Menteri turun padang |
- Menteri turun padang
- 37,000 guru dilatih AKPK ajar murid urus kewangan
- Hukum peniaga naikkan harga
- Beban kos pentadbiran
- SPRM bakal ambil ramai pegawai Cina
- Tutup sekolah demi keselamatan
Posted: 15 Jan 2014 01:21 PM PST Tangani kos sara hidup: Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuh tingkat keberkesanan usaha kerajaan, penguatkuasaam
|
37,000 guru dilatih AKPK ajar murid urus kewangan Posted: 15 Jan 2014 01:18 PM PST Kuala Lumpur: Agensi Kaunseling, dan Pengurusan Kredit (AKPK) sudah melatih 37,000 guru sebagai perintis menjayakan modul pendidikan kewangan kepada murid Tahun Empat mulai tahun ini. Modul pendidikan yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Inggeris dan Matematik itu, bagi mendidik amalan pengurusan kewangan bermula peringkat sekolah rendah. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 15 Jan 2014 01:10 PM PST Kuala Lumpur: Bukan sekadar mengkaji kesan kenaikan harga barang, tetapi juga bertindak menguatkuasakan undang-undang ke atas pemborong dan peniaga yang sengaja menaikkan harga sehingga membebankan pengguna. Janji itu dinyatakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang terbabit secara langsung dalam penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang diumum dan dipengerusikan sendiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Jelasnya, tugas mengawal kenaikan harga barang kini bukan lagi di tangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) saja, kerana semua pihak bertanggungjawab memantau serta mengawal situasi terbabit. "Kabinet sudah membuat keputusan bagi membela rakyat dan langkah awal kita adalah menubuhkan jawatankuasa ini serta mengambil langkah mengawal kenaikan harga barang melalui saluran serta undang-undang sedia ada. "Antara yang perlu dikuatkuasakan adalah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 kerana melaluinya kita boleh menahan mana-mana pemborong atau peniaga yang didapati sengaja menaikkan harga barang melebihi kos sebenar," katanya. Bercakap pada sidang media selepas prapelancaran Konvensyen Sosioekonomi Banjar Sedunia, di sini semalam, beliau mengakui memang berlaku kenaikan harga barangan dan kerajaan sedia bertindak bagi mengawal harga daripada terus naik sehingga menyusahkan pengguna yang semakin terbeban. |
Posted: 15 Jan 2014 01:09 PM PST Syor kerajaan urus pengambilan pekerja asing: Jalan terbaik atasi lambakan dengan perketat syarat kemasukan Kuala Lumpur: Kerajaan bakal berdepan peningkatan kos pentadbiran dan dibebani bidang tugas tambahan, jika cadangan mengambil alih pengambilan pekerja asing di negara ini dilaksanakan. "Dalang sebenar di sebalik masalah kebanjiran ini sebenarnya berpunca daripada ejen haram dan agensi tidak berdaftar yang hanya mementingkan keuntungan. Kemasukan pekerja asing diuruskan sambil lewa dan wujud penipuan. Pantau kemasukan "Saya rasa kerajaan tidak seharusnya dibebani dengan tanggungjawab menguruskan pengambilan pekerja asing. Jalan terbaik menyelesaikan lambakan pendatang tanpa izin di negara ini dengan memperketatkan syarat pemberian permit lawatan sosial. "Jangan benarkan warga asing yang tidak mempunyai tiket penerbangan balik mendapat permit lawatan sosial ketika ketibaan. Jika ini dilaksana, kerajaan boleh memantau kemasukan mereka secara menyeluruh dan tegas," katanya kepada BH, semalam. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsudin Bardan, menyifatkan kos pengambilan pekerja asing yang ditanggung majikan dapat dikurangkan jika cadangan MTUC itu dilaksana. "Majikan tidak perlu bayar pelbagai kos sampingan, sebaliknya hanya menanggung pembayaran permit pekerja. Pelaksanaan cadangan ini juga mampu menangani perpindahan kos yang sepatutnya ditanggung ejen terhadap pekerja asing. "Segala urusan akan diselia dan dikendalikan kerajaan selain dibantu Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Imigresen dan pihak berkaitan," katanya. |
SPRM bakal ambil ramai pegawai Cina Posted: 15 Jan 2014 01:05 PM PST Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil lebih ramai pegawai berbangsa Cina bagi mengubah tanggapan kaum itu mengenai jenayah rasuah di negara ini. Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di ibu pejabat SPRM, di sini semalam. "Tanggapan berdasarkan kaum ini adalah perkara biasa. Ada yang menganggap rasuah berlaku kerana sogokan orang Cina, sedangkan orang Cina merasakan mereka adalah mangsa. "Rasuah ini bukan isu sesuatu kaum. Kita sebenarnya harus sama-sama membanteras rasuah. Justeru, SPRM akan mengambil lebih ramai pegawai daripada kaum Cina untuk mengatasi isu persepsi ini. "Suruhanjaya ini turut memberi jaminan akan menambah baik aspek perhubungan awam mereka," katanya. Seramai 24 Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA hadir pada pertemuan dengan Abu Kassim itu. |
Tutup sekolah demi keselamatan Posted: 15 Jan 2014 01:04 PM PST Sembilan sekolah sekitar Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang, ditutup mulai semalam, akibat dilanda banjir demi keselamatan 3,000 murid. Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata penutupan membabitkan empat sekolah di Sipitang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kelangsat; SK Lubut Batu; SK Kawang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Boon, manakala dua di Kota Belud iaitu SK Menunggui dan SK Tempasuk 1. Jejas 16 kampung Banjir yang melanda awal pagi semalam, juga menjejaskan 5,000 penduduk dari 16 kampung sekitar Kota Belud. Ini membabitkan penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dan Usukan, apabila hujan lebat berterusan, menyebabkan limpahan air Sungai Tempasuk dan Gurung-Gurung, sejak malam kelmarin. Setakat jam 6 petang, 196 penduduk dari 11 kampung antaranya Kampung Pangkalan Abai, Dongoi, Pirasan, Jawi-Jawi, Siasai dan Lebak Moyoh dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Tun Said. Penolong Pegawai Daerah Kota Belud (Pentadbiran), Peter Jiton, berkata kampung lain yang terjejas dalam banjir antaranya ialah Tempasuk 1, Pekan Kota Belud, Kota Peladok, Sembirai, Menunggui, Bobot dan Taun Gusi. "Proses pemindahan dilakukan awal pagi ini dan operasi dibuat secara berterusan mengikut keperluan. Ada juga penduduk berpindah ke rumah saudara mara mereka. "Setakat jam 5 petang, keadaan cuaca di daerah ini masih mendung," katanya kepada BH di sini, semalam. Sementara itu, di Tuaran, semua premis perniagaan sekitar Pekan Tenghilan, digenangi air sedalam satu meter, menjejaskan keseluruhan pekan kecil itu, semalam. Di Sipitang, tiga kampung terjejas akibat banjir iaitu Kampung Lipih, Ranau-Ranau dan Kawang, namun setakat ini pemindahan belum dilakukan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.