Janji kereta dapat tilam |
- Janji kereta dapat tilam
- Urat tangan, jari putus ditetak
- 'Eh...eh... saudara aku'
- KBS beri 'lampu hijau'
- Gara-gara berat badan turun
Posted: 23 Jan 2014 11:35 AM PST Melaka: Terpedaya dengan hadiah lumayan termasuk Toyota Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000, seorang pesara kerugian RM12,800 selepas diperdaya sindiket gores dan menang di negeri ini. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 66, berkata, dia kerugian RM12,800 selepas memberikan wang berkenaan kepada sindiket itu secara berperingkat dari Disember lalu hingga pertengahan bulan ini. Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi 25 Disember lalu itu, dia yang baru saja keluar daripada kereta di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Jalan Panglima Awang, didatangi dua lelaki berusia 20-an. "Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000. MANGSA gores dan menang di temu ramah wartawan. KAD gores dan menang yang digunakan untuk mengumpan orang ramai. GAMBAR ejen gores dan menang yang dirakam mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 |
Urat tangan, jari putus ditetak Posted: 23 Jan 2014 11:34 AM PST Butterworth: Seorang wanita menerima lebih 80 jahitan selepas dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya di sini, 11 Januari lalu. Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa mengalami kecederaan pada ibu jari tangan kiri, perut, lengan kanan dan paha, namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kecemasan. Tetakan secara rambang itu turut menyebabkan beberapa urat pada tangan dan jari mangsa putus menyebabkan anggota badan berkenaan tidak boleh digunakan secara normal dan mengambil masa untuk sembuh. Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Ang Chin Ting, 56, berkata, ketika kejadian dia memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya seorang diri untuk ke pusat beli-belah berkenaan bagi menempah cermin mata. ANG (kiri) menunjukkan kesan jahitan kepada Mazlan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 |
Posted: 23 Jan 2014 11:34 AM PST Perai: "Saya terkejut dan tak sangka mangsa kemalangan itu ahli keluarga sendiri," kata Azmi Abdul Rahim, 41, yang juga abang saudara kepada Radzuan Idris, 31, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4.5, Jambatan Pulau Pinang, arah pulau jam 8.30 pagi semalam. Mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Teluk Bahang meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Menurut Azmi, mangsa tinggal di Penanti, Bukit Mertajam dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke tempat kerja di Teluk Bahang. "Kami dalam perjalanan ke tempat kerja sama dengan menaiki motosikal secara berasingan dan saya tertinggal di belakang. ANGGOTA polis mengambil keterangan saksi dalam nahas membabitkan Radzuan
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 |
Posted: 23 Jan 2014 11:33 AM PST Bukit Jalil: Malaysia secara dasarnya sudah bersetuju untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 tetapi hasrat itu bergantung kepada persetujuan bersama sembilan lagi negara ASEAN. Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyatakan mereka kini hanya menunggu lampu hijau dari negara ASEAN lain sebelum membuat kajian lebih mendalam bagi proses bidaan Piala Dunia itu. "Kita setuju (membida Piala Dunia 2034). Kita melalui Menteri Luar yang mencadangkan mengenai bidaan ini. Bagi pihak Malaysia, walaupun saya akan sekali lagi meminta pandangan daripada jemaah menteri, pada dasarnya kita sudah setuju," katanya kepada pemberita semalam. Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, satu mesyuarat Menteri Sukan Asean bersama Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) diadakan pada Disember lalu bagi membincangkan mengenai cadangan menganjurkan Piala Dunia 2034.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24 |
Posted: 23 Jan 2014 11:29 AM PST Wajahnya memang nampak jauh berbeza berbanding pada awal kemunculannya dalam bidang seni tempatan dulu. Bukan saja tampil lebih berseri dan menyerlah, perubahan wajahnya juga begitu ketara dengan bentuk hidungnya nampak lebih mancung. Perubahan pada wajah pelakon popular Yana Samsudin itu turut menimbulkan pelbagai spekulasi, sekali gus ada pihak yang mendakwa dirinya melakukan pembedahan kosmetik. Bermula dengan dirinya menjadi tumpuan ramai pada majlis Anugerah Skrin 2013, kemunculan Yana di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG Production yang berlangsung di Seksyen 14, Shah Alam turut mencuri tumpuan ramai. Yana Samsudin
Semuanya kerana pihak media dan jurugambar ingin merakamkan wajah 'barunya' yang hangat diperkatakan ketika ini. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |