Pelukan erat terakhir anak |
- Pelukan erat terakhir anak
- Kes pasangan ditahan pukul anak tak solat di Sweden: Stockholm sedia bebas jika tiada pertuduhan
- Isu kalimah: Desak polis ambil tindakan
Posted: 22 Jan 2014 02:32 PM PST Ibu tak sangka bayi 10 bulan temui ajal di rumah pengasuh Putrajaya: Seorang ibu tidak menyangka pelukan erat anak bongsunya sebelum dihantar untuk asuhan pagi kelmarin, menjadi petanda bayi berusia 10 bulan itu akan meninggal dunia di rumah pengasuh. Ibu bayi berkenaan, Norzilawati Ahmad Atik, 35, yang juga kakitangan kerajaan mengakui Muhammad Irsyad Alizan Mohd Yazid memang manja tetapi pelukan bayinya pagi kelmarin, dirasakan luar biasa kerana lebih erat. "Dia peluk saya dengan kuat. Saya sempat berkata padanya kenapa manja sangat ni dan dia terus peluk erat tanpa menyangka itulah petanda dia akan pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam. Beri bantuan pernafasan Irsyad yang juga anak ketiga itu, disedari meninggal dunia ketika pengasuhnya cuba membangunkan bayi terbabit jam 10 pagi untuk diberi makan. Norlizawati berkata, pada hari kejadian beliau dan suami, Mohd Yazid Hamzah, 39, menghantar bayi itu untuk asuhan jam 7.30 pagi sebelum pengasuh terbabit menelefon sambil menangis teresak-esak. Katanya, kejadian itu mencetuskan rasa curiga kerana selama ini pengasuh bayinya tidak pernah menelefon beliau, tetapi sebaliknya hanya berbalas pesanan. "Saya bergegas ke rumah pengasuh dan ketika itu dapat melihat mata Irsyad masih berkelip-kelip ketika dikejarkan ke Hospital Putrajaya (HPj) bersama pengasuh serta suaminya. Malah doktor turut menyatakan bayi berpeluang diselamatkan. "Namun, hati saya sukar menerima kenyataan apabila doktor mengesahkan Irsyad meninggal dunia jam 11.15 pagi. Tidak sangka cerita yang kerap dibaca dalam akhbar, turut menimpa saya," katanya. Punca kematian disiasat Beliau berkata, punca kematian Irsyad belum diketahui kerana hasil bedah siasat hanya akan diperoleh empat bulan lagi tetapi doktor memaklumkan ia tiada kaitan dengan tersedak susu atau terjatuh. Katanya, beliau tidak menyalahkan pengasuh terbabit, sebaliknya menganggap kematian bayinya yang sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini selepas solat Maghrib kelmarin, sebagai takdir. |
Kes pasangan ditahan pukul anak tak solat di Sweden: Stockholm sedia bebas jika tiada pertuduhan Posted: 22 Jan 2014 02:27 PM PST Kuala Lumpur: Kerajaan Sweden memberi jaminan akan membebaskan segera pasangan Malaysia yang ditahan di penjara negara itu jika tiada pertuduhan selepas tamat tempoh reman, 30 Januari ini. Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata jaminan itu diberikan dalam perbincangan antara wakil Kedutaan Sweden, kerajaan dan SukaGuam, semalam. "Ia termasuk memindahkan segera empat anak pasangan terbabit dijaga keluarga angkat berlainan agama. Perlu segera dibebaskan "Selain itu, pembebasan pasangan itu perlu disegerakan jika tiada pertuduhan sehingga tamat tempoh reman mereka," katanya kepada BH, semalam. Sebelum ini, media melaporkan pasangan rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya, Shalwati Nurshal, seorang guru yang mengambil cuti, ditahan pihak berkuasa Sweden kerana memukul seorang anak mereka kerana tidak menunaikan solat. Berikutan itu, empat anak pasangan itu berusia antara tujuh hingga 14 tahun diserahkan kepada keluarga angkat bukan Islam, tetapi mereka mengadu tidak selesa. Khairul Anwar berkata, SukaGuam diminta membantu Wisma Putra dari aspek perundangan bagi menyelesaikan kemelut itu. Beliau berkata, pihak berkuasa Sweden berpendapat isu itu tidak wajar menjadi polemik sehingga menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara. Katanya, SukaGuam terkilan dengan layanan terhadap anak pasangan itu dan mahu Sweden mempercepatkan pemindahan mereka kepada keluarga Islam atau menyerahkan kepada Kedutaan Malaysia di sana. |
Isu kalimah: Desak polis ambil tindakan Posted: 22 Jan 2014 02:26 PM PST Kepala Batas: UMNO Kepala Batas bersama lima badan bukan kerajaan (NGO) mendesak polis mengambil tindakan terhadap pihak didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong berkaitan isu kalimah Allah dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Facebook. NGO itu turut membuat laporan di Balai Polis Seberang Prai Utara bagi mendesak siasatan terhadap dalang yang terbabit dalam isu berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948. Bimbang suasana tegang "Kami mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina ketua negara mengikut Akta Hasutan kerana ia mempertikaikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. "Jika tiada tindakan diambil, kami bimbang ia akan mencetuskan suasana tegang dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya. Ahmad berkata, pihaknya juga kesal kerana pemilik entri terbabit turut menghina Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam sedangkan isu berkenaan memang di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |