Berenang sejam tempuh arus |
- Berenang sejam tempuh arus
- Teknologi terkini tangani bencana
- Rayu dijaga keluarga Islam
- EKSKLUSIF: Digari bagai penjenayah
- PM tegur peniaga mudah putus asa
- 5 pekerja kilang dihanyut ombak
Posted: 18 Jan 2014 02:55 PM PST Daro (Sarawak): "Saya terpaksa berenang hampir sejam menempuh arus deras ke tebing sungai...ketika itu memang terbayang maut di depan mata." Itu kata Helmi Julai, 45, salah seorang mangsa terselamat dalam kejadian bot terbalik di Sungai Lassa berhampiran Kampung Kut, di sini semalam. |
Teknologi terkini tangani bencana Posted: 18 Jan 2014 02:50 PM PST Pekan: Penggunaan teknologi terkini dan menyediakan rancangan tebatan banjir boleh meningkatkan kecekapan sistem amaran awal bagi mengurangkan nilai kerugian harta benda akibat banjir. Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan juga sedang memikirkan usaha terbaik untuk meminimumkan kesan banjir dengan menambah baik sistem tebatan banjir di kawasan yang mudah dinaiki air setiap kali tiba musim tengkujuh. Sehubungan itu, katanya, Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan sistem pengurusan banjir lebih cekap dan berkesan, sekali gus mengurangkan kemusnahan dan kerugian. Projek tebatan "JPS juga diminta menyediakan rancangan tebatan banjir dan kosnya agak tinggi...saya kata kosnya tinggi kerana ketika melawat Terengganu, Menteri Besar, (Datuk Seri Ahmad Said) beri surat permohonan peruntukan RM480 juta bagi melaksanakan projek itu, manakala di Sungai Isap pula kira-kira RM700 juta. "Penambahan aset seperti bot dan trak berkeupayaan tinggi bagi memudahkan masuk ke kawasan banjir juga diteliti," katanya berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir kawasan Parlimen Pekan, di sini, semalam. Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Ishak Mohammad dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1Malaysia), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Najib meminta orang ramai mengamalkan prinsip 'sediakan payung sebelum hujan' dan membuat persediaan awal mengikut kemampuan masing-masing bagi mengelak keadaan lebih buruk ketika menghadapi bencana banjir. Katanya, tiada pihak harus dipersalahkan apabila banjir berlaku kerana ia fenomena alam yang turut melanda negara maju seperti Amerika Syarikat. "Macam di Jabor (Terengganu), perubahan iklim membawa hujan berlebihan, biasanya hujung tahun hujan (kuantiti) sebanyak 350 milimeter (mm) dalam sebulan tetapi pada 2 Disember lalu pula jumlahnya 777 mm sehari," katanya. Sementara itu, mangsa banjir di Taman Pelangkah, Kampung Pulau Keladi, di sini, Fatimah Ismai, 46, bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang tidak lupa dengan nasib mangsa banjir. "Jika ada pihak kata kerajaan tidak bantu...tidak benar kerana pelbagai bantuan kami peroleh berbanding apa kita lihat di luar negara yang terpaksa bersusah payah...tempoh hari ketika banjir kami masuk saja ke pusat pemindahan sementara, semua bantuan sudah ada," katanya. |
Posted: 18 Jan 2014 02:47 PM PST Kuala Lumpur: Anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat, merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia. Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden pada Jumaat lalu. "Susah untuk kami membiasakan diri. Jadi Aisyah rasa lagi senang dan selesa untuk kami bersama keluarga Melayu beragama Islam," katanya. Difahamkan, pasangan suami isteri itu, yang ditahan pada 18 Disember lalu memohon kepada Khidmat Sosial Sweden untuk menyerahkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka kepada keluarga angkat beragama Islam daripada kalangan kakitangan kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
EKSKLUSIF: Digari bagai penjenayah Posted: 18 Jan 2014 02:44 PM PST "Saya terus digari di kaunter daftar masuk lapangan terbang tanpa diberi penjelasan oleh polis dan dilayan seperti penjenayah berat. "Bayangkan kesakitan saya, baru beberapa minggu menjalani pembedahan histerektomi (peng-angkatan kandungan rahim) dan masih menggunakan kerusi roda," kata Prof Dr Rahinah Ibrahim, 48, mengimbau kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2005 yang menyebabkan beliau terus dilarang memasuki Amerika Syarikat (AS) sejak itu. |
