Tiada Hard Rock Cafe Putrajaya |
- Tiada Hard Rock Cafe Putrajaya
- Jasad bayi masih sempurna
- Jalan 2km berlumur darah
- Harap diselesaikan segera
- Mahu hasilkan lagu bermutu
Tiada Hard Rock Cafe Putrajaya Posted: 05 Jan 2014 11:57 AM PST KUALA LUMPUR: Pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) tidak akan menjadi kenyataan selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat malam ini memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu. Aseh yang memuat naik status terbarunya di laman Facebook (FB) lewat malam ini menjelaskan bahawa tiada permohonan dibuat oleh Hard Rock International untuk mewujudkan HRC walaupun mengakui menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka premis hiburan itu. "Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali. "Setelah mendengar dengan perihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan. ASEH bersama Syed Yusof di Putrajaya. FOTO FB Tan Sri Aseh Che Mat
Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan golongan muda. Beberapa jam selepas berita pembukaan Hard Rock Cafe disiarkan di Internet, satu akaun di laman sosial Facebook (FB) diwujudkan menggunakan nama 'Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya' yang mendapat lebih 7,000 'likes' hingga tengah malam ini. "Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah negara Islam. "Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat lain, bukan di Putrajaya." Itu antara penjelasan bertulis yang terdapat pada akaun berkenaan. Selain akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad' dan ia mendapat bantahan daripada pengikut laman itu. Malah, tinjauan Harian Metro bagi mendapatkan reaksi daripada orang ramai mendapati, kebanyakannya memberikan maklum balas menolak pembukaan cawangan Hard Rock Cafe yang dijangka beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3, di sini. Kakitangan kerajaan, Azahani Ahmad Othman, 30, berkata, kafe bertaraf antarabangsa itu tidak sepatutnya dibuka di Putrajaya kerana kebanyakan komuniti di sini adalah Muslim. "Saya membantah pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dan berharap tiada ruang diberikan untuk ia beroperasi di sini. "Pada masa sama, kita tidak mahu menjejaskan imej Putrajaya kerana ini adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan tidak sepatutnya Hard Rock Cafe berada di sini," katanya. Ahli Perniagaan Muhamad Khairuddin Othman, 30, berkata, pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya akan memberi peluang kepada pengusaha kelab malam lain untuk cuba mendapatkan lesen beroperasi di sini. "Kita tidak perlu mempertimbangkan untuk memberikan peluang kepada kafe berkenaan beroperasi di sini kerana kita sememangnya tidak mahu Hard Rock Cafe beroperasi di Putrajaya. "Walaupun saya bukan penduduk Putrajaya tetapi saya berpendapat, Putrajaya tidak sepatutnya mempunyai Hard Rock Cafe," katanya. Pekerja kedai aksesori kenderaan, Muhammad Iqbal M.A Karim, 22, berkata, untuk menarik kehadiran pengunjung di Putrajaya, pembukaan Hard Rock Cafe bukan langkah terbaik. Menurutnya, lokasi pusat Pentadbiran Kerajaan ini sememangnya sudah terkenal dan mempunyai kawasan menarik sekali gus pembukaan kafe bertaraf antarabangsa tidak diperlukan. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06 |
Posted: 05 Jan 2014 11:48 AM PST Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin. Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu. Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam. "Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini. SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.
|
Posted: 05 Jan 2014 11:45 AM PST Serdang: "Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak. "Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta," kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35. Dia dan isteri menjadi mangsa samun langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin. Suspek dipercayai berusia 20-an bukan saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu sebelum memecut laju dari tempat kejadian. KERETA milik mangsa yang ditemui semula. KETUA Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish melawat Nazaruddin yang kini dirawat di Hospital Serdang, semalam.
|
Posted: 05 Jan 2014 10:59 AM PST Kuala Lumpur: Pengendali Datuk Ong Kim Swee berharap kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat bagi memudahkannya untuk merencana persiapan terbaik bagi skuad senior mahupun Harimau Muda. Selepas dimaklumkan secara lisan oleh badan induk itu November lalu bahawa kontraknya selaku jurulatih Harimau Muda A akan disambung selepas berakhir 31 Disember lalu, beliau juga dilantik selaku pengendali sementara Harimau Malaya bagi menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada tarikh sama. Bagaimanapun hingga kini masih belum ada hitam putih mengenai pelantikan terbaru itu dan Kim Swee belum pasti kedudukan sebenarnya selepas misi terakhir bersama skuad bawah 23 tahun negara (B-23) di Sukan SEA Myanmar bulan lalu. "Kalau nak diikutkan saya sekarang sudah tidak memegang apa-apa jawatan lagi kerana kontrak saya sudah berakhir pada 31 Disember lalu dan hingga kini belum ada tawaran rasmi. Cuma berdasarkan mesyuarat Exco FAM sebelum ini saya dimaklumkan kontrak saya akan disambung bersama Harimau Muda A serta menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan.
|
Posted: 05 Jan 2014 07:42 AM PST Interpretasi seni yang diilhamkan penyanyi luar biasa ini di luar tahap jangkaan. Ada saja 'kejutan' tersendiri mengisi baik fesyen mahupun muziknya dan dia sudah lali dengan cemuhan dunia. Bahkan, ada tindakannya yang melampaui batas norma dan gelombang diciptanya dalam industri muzik ibarat sejarah baru apabila namanya cukup besar saat ini. Namun, tidak dinafikan keunikan dan tampil 'berani mati' itulah yang menjadi tunjang kegemilangan kerjaya Stefani Joanne Angelina Germanotta atau nama bintangnya Lady Gaga, 27. Sebut saja apa perkara gila pernah dibuatnya termasuklah tampil dengan busana diperbuat daripada daging sehingga menyanyi dalam replika besar berbentuk telur, belum lagi termasuk lagu-lagunya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |