Cekik darah |
- Cekik darah
- 3.3 juta peluang kerja disedia menjelang 2020
- Lebihan guru punca pertukaran dibeku
- Kritik demi Islam, bukan wang
- Sumpit lembu, sumbat dalam kereta
- Laksana ujian kesan bohong
Posted: 05 Jan 2014 02:03 PM PST Alor Setar: Pelbagai pihak meminta pengimport dan pemborong ikan tidak membebankan rakyat dengan menaikkan harga hasil laut itu yang diimport dari Thailand atas alasan dikenakan caj permit baru. Mereka berpendapat caj permit RM15 yang dikenakan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) terhadap pengimport adalah terlalu kecil berbanding keuntungan dikaut pemborong dan pengimport ikan. Mereka mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengimport, Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail, yang menjangka harga ikan dari Thailand akan naik 10 hingga 20 peratus berikutan pengenalan caj permit RM15 mulai bulan ini. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
3.3 juta peluang kerja disedia menjelang 2020 Posted: 05 Jan 2014 02:02 PM PST Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 mampu dicapai berdasarkan kejayaan membuka 1.1 juta peluang pekerjaan pada 2011 dan 2012. Perdana Menteri berkata, pada 2011, Malaysia berjaya mewujudkan 313,741 peluang pekerjaan dalam semua sektor dan jumlah itu meningkat kepada 800,000 peluang pekerjaan pada 2012. "Sejak 2011, lebih sejuta peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat melalui usaha penjanaan ekonomi," kata Najib melalui catatan terbaharu beliau dalam Facebooknya. Julai lalu, Bank Dunia melalui Laporan Menjalankan Perniagaan 2013, meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-12 di dunia, lebih baik daripada Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland. Kajian Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) 2012 menunjukkan Malaysia boleh mencapai status negara maju menjelang 2018, iaitu dua tahun lebih awal daripada sasaran. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Lebihan guru punca pertukaran dibeku Posted: 05 Jan 2014 02:00 PM PST Jertih: Tiga negeri di Semenanjung dikenal pasti mempunyai lebih guru yang menyebabkan permohonan pertukaran ramai pendidik dari luar ke negeri terbabit terpaksa dibekukan. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Kelantan mencatat jumlah lebihan guru paling ramai, iaitu 30,000, diikuti Terengganu dan Kedah, masing-masing mempunyai lebihan 10,000 guru. "Antara masalah lain ialah mereka yang memohon tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan. Ramai pemohon daripada aliran Bahasa Melayu, sedangkan keperluan ialah guru Bahasa Inggeris atau pemohonnya guru Sejarah tetapi keperluan adalah untuk mengajar Sains," katanya. Masyuarat khas Sehubungan itu, Idris berkata, mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah sakit, hendak bersama isteri atau suami yang sudah lama tinggal berjauhan selain masalah keselamatan atau sakit. Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan menyemak harga makanan dan minuman di kantin sekolah seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau yang boleh membebankan ibu bapa serta pelajar. "Setakat ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan daripada pentadbir sekolah atau ibu bapa mengenainya. Pengusaha kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman atas alasan kenaikan harga barangan seperti gula sehingga membebankan pelajar," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua ADUN dan Ahli Parlimen melaporkan kepada kementerian jika ada pelajar yang bermasalah dan tidak dapat bersekolah kerana dibelenggu kemiskinan. |
Posted: 05 Jan 2014 01:57 PM PST Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria semalam menegaskan, beliau tidak pernah menerima walau sesen daripada mana-mana pihak yang kononnya didakwa menajanya untuk mengkritik pihak menentang kerajaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pihak terbabit, terutama kumpulan yang ingin menggulingkan kerajaan semata-mata kerana Islam dan tidak akan berganjak daripada pendirian serta kenyataannya sebelum ini, termasuk menyifatkan kumpulan terbabit sebagai 'bughah' atau penderhaka terhadap pemerintah yang adil. "Saya tak peduli puak (mereka) itu tuduh saya dapat duit daripada pihak tertentu supaya selalu kritik puak itu. Itu bersangka buruk... dalam Islam tidak baik kita bersangka buruk terhadap orang lain. "Saya kata, sesiapa yang berhimpun semata-mata hendak menggulingkan kerajaan, puak itu boleh disifatkan sebagai 'bughah.' Puak itu kata, dia hendak tuntut harga barang turun sedangkan asalnya puak itu hendak menggulingkan kerajaan tetapi apabila tiada sambutan, puak itu kata, hendak turunkan harga barang," katanya kepada BH, semalam. Harussani berkata, beberapa senjata tajam yang dijumpai polis pada malam perhimpunan propembangkang Selasa lalu di Dataran Merdeka membuktikan ada pihak cuba menimbulkan huru-hara. Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr Khairudin Aman Razali yang dilaporkan berkata, kenyataan Harussani itu mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum 'bughah' dan boleh menyebabkan huru-hara. Peserta bertindak ganas Sambutan berkenaan terpaksa dihentikan jam 11.30 malam, selepas peserta perhimpunan haram bertindak ganas, termasuk merempuh sekatan pihak berkuasa. Berikutan itu, persembahan artis sedang berlangsung dan pertunjukan bunga api yang dijadualkan sebagai kemuncak acara dibatalkan. Polis menjumpai empat parang dan tiga pisau di Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka dan tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis pada jam 11 malam. Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, tiada kaedah lain untuk memastikan keamanan dipelihara kecuali pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap pihak sengaja menimbulkan kekecohan sematamata mendesak pihak lain menerima sistem dianggap mereka benar. "Kumpulan penentang ada pada setiap zaman. Ketika negara baru lepas Perang Dunia Kedua, kumpulan penentang Kerajaan British ialah komunis. Sekarang, pihak yang menentang kerajaan adalah mereka yang tidak mempercayai sistem diamalkan kerajaan. "Mereka menganggap hanya sistem mereka yang betul. Semakin rakyat kita berpendidikan tinggi, semakin tidak rasional. Mereka tidak suka mengikut peraturan, apatah lagi hendak menghormati demokrasi dan kerajaan yang dipilih rakyat," katanya. |
Sumpit lembu, sumbat dalam kereta Posted: 05 Jan 2014 01:54 PM PST Kulim: Dua lelaki dipercayai menggunakan ubat pelali untuk melemahkan empat lembu yang dicuri dari sebuah ladang di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, dekat sini, sebelum menyumbat ternakan itu ke dalam tempat duduk belakang dan but sebuah kereta, semalam. Taktik itu terbongkar apabila kereta berkenaan ditemui di kawasan semak berhampiran Kampung Padang Cina di sini, selepas dipercayai terbabas ketika suspek melarikan diri ketika dikejar pemilik lembu. Ketika ditemui, ternakan itu berada dalam keadaan lemah, dipercayai kesan ubat pelali serta akibat merengkok hampir dua jam dalam ruang sempit, masing-masing dua ekor di tempat duduk belakang dan but kereta. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, beberapa penduduk mengesan sebuah kereta di ladang ternakan di Sungai Lembu, sebelum memaklumkan kepada pemiliknya yang berusia 50-an. Kereta rosak Mereka kemudian mengekori PROTON Wira yang dinaiki dua lelaki itu sehingga Kampung Padang Cina di sini. "Pemeriksaan oleh penduduk menemui empat lembu dalam kereta itu. Kami juga menemui beberapa paip plastik dipercayai digunakan untuk menyumpit lembu dengan ubat pelali bagi melemahkan ternakan itu," katanya. Ghuzlan berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik kereta itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di talian 04-4906222. |
Posted: 05 Jan 2014 01:51 PM PST Kuala Lumpur: Pengambilan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu diperketatkan dengan melaksana tapisan ujian kesan bohong (poligraf) dan pemeriksaan latar belakang untuk mengesan rekod jenayah lampau. Malah, pemeriksaan terhadap RELA dicadang mencakupi rekod tindakan disiplin oleh bekas majikan supaya menjamin imej dan integriti pasukan keselamatan. Katanya, hal itu kerana pihak pengurusan syarikat terbabit tidak mahu kes berkenaan menjejaskan reputasi perniagaannya dalam kalangan pesaing selain khuatir kehilangan kepercayaan rakan kongsi. "Jangan sekadar tapis anggota RELA mengikut rekod di balai polis, sebaliknya pemeriksaan perlu menyeluruh supaya anggota yang kena buang daripada mana-mana syarikat kerana tindakan disiplin juga dapat dibongkar. "Biar jumlah anggota RELA yang direkrut sedikit tapi bermutu tinggi supaya masyarakat tidak memandang sinis terhadap pasukan keselamatan kerana dipalit dengan rekod jenayah," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Beliau mengulas mengenai laporan BH bahawa kerajaan akan melakukan program pembersihan anggota RELA berikutan ada dalam kalangan 2.9 juta pegawai dan anggotanya dipercayai mempunyai rekod jenayah. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, ketika pengambilan, mereka melepasi beberapa syarat menjadi anggota, tetapi yang ada rekod jenayah gagal dikesan. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |