebagai Kassim berusia 20-an dan dikurniakan dua anak lelaki dan perempuan.

Foto

MAK Long Sara masih mampu berjalan dan membuat kerja rumah sendiri.


Selepas suaminya meninggal dunia dia berkahwin pula dengan Awang Tasu, 50-an serta dikurniakan dua anak perempuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

'Sila undur Tok Mat!'

Posted: 29 Jan 2014 11:27 AM PST

Kuala Lumpur: "Jika perlu, kami berhasrat berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang juga penaung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sekiranya kepimpinan ketika ini tidak berundur!"

Itu antara cadangan disuarakan bekas pemain negara, Salim Mohd Yusof yang sudah bosan dengan kegagalan menimpa skuad negara di pentas antarabangsa dengan kekecewaan terbaru di Sukan SEA Myanmar pada Disember tahun lalu.

"Kami sebagai bekas pemain mahu kepimpinan sekarang yang diketuai Datuk Ahmad Ismail berundur. PSM memerlukan kepimpinan baru kerana sudah terlalu lama beliau memegang jawatan.

"Kami mahu beliau meletak jawatan sebelum Mac ini (sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM). Jika beliau tidak melakukannya, kami sebagai bekas pemain akan berjumpa Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum berhubung perkara ini dan berharap Perdana Menteri akan dapat menasihatkan Ahmad supaya berundur," katanya yang pernah meraih emas di Sukan SEA 1981 dan 1983.

Foto

BEKAS pemain bersama pemain negeri menunjukkan sepanduk mendesak Presiden PSM meletak jawatan.


Malah Salim tidak melihat AGM yang dilaporkan bakal berlangsung pada Mac mampu menukarkan kepimpinan Ahmad yang memegang jawatan sejak 2003 kerana berpandangan undian persatuan negeri tetap akan memihak kepada Ahmad berdasarkan faktor kawan, bukannya atas faktor pembangunan sepak takraw itu sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Macam nak nangis tercalon

Posted: 29 Jan 2014 11:26 AM PST

Sebagai artis baru, nama�nya mungkin tidak popular seperti Emma Maembong, Nelydia atau Uqasha Senrose yang kini mewarnai persada hiburan tanah air.

Namun, jangan memperlekehkan kemunculan pendatang baru berbakat dari Singapura, Atikah Suhaime, 22, kerana dia hadir dengan pakej lengkap sebagai anak seni.

Lebih setahun berlakon, pemilik nama sebenar Nurul Atikah Mohd Suhaime yang bernaung di bawah pengurusan MIG Talent sudah diberi kepercayaan beraksi dalam beberapa filem seperti Highland Tower, Muka Surat Cinta dan terbaru Kasutku Kusut.

Selain itu, dia turut berlakon drama bersiri Ruby dan Dewi Lasak.

Foto


Ramai yang mula membuka mata dengan bakat lakonan Atikah apabila namanya tersenarai dalam kategori Top 5 pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30