Koma 5 tahun

Koma 5 tahun


Koma 5 tahun

Posted: 02 Jan 2014 11:30 AM PST

Alor Gajah: Insiden dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali di pusat snuker, seorang lelaki yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini terlantar koma lebih lima tahun di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini.

Tragedi malang itu menimpa Erisham Ibrahim, 28, ketika dia bermain snuker bersama beberapa rakan setugasnya di sekitar Lumut, Perak, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak ganas memukulnya dengan teruk sehingga rebah.

Sejak kejadian ngeri itu, mangsa yang masih bujang dan berkhidmat kurang 10 tahun hidup derita di atas katil dan dibantu alat membuang air kecil dan besar.

Neneknya, Fatimah Abu, 73, berkata, lebih menyedihkan apabila ibu bapa Erisham tidak mengambil berat keadaan anak bongsu daripada lima beradik itu yang dijaga ibu saudaranya yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak dilahirkan.

Foto

ERISHAM hanya mampu menangis dan ketawa.


"Saya diberitahu, ketika kejadian hitam itu, dia (Erisham) masih berkhidmat sebagai anggota tentera dan kejadian tanpa diduga itu membuatkan saya terkejut sebelum dimaklumkan dia cedera parah di tempurung kepala dan koma.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Duit palsu RM1.7 juta

Posted: 02 Jan 2014 11:30 AM PST

Kuala Lumpur: Satu sindiket Black Money didalangi warga China ditumpaskan polis selepas menahan tiga lelaki warga negara itu dalam serbuan di sebuah hotel apartmen di Jalan Ampang dekat sini, 26 Disember lalu.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, polis turut merampas 5,373 keping not AS$100 dipercayai palsu dan 831 keping dipercayai not RM100 palsu bernilai RM1.7 juta dan menahan suspek yang berusia 45 hingga 54 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izzany Abdul Ghani berkata, pada mulanya, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menerima maklumat terdapat pergaduhan membabitkan tiga lelaki di hotel apartmen itu sebelum mendapati dua daripada mereka dalam keadaan mabuk dan tercedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan masalah pelaburan mata wang asing dan hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui barangan disyaki digunakan sindiket Black Money.

Foto

ANTARA mata wang palsu yang dirampas selepas melumpuhkan sindiket Black Money.


"Polis merampas lapan peti besi keselamatan pelbagai jenama mengandungi mata wang kertas AS$100 (RM328) dipercayai palsu, empat beg melancong berisi mata wang kertas AS$100 dan RM100 juga disyaki palsu dan sebuah beg melancong mengandungi kertas hitam berukuran mata wang kertas disyaki AS$100.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Bapa tak sedar anak dalam kereta

Posted: 02 Jan 2014 11:29 AM PST

Kuantan: "Kami terlupa, minta maaf." Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.

Foto

KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.


Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Australia sahkan penyertaan

Posted: 02 Jan 2014 11:29 AM PST

Kuala Lumpur: Pasukan ranking kedua dunia Australia sudah mengesahkan penyertaan untuk beraksi pada saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak bermula dari 13 hingga 23 Mac depan sekali gus bakal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada musim lalu.

Muncul satu-satunya pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan jemputan tertua itu iaitu sebanyak tujuh kali, kehadiran Australia pasti akan menjadi igauan sekali lagi buat skuad negara yang tewas menerusi gol saat-saat akhir pada final tahun lalu.

Selain Australia serta Malaysia, tiga lagi pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan ialah gergasi Asia Korea Selatan, Kanada serta penampilan pertama Perancis.

Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Mohd Johari Abdul Aziz mengesahkan perkara itu serta menyatakan pihaknya sedang menunggu jawapan dua lagi pasukan iaitu Pakistan serta Afrika Selatan.


"Pada awalnya, India menyatakan hasrat mahu sertai saingan kali ini tetapi mereka membatalkannya. Kami juga ingin tahu sebab utama mereka menarik diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Mila rapat dengan seseorang

Posted: 02 Jan 2014 11:29 AM PST

Kalau dulu, sebut saja nama Norsyarmilla Jirin atau Mila pasti ia berpaksikan pencapaiannya yang dinobatkan sebagai juara wanita pertama program realiti TV nyanyian popular, Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

Namun kini semuanya sudah berubah apabila Mila akhirnya mampu membina nama di atas landasan tersendiri. Bukan hanya dikenali sebagai artis, gadis genit ini juga aktif dalam memperkukuhkan jenama perniagaannya.

Tidak sekadar menjadi peneraju syarikat pengurusan majlis, Luvmila Corporation Sdn Bhd, anak jati dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini juga semakin berjaya mengusahakan restoran Embun Urai miliknya.

Sudah memasuki tahun keempat operasi, restoran yang mengete-ngahkan menu istimewa tomyam dan makanan laut itu kini dalam proses untuk membuka cawangan baru.


Mila berkata, dia sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana usahanya untuk berjaya dalam perniagaan semakin membuahkan hasil.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Cinta penjara Myanmar

Posted: 02 Jan 2014 11:21 AM PST

Kuala Lumpur: Episod cinta mereka bermula apabila saling jatuh cinta ketika kedua-duanya bekerja di sebuah kilang di Selangor.

Mengetahui cinta mereka pasti terhalang jika diketahui keluarga kerana si wanita adalah rakyat tempatan manakala lelaki adalah warga Myanmar, mereka mengambil keputusan lari ke negara berkenaan.

Wanita berusia 31 tahun dari Kajang itu hilang sejak 11 Julai lalu dan beberapa laporan polis dibuat, namun menemui jalan buntu.

Seluruh ahli keluarga yang bimbangkan keselamatan wanita berkenaan terus berusaha mencari dan akhirnya pada 19 Julai lalu, kakak wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas menerima panggilan telefon daripada adiknya itu yang memberitahu dia berada di Myanmar kerana mengikut buah hati berusia 30-an.


Panggilan itu sudah cukup mengejutkan mereka sekeluarga, namun panggilan telefon sekali lagi yang dibuat adiknya itu pada 10 Ogos lalu lebih memerit dan meluluhkan hati ahli keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03