City kembali ke puncak EPL |
- City kembali ke puncak EPL
- Lelaki 'tetak' 7 mesin ATM
- 2 sahabat 'ditelan' parit
- Undur segera!
- 'Saya bermula dengan kosong'
Posted: 12 Jan 2014 01:04 PM PST MANCHESTER City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya mengalahkan Newcastle United 2-0 dalam perlawanan di St James' Park lewat malam tadi. Keputusan ini merupakan kemenangan EPL yang keenam berturut-turut bagi City. Edin Dzeko dan Alvaro Negredo masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan masa tambahan perlawanan tetapi suasana bertambah hangat apabila gol oleh pemain Newcastle Cheick Tiote tidak dibenarkan pengadil Mike Jones pada pertengahan separuh masa pertama. Walaupun Newcastle memulakan perlawanan dengan permainan rancak, City berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan hasil jaringan Dzeko.
Dengan kemenangan ini, City kini terletak di tangga teratas Liga tetapi kedudukannya akan terjejas jika Arsenal menang di Aston Villa, awal pagi Selasa ini. Newcastle pula tetap berada di tangga kelapan. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13 |
Posted: 12 Jan 2014 01:01 PM PST Ipoh: Gara-gara berang apabila kad juruwang automatik (ATM) miliknya ditelan mesin ATM, seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memecahkan tujuh mesin ATM menggunakan sebilah pisau di sebuah bank di pekan baru Menglembu, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat dekat sini, akhirnya diberkas polis di bank berkenaan. Sumber polis berkata, lelaki berkenaan yang dalam keadaan mabuk pergi ke bank itu untuk mengeluarkan wang sebelum usahanya tidak berhasil menyebabkan dia marah lalu 'mengamuk' dengan memecahkan hampir semua skrin mesin ATM di premis itu. "Lelaki berkenaan dipercayai memasukkan nombor PIN sebanyak tiga kali untuk mengeluarkan wang di mesin berkenaan, tetapi usahanya itu gagal menyebabkan kadnya ditelan. ANGGOTA polis memeriksa lelaki yang ditahan. ANTARA mesin yang dirosakkan lelaki terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13 |
Posted: 12 Jan 2014 12:58 PM PST Sungai Buloh: "Saya tengok dia keluarkan buku dan alat tulis daripada beg sekolah dan memasukkan baju. Dia buat begitu dalam keadaan tergesa-gesa. Bila saya tanya hendak ke mana, dia tak jawab. "Itulah kali terakhir saya melihatnya," kata Salmah Aman, 60, nenek kepada Mohd Safit Johan yang ditemui mati bersama rakannya, J Eshwaran, di dalam parit di belakang Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Subang Perdana, di sini, semalam. Mayat dua kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui berasingan pada jam 5.30 pagi dan 6.45 pagi semalam oleh anggota bomba yang melakukan operasi mencari selepas kehilangan mereka dilaporkan keluarga masing-masing. Salmah berkata, dia melihat cucu bongsunya memasukkan baju ke dalam beg sekolah kira-kira jam 4.30 petang kelmarin sebelum kanak-kanak itu keluar rumah. PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas selepas lima jam usaha mencari dilakukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13 |
Posted: 12 Jan 2014 12:57 PM PST Kuala Lumpur: "Umpama besi berkarat yang semakin reput". Itu antara pandangan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia terhadap tiga individu tertinggi dalam Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) iaitu Presidennya Datuk Ahmad Ismail, Setiausaha Agung Datuk Arshad Yahya yang mula memegang jawatan berkenaan sejak 2003 selain Penolong Setiausaha Agung 1 Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang dilantik pada 2011. "Kami sememangnya tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi PSM yang ada sekarang kerana berpandangan mereka sudah gagal. Kami mahukan rombakan dan mereka berundur atau meletak jawatan. "Itu tujuan kami berkumpul hari ini (semalam) kerana masa untuk mereka berfikir di alaf baru ini sudah tiada, adalah lebih baik kita menggunakan orang baru yang matang dan berfikiran moden bagi memastikan kebangkitan semula sukan ini. BEKAS pemain desak PSM dibubar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13 |
Posted: 12 Jan 2014 05:57 AM PST Mungkin nama Ezzaty Abdullah belum dikenali seperti Izara Aishah, Nur Fathia dan Miera Liyana, namun, wajahnya sudah acapkali terpampang dalam komersial di kaca TV dan di dada akhbar. Paling terbaru, pelakon berusia 23 tahun ini tampil menerusi iklan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang popular dengan dialog 'Merah Sangatlah Mak Ngah'. Versi baru iklan arahan Khabir Bhatia ini ternyata cepat mempopularkan pelakon yang bermula sebagai ekstra kerana apabila ke mana-mana, ramai yang memandangnya dengan penuh minat. Berbanding dengan pelakon lain, tuah ternyata menyebelahi bekas graduan jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini kerana memperoleh laluan mudah untuk mencipta nama sebagai pelakon.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |