50 pelajar dirasuk!

50 pelajar dirasuk!


50 pelajar dirasuk!

Posted: 15 Jan 2014 02:02 PM PST

Johor Bahru: "Sebaik tiba di rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah jam," kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria, semalam.

Anak Mohd Noor, Noryana, 17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat satu 'lembaga hitam' berhampiran satu blok sekolah.

Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah.

Foto

SMK Tanjung Puteri Resort yang didakwa diganggu makhluk halus.

Foto

SALAH seorang pelajar yang diserang histeria menerima rawatan.


Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Nyawa di hujung lumpur

Posted: 15 Jan 2014 02:02 PM PST

Tamparuli: Kira-kira 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, dekat sini, nyaris maut apabila satu daripada tiga blok bangunan sekolah berkenaan ranap akibat dilanda limpahan banjir lumpur, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, murid tahun satu, lima dan enam yang belajar dalam satu blok sama berada di bilik darjah masing-masing.

Bagaimanapun, semua murid terbabit terselamat selepas pengawal keselamatan sekolah itu Saminah Kijuh, 49, menyedari kejadian berkenaan sebelum menjerit meminta mereka meninggalkan bilik darjah dengan segera.

Saminah yang berada kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian berkata, dia menjerit meminta guru dan murid mengosongkan bilik darjah sebaik terdengar bunyi kuat tanah runtuh dari arah bukit berhampiran.

Foto

BILIK darjah tahun satu SK Bawang rosak teruk akibat tanah runtuh dan banjir lumpur.


"Sebelum kejadian, seorang penduduk datang memaklumkan kepada saya ada tanda tanah dari arah bukit di belakang sekolah itu akan runtuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

100 laluan tikus seludup rokok

Posted: 15 Jan 2014 02:02 PM PST

Pelabuhan Klang: Aktiviti penyeludupan dan lambakan rokok tidak sah di negara ini dipercayai berlaku akibat kewujudan 100 laluan tikus sepanjang perairan Kuala Selangor hingga ke Endau, Mersing, Johor.

Menjelas perkara itu, Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, faktor lain yang menyebabkan kebanjiran rokok tidak sah ke negara ini ialah kekurangan anggota penguat kuasa agensi berkenaan walaupun agensi terbabit sebenarnya mampu mengesan aktiviti penyeludupan seperti itu.

Menurutnya, pihaknya menuntut pertambahan anggota untuk ditempatkan di sepanjang perairan negara itu, kerana jumlah keanggotaan setakat ini tidak mencukupi bagi menangani masalah laluan haram ke negara ini.

"Memang kita mampu mengesan kegiatan seperti itu (penyeludupan) melalui radar, namun ia tidak dapat di kawal sepenuhnya kerana faktor perairan yang luas dan jauh.

Foto

ADON (dua dari kanan) bersama ketua-ketua penguat kuasa maritim mencampak bungkusan rokok dalam mesin pengisar.


"Ketika ini, APMM hanya ada 700 anggota, berbanding jumlah sebenar yang diperlukan 1,100 orang. Bilangan anggota yang cukup adalah penting bagi memastikan kawalan ketat dapat dilakukan setiap masa," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Tunggu jawapan Troussier

Posted: 15 Jan 2014 02:01 PM PST

Kuala Lumpur: Semuanya kini bergantung kepada kesediaan Philippe Troussier sama ada mahu menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas badan induk bola tanah air itu bersedia berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat jurulatih Perancis itu.

Dalam satu pertemuan dengan wakil FAM di Singapura pada November lalu, Troussier menyatakan minat untuk mengambil alih tugas ketua jurulatih kebangsaan serta mengemukakan beberapa program bagi membantu memantapkan semula Harimau Malaya.

Menurut sumber dalaman FAM, tiada pertemuan di antara Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dengan bekas jurulatih skuad Piala Dunia Jepun 2002 itu di London baru-baru ini namun Troussier sememangnya calon utama bagi menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu.

"Tiada sebarang perbincangan antara Tuanku Presiden dan Troussier di London seperti dilaporkan sebelum ini. Pertemuan wakil FAM dengan Troussier sudah diadakan di Singapura kira-kira dua bulan lalu dan daripada pertemuan itu sememangnya beliau menyatakan minat untuk membimbing skuad kebangsaan.

Foto

LAPORAN Harian Metro 13 Januari lalu.


"Dalam mesyuarat FAM sebelum ini, Tuanku Presiden dan juga ahli Exco sudah bersetuju untuk melantik Troussier dan tiada nama lain dibangkitkan selain namanya dalam mesyuarat itu. Sekarang FAM kena berusaha untuk mendapatkan Troussier kerana kemungkinan beliau juga mendapat tawaran daripada Tunisia," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Idam khidmat komposer Indonesia

Posted: 15 Jan 2014 02:01 PM PST

Bergelar pemilik syarikat pengurusan artis, Laugh Out Loud (LOL) bukan bermaksud penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu, Dafi hanya duduk goyang kaki di pejabat.

Sebaliknya, bintang yang digilap dari program realiti popular Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dan pemilik nama sebenar, Gaddafi Ismail Sabri, 25, ini semakin gigih untuk mengukuhkan namanya dalam bidang seni tanah air.

Secara peribadi, Dafi mengakui dia tidak pernah putus asa untuk mendapat tempat dalam bidang nyanyian yang diceburinya lebih enam tahun lalu.

"Terus terang, bidang nyanyian memang sudah sebati dalam diri dan keutamaan saya sejak dulu. Mungkin orang fikir, saya mendapat laluan yang mudah kerana status sebagai anak menteri. Hakikatnya, saya juga bekerja keras dan berdikari untuk berada pada tahap sekarang," kata anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini.

Foto


Seperti penyanyi lain, kata Dafi, dia juga tidak terlepas berdepan ujian sebagai penyanyi apabila lagu dendangannya tidak diputarkan di stesen radio tempatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16