PM tegur peniaga mudah putus asa Posted: 18 Jan 2014 02:42 PM PST Seremban: "Saya pantang sekali dengar peniaga yang diberi premis niaga yang sangat baik, tetapi sewakan kepada peniaga lain. "Apabila pergi ke situ, kita dengar bahasa (peniaga) lain. Kalau loghat Negeri Sembilan, nasi lemak jadi nasi lomak, tidak mengapalah kerana sedap didengar. Ini rupa sudah lain, bahasa pun lain," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Peniaga demikian tidak boleh dijadikan contoh. Kerajaan mahu peniaga tidak mudah putus asa dan sentiasa mencari jalan untuk mencapai kejayaan," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di Dataran Senawang di sini, semalam. Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dihadiri kira-kira 10,000 orang, termasuk penjaja dan peniaga kecil seluruh negara. Peniaga wanita jadi contoh Yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani. Katanya, hasil kegigihan dan dengan pertolongan kerajaan, wanita itu kini memiliki tiga kereta Mercedes Benz. "Kita tidak mahu orang guna politik, tetapi selepas dapat tempat berniaga, jual kepada orang lain. Kalau guna politik dan berniaga sendiri, kita sokong," katanya yang menyatakan kerajaan bersikap adil dengan memberi peluang kepada semua pihak berniaga secara kecil-kecilan. Beliau turut menyambut baik langkah kerajaan negeri Sembilan mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengecualikan penjaja dan peniaga kecil membayar lesen perniagaan selama tiga tahun mulai tahun ini. Ringankan beban "Saya minta PBT di negeri lain mencontohi tindakan itu kerana dapat meringankan beban golongan berkenaan," katanya. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan secara prinsip bersetuju memperkenalkan kemudahan pinjaman dengan tempoh pembayaran balik selama enam bulan kepada orang ramai yang hendak berniaga sepanjang Ramadan tahun ini. Katanya, kemudahan yang dinamakan Skim Bazar Ramadan sedang diperhalusi dan dijangka diumumkan Jun depan. Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Penjaja Kecil Malaysia, Roslan Shariff, yang meninggal dunia tahun lalu, menerima Anugerah Tokoh Penjaja dan Peniaga Kecil. Anugerah itu diberikan bagi menghargai jasa Allahyarham terhadap kemajuan penjaja dan peniaga kecil serta peranan pentingnya menubuhkan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia pada 1970-an. Rosnah Shariff, 65, yang menerima anugerah itu, terharu kerana perjuangan abangnya yang meninggal dunia pada usia 75 tahun meningkatkan taraf hidup penjaja dan peniaga kecil mendapat penghargaan kerajaan. Tiga orang lain dipilih menerima Anugerah Khas Penjaja dan Peniaga Kecil, iaitu Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sarawak, Kani-Isa Marican Sh Ismail serta peniaga ayam goreng dan pengusaha kedai jahit di bandar ini, Datin Siew Swee Kuan dan P Selvam. |
5 pekerja kilang dihanyut ombak Posted: 18 Jan 2014 02:40 PM PST Balik Pulau: Percutian seramai 24 pekerja sebuah kilang di Pantai Kerachut, Teluk Bahang, di sini, berakhir tragedi apabila lima daripada mereka dipukul ombak. Seorang daripada mangsa disahkan maut, dua hilang, manakala dua lagi diselamatkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan. Tak sedar bendera merah Bagaimanapun, mereka tidak menyedari kewujudan bendera merah di tepi pantai sebagai tanda amaran bahawa keadaan laut berbahaya dan berombak. Akibatnya, lima daripada 24 mereka dihanyut ombak ke tengah laut dan lemas, namun dua daripadanya diselamatkan rakan. Mangsa yang disahkan meninggal dunia adalah P Yogambigai, 24, manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui ialah Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, dan Ashwan Baljit Singh, 24. "Ketika kejadian, lima daripada rakan mereka dihanyutkan ombak, namun dua daripadanya diselamatkan orang awam dan dibawa ke HPP untuk rawatan. Seramai 30 anggota polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbabit dalam operasi mencari mangsa yang hilang," katanya di sini, semalam. Operasi disambung hari ini Tinjauan BH di Taman Negara Pulau Pinang mendapati kumpulan pekerja kilang berkenaan berkumpul dan dibawa keluar dari Pantai Kerachut, wartawan tidak dibenarkan mendekati mereka. Operasi mencari dihentikan pada jam 7 malam dan akan disambung semula pada jam 7 pagi hari ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |