Buru darah suci

Buru darah suci


Buru darah suci

Posted: 06 Jan 2014 11:09 AM PST

Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.

Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.

Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

Foto

AZMI menunjukkan kain kafan yang diikat pada badannya.

Foto

SIMBOL digunakan kumpulan berjubah hitam ketika upacara pemujaan.

Foto

AZMI diikat pada tiang pondok dalam keadaan masih berkain kafan.


"Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07

Otak luar kepala

Posted: 06 Jan 2014 11:05 AM PST

Pasir Gudang: "Sebagai ibu, saya mahu membelai Nurimanina seperti bayi biasa, tapi malang kepalanya sensitif kerana otaknya berada di luar tempurung malah ia semakin membesar sehingga mencecah 1.5 kilogram.

"Kami difahamkan kandungan air di otaknya semakin meningkat menyebabkan dia kini mengalami masalah saraf hingga kedua-dua biji matanya tertarik ke belakang (berhampiran otak) dan bukannya di kelopak mata," kata seorang ibu, Hamira Samsudin, 26, semalam.

Hamira dari Taman Mawar di sini, berkata anak bongsu daripada dua beradik itu Nurimanina Jepri kini berusia lima bulan dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala, tanpa lubang dubur, tiada biji mata dan kekurangan satu injap jantung.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan Nurimanina mengalami pelbagai penderitaan dan kerap menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Foto

OTAK di luar tempurung kepala Nurimanina semakin membesar manakala tubuhnya semakin susut.


"Ketika mengandung, doktor yang melakukan imbasan memaklumkan berkaitan kecacatan Nurimanina kepada kami iaitu keadaan otaknya di luar tempurung kepala dan masalah jantung.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07

Peluru penabur bawa ajal

Posted: 06 Jan 2014 11:04 AM PST

Kuantan: Anggota polis, Koperal Abd Halim Md Ali, 48, yang ditemui mati dengan kesan tembakan di badan dan muka dipercayai akibat terkena peluru penabur dilepaskan penjenayah di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) Padang Jaya, Jaya Gading, dekat sini, semalam disifatkan sebagai seorang yang berani dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Harian Metro difahamkan, arwah berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu selama 30 tahun dan pernah menyertai skuad elit Komando VAT69 sebelum ditugaskan di Balai Polis Jaya Gading.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Asmahlaily Jusoh, 50, dan empat anak, Mohd Zainul Ariffin, 23, yang juga kakitangan PERODUA di Rawang, Selangor, Shahrul Muie, 20, seorang juru ukur di Cheras, Kuala Lumpur serta dua masih bersekolah Nurul Huda, 16 dan Nurul Aisyah, 14.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, pihaknya sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di atas kejadian itu dan berharap mereka tabah menempuh dugaan itu.

Foto

ASMAH (tengah) bersama saudaranya menaiki kenderaan polis ke HTAA.


Katanya, polis masih berusaha memberkas mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu dan operasi besar-besaran memburu suspek giat dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07

Hati NISHA berbunga

Posted: 06 Jan 2014 11:04 AM PST

Hati pelakon ini pastinya paling berbunga kala ini. Tidak menyangka perhubungan dengan jejaka pilihannya selama tiga tahun akhirnya bakal menginjak ke fasa lebih serius, hidup Nisha Dir semakin berseri.

Nisha atau Nik Shahri'ah Nik Dir, 30, masih bertatih dalam industri, namun bukan penyebab buatnya menyisihkan kebahagiaan diri sendiri.

Apapun, sudah bergelar tunangan orang Sabtu lalu, tidak mungkin akan membataskan terus kerjaya lakonannya kerana dia masih belum puas bergelar seorang pelakon.

Baginya, berlakon adalah periuk nasi utamanya selain minat mendalam pada bidang seni tetap meluap-luap seperti pada awal kemunculannya dulu.


"Kini sudah menjadi tunangan orang, saya tidak melihat itu sebagai satu halangan untuk terus berkecimpung dalam bidang ini. Lagipun, bertemu jejaka yang sangat memahami, tiada apa isu timbul berikutan dia juga menyokong karier saya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

'Saya tak kisah'

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Kuala Lumpur: "Saya hanya harapkan keputusan terbaik demi kebaikan skuad hoki negara."

Demikian harapan Muhammad Dharma Raj Abdullah yang mungkin mengetahui jawapan sama ada beliau akan terus kekal membimbing pasukan remaja negara atau diberi peluang ke pasukan senior dengan menjadi pembantu kepada Paul Revington pada mesyuarat pengurusan pasukan kebangsaan hari ini.

Bakal dipengerusikan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan, mesyuarat itu dijangka dihadiri pengurus pasukan serta jurulatih di setiap peringkat.

Dharma Raj yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk ke pasukan senior berkata, beliau akan menghormati segala keputusan yang akan dibuat pengurusan tertinggi.

Foto

SKUAD remaja negara cemerlang di India, bulan lalu.


"Seperti saya katakan sebelum ini, kalau sekiranya diminta untuk teruskan tugas sebagai jurulatih skuad remaja saya memang tiada masalah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07