Malang janda cantik |
- Malang janda cantik
- Bantai pegawai pantau kelas
- Bimbang anak tergadai akidah
- 'Jangan pandang pada usia'
- 'Sumpah tak kena ugut'
Posted: 08 Jan 2014 11:28 AM PST Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan. Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah. "Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul. "Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah," kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan. Zue
|
Posted: 08 Jan 2014 11:28 AM PST Padang Besar: "Saya tergamam melihat seorang rakan ditumbuk di bahu, belakang kepala dan badannya oleh dua guru lelaki di kaki lima kelas sebelum kejadian itu dileraikan." Begitu kata seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 30-an, apabila melihat rakannya yang juga pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dikepung dan ditumbuk dua guru berusia 40-an yang berlagak ala samseng dalam kejadian di sebuah sekolah rendah, di sini. Dalam kejadian jam 8.50 pagi kelmarin, mangsa berusia 39 tahun dibelasah dua guru lelaki terbabit yang dipercayai akibat berang dengan tindakannya memantau sesi mengajar di dalam kelas yang dikendalikan seorang daripada mereka. Sebelum itu, Hisham berkata, pada kira-kira jam 7.30 pagi, dia bersama 30 pegawai Jabatan Pendidikan negeri daripada Bahagian Sektor Penilaian sekolah hadir ke sekolah berkenaan. WARTAWAN Harian Metro menemu bual saksi kejadian pergaduhan antara guru dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri.
|
Posted: 08 Jan 2014 11:27 AM PST Kajang: "Macam-macam berlegar dalam fikiran saya sekarang. Saya takut anak-anak dijual kepada along sebab bekas suami banyak hutang dan setiap kali berhutang, dia gunakan alamat rumah ini. "Malah, baru-baru ini rumah saya disimbah cat merah. Malah, sekumpulan lelaki juga pernah memasuki rumah dan mengambil barangan berharga termasuk telefon bimbit dan beberapa barangan lain milik saya. Saya juga takut anak dibawa lari ke negara asal bekas suami di Myanmar," itu luah wanita mualaf, Nur Khatijah Jojos, 31. Bagaimanapun, apa yang paling dibimbangkan Nur Khatijah, empat cahaya matanya berusia antara dua hingga lapan tahun itu tergadai akidah kerana bekas suaminya yang memegang kerakyatan Myanmar, Seinwin, 30-an, bukan beragama Islam. Empat anaknya iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki yang dilarikan bekas suaminya ialah Nur Husna Abdullah, 8, Najwa Abdullah, 6, Sumayyah Abdullah, 5, dan Haron Abdullah berusia dua tahun. NUR KHATIJAH menunjukkan kesan simbahan cat merah di pintu rumahnya yang dilakukan along.
|
Posted: 08 Jan 2014 11:27 AM PST Akibat kecewa dengan seorang pegawai penguat kuasa yang tidak melakukan apa-apa tindakan selepas dia membuat aduan mengenai penjualan arak di tempat terbuka dalam satu majlis, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20, nekad menghadiri uji bakat program realiti dakwah Pencetus Ummah (PU) terbitan Astro Oasis kerana merasakan dia perlu mencipta nama terlebih dulu dan dikenali ramai barulah ada yang mendengar tegurannya. Ternyata Allah SWT menyebelah niat murni anak muda berasal dari Segambut, Kuala Lumpur itu di mana dia berjaya melayakkan diri ke program itu bersama 11 peserta lain. Rahmat juga peserta termuda dalam PU dan kini menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sains Alam Sekitar. Biarpun masih muda, namun Rahmat matang dan bijak mengatur kata. RAHMAT (kiri), Mohd Zinudin, Shahrul Hameeddan dan Muhammad Hafiz bakal beradu minda dalam pentas akhir Pencetus Ummah malam ini. Ini dibuktikan apabila dia kini bakal beradu minda dan berentap dengan tiga lagi peserta dalam pentas akhir mimbar PU yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor jam 8.30 malam ini. Tiga lagi peserta ialah Shahrul Hameed MPH Seeni Md atau Shahul, 38; Mohd Zinudin Mohamed Zaini, 32; dan Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08 |
Posted: 08 Jan 2014 11:26 AM PST Kuala Lumpur: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak menafikan beliau menerima ugutan sehingga tertekan dalam mengendalikan kes rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan pemain dan pegawai Kuala Lumpur. Kemuncak perbicaraan kes itu cukup dirasai apabila Taufek menangguhkan keputusan hukuman tujuh pemain yang selesai dibicarakan kelmarin dengan alasan untuk memanggil enam pemain dan empat pegawai lagi dalam sidang media penuh beremosi apabila beliau sebak ketika mengumumkan keputusan itu. "Tidak, saya berani bersumpah tidak menerima sebarang ugutan," katanya ketika ditanya selepas sidang media itu biarpun beliau mengakui kes dikendalikannya itu cukup mencabar. Sebelum kes itu dibicarakan, Arena Metro pada Mei tahun lalu pernah melaporkan ada pemain menerima ancaman bunuh jika tidak mengikut arahan sindiket perjudian itu. Datuk Taufek Abd Razak
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |