Conti wira Pahang

Conti wira Pahang


Conti wira Pahang

Posted: 17 Jan 2014 02:05 PM PST

KUANTAN: Pahang mengukuhkan kedudukan selaku pencabar utama Liga Malaysia musim ini apabila menjuarai Piala Sumbangsih dengan menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.

Lebih manis kemenangan berkenaan adalah kejayaan pertama bagi jurulatih baru pasukan dari Pantai Timur itu, Ronald Smith yang menggantikan Dollah Salleh untuk membimbing skuad Tok Gajah musim ini.

Matias Conti yang menyambut hari lahir ke-24 hari ini menjadi wira Pahang apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-56 selepas dibawa masuk untuk menggantikan Dickson Nwakaeme pada minit ke-14.

Perlawanan sebentar tadi menyaksikan Pahang lebih banyak menguasai permainan namun buntu untuk menghasilkan gol pada separuh masa pertama.


Namun Conti menceriakan penyokong Pahang apabila berjaya menghasilkan gol yang ditunggu-tunggu.


Piala disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Lebih 35,000 penonton membanjiri Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan itu.

Untuk rekod, Pahang pernah menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak dua kali pada 1992 dan 1993.

Barisan pemain:

PAHANG:
Mohd Khairul Azhan (GK), Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman, Azidan Sarudin, Dickson Nwakaeme (Matias Ruben Conti), Azammuddin Khail, Mohd Razman Roslan (C), Abdul Malik Mat Arif, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hadiz Kamal, R Gopinathan.

LIONS XII:
MOhd Izwan (GK), Muhammad Shakir, Mohammad Afiq, Mohammad Isa (C),Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz, Mohammed Faritz, Muhammad Sufian, Mohammad Khairul Amri, Muhammad Safuwan, Muhammad Zulfahmi.

Pengadil: Mohd Nafiz Abd Wahab

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/17

Bunyi agas 'halimunan'

Posted: 17 Jan 2014 10:03 AM PST

Kuala Lumpur: "Ketika perbicaraan satu kes fasakh sedang berlangsung, tiba-tiba saya terdengar bunyi serangga seperti agas terngiang-ngiang di tepi telinga."

Demikian kata seorang hakim syarie di sebuah negeri di Pantai Timur yang menjadi mangsa sihir dipercayai dilakukan tertuduh kes diadilinya kerana mahu keputusan memihak kepada individu itu.

Mengimbau peristiwa yang berlaku pada 2005, beliau yang mahu dikenali sebagai Hanif, 40-an, berkata, ketika kejadian beliau menghakimi kes seorang isteri menuntut fasakh daripada suaminya untuk bercerai.

"Dalam kes itu, si suami tidak mahu bercerai manakala isteri pula membuat tuntutan fasakh atas sebab tertentu.

Foto

WARTAWAN menemu bual Hanif.


"Ketika perbicaraan berlangsung, tiba-tiba saya terdengar bunyi serangga seperti agas di telinga kanan yang agak kuat dan jelas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Tegak bulu roma 'pagar' sekolah

Posted: 17 Jan 2014 09:54 AM PST

Kuching: "Bulu roma saya terus naik sebaik menghampiri kawasan sekolah ini," kata seorang pengamal perubatan Islam Syahrizan Wahab ketika menjalankan operasi 'memagar' Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, di sini, kelmarin, selepas 74 pelajarnya diserang histeria, sekali gus memaksa sekolah itu ditutup sejak hampir seminggu lalu.

Syahrizan berkata, dia tidak menafikan sekolah berkenaan dihuni banyak makhluk halus menyebabkan pelajarnya diganggu.

"Operasi yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian turut mendapati persekitaran sekolah berkenaan terlalu kotor menyebabkan mudah didatangi makhluk halus.

"Sepanjang operasi ini, saya dapat berasakan kewujudan makhluk halus, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Foto

SYAHRIZAN (kanan) membaca doa sebelum memulakan operasi memagar sekolah.

Foto

PELAJAR membantu mencurah air dibaca surah Yasin.


"Saya pernah berhubung dengan makhluk berkenaan ketika merawat salah seorang pelajar yang diserang histeria.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Hajat terkubur di jalan

Posted: 17 Jan 2014 09:49 AM PST

Dungun: "Saya tidak menyangka niat baik meraikan kedua-dua mereka makan pagi ini (semalam) membawa berita duka," kata Yameelah Mat, 30, selepas kedua-dua sepupunya maut dalam kemalangan di Kilometer 94, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Nyior Paka, di sini, pagi semalam.

Kemalangan jam 6 pagi itu mengorbankan Aumiyah Tohmasae, 15, dari Patani, Thailand maut serta merta di tempat kejadian, manakala Padeelah Buenae, 21, dari Yala, Thailand meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada jam 12.20 tengah hari.

Yameelah berkata, ketika kejadian, dia dan suami, Faison Ibrahim, 45, yang memandu Honda Accord bersama anak mereka Muhammad Firdaus Furgan, 2, serta kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari bandar Dungun untuk makan di sebuah kedai di bandar Paka.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang elektrik lalu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

Foto

KENDERAAN mangsa remuk akibat nahas.


Yameelah bersama suaminya yang mengusahakan kedai makan di Restoran Batu 50 di bandar itu berkata, mereka ke Paka apabila arwah Aumiyah beria-ria hendak makan nasi ayam di Paka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Susut mendadak kerana anak

Posted: 17 Jan 2014 05:01 AM PST

Jarang seorang wanita kembali kurus dengan cepat persis anak dara selepas melahirkan anak. Namun ia bukan masalah bagi pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson yang kini susuk tubuhnya tampak begitu kurus.

Apatah lagi, Diana, 23, kini sudah memotong rambut ke paras bahu.

Apabila disoal, dia berkata perubahan ini disebabkan dia terlalu sibuk menjaga anaknya Muhammad selain banyak bersenam.

Muhammad, enam bulan, adalah hasil perkongsian hidup bersama pengarah dan pelakon, Farid Kamil Zahari, 33.

Foto


Sekalipun penat Diana akui keseronokan menjaga Muhammad tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18