Ampunkan aku Allah!

Ampunkan aku Allah!


Ampunkan aku Allah!

Posted: 19 Jan 2014 10:25 AM PST

Sepang: "Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun.

"Namun, kini saya rasa terlalu kerdil dan gerun mengenangkan dosa silam. Moga Allah ampunkan saya," itulah pengakuan bekas seorang pengedar dadah juvana yang kini sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dia menemui sinar keinsafan dan kini membuka pusat tahfiz al-Quran.

Menceritakan semula sejarah hitam hidupnya, pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu berkata, dia terjerumus dalam kegiatan pengedaran dadah pada 2004 seawal usia 15 tahun dan berada dalam 'prestasi' kemuncak hanya dalam tempoh tiga tahun kemudian sebelum diberkas keluarganya sendiri.

Menurutnya, sekarang dia bersyukur hidupnya dalam lingkungan dan berpendirian berdasarkan al-Quran, namun setiap kali membaca ayat suci khususnya terjumpa surah menyentuh perbuatan dimurkai Allah, dia gerun mengingati dosanya termasuk merosakkan orang dengan najis dadah.

Foto

ZUL menceritakan semula dosa silam sebagai pengedar dadah sebelum insaf dan kini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.


Selain itu, sebelum ini dia juga kaki perempuan, minum arak dan melakukan pelbagai pelakuan mungkar lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

Sengat terpacak di muka

Posted: 19 Jan 2014 10:25 AM PST

Seremban: "Melihat keadaan mulut isteri berbuih, saya jadi begitu takut dan hanya mampu berdoa agar dia selamat. Apakan daya, Allah lebih menyayanginya," kata Jamil Omar, 62, yang kematian isterinya, Norli Bahari, 47, akibat disengat lebah ketika bekerja di sebuah kelab golf di Mantin dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 2.45 petang ketika Jamil dan Norli bekerja di kelab itu, masing-masing sebagai petugas di kolam renang dan pekerja bahagian keceriaan.

Difahamkan, mangsa disengat serangga berbisa itu ketika menaiki buggy menuju ke lobi selepas membuang sampah.

Norli yang disengat di muka, leher dan badan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Mantin jam 3.30 petang.

Foto

JAMIL menunjukkan gambar kenangan bersama isterinya.


Menurut Jamil, isterinya yang empat tahun bekerja di kelab itu, masuk bekerja jam 12.30 tengah hari manakala dia pada jam 9 pagi sebelum menyaksikan kejadian tidak diduga itu berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

'Mereka nak balik juga'

Posted: 19 Jan 2014 10:25 AM PST

Daro: "Kami minta mereka tangguhkan sementara berikutan ombak besar ketika itu, tetapi mereka tetap mahu pulang kerana perlu membuat persiapan menyambut Maulidur Rasul, hari ini (semalam)," kata Rosmah Wali, 50, tuan rumah majlis perkahwinan yang dihadiri 27 ahli kumpulan zikir sebelum bot dinaiki mereka karam di muara Sungai Lassa berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, di sini, tengah hari kelmarin.

Menurut Rosmah, kumpulan zikir berkenaan membuat persembahan bagi memeriahkan majlis persandingan anak lelakinya, Muhamad Zakaria Ehsan, 26, dengan pasangannya, Suhida Safiee, 24, di Kampung Saei, di sini.

"Mereka termasuk 24 penduduk Kampung Tekajong, di sini, sebenarnya mempelawa diri untuk membuat persembahan pada majlis itu.

"Kumpulan diberi nama Narawak itu kemudiannya memohon untuk pulang selepas membuat persembahan kira-kira jam 12 tengah hari.

Foto

AHLI keluarga mangsa menunggu berita di jeti Kampung Kut, Daro, semalam.

Foto

AHLI keluarga mangsa menunggu berita di jeti Kampung Kut, Daro, semalam.


"Menyedari keadaan laut bergelora, saya meminta mereka menangguhkan kepulangan, tetapi mereka memberitahu perlu pulang segera kerana mahu membuat persiapan untuk perarakan Maulidur Rasul peringkat kampung pada keesokan harinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

Gantung raket

Posted: 19 Jan 2014 10:24 AM PST

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei memenangi gelaran Siri Super Premier Terbuka Malaysia buat kali ke-10 semalam, tetapi pemain nombor satu dunia itu juga memberi perkhabaran yang menyedihkan untuk seluruh rakyat Malaysia apabila mengumumkan tahun ini mungkin adalah tahun terakhirnya beraksi sebelum menamatkan karier gemilangnya.

Semalam, Chong Wei yang begitu mahukan gelaran ke-10, tenang menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19,21-9 sebelum terus duduk menahan sebak di penjuru gelanggang dengan kejayaan terbarunya itu.

Hasil kemenangan itu dia meraih hadiah kemenangan AS$37,500 (RM123,637).

Pada sidang media selepas itu, Chong Wei mengumumkan semalam adalah penampilan terakhirnya pada Terbuka Malaysia sebelum mendedahkan keputusannya untuk bersara sebaik berakhir Disember depan bergantung kepada tahap kecergasannya.

Foto

Datuk Lee Chong Wei


"Saya tidak pernah rasa tekanan yang begitu hebat untuk memenangi satu-satu kejohanan seperti hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

Pernah terkena kejutan budaya

Posted: 19 Jan 2014 10:24 AM PST

Selepas berlakon dalam drama usaha sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB) yang berjudul Erna Shuraya, tahun lalu, pelakon baru Nina Iskandar nekad untuk mencuba nasib dalam bidang seni di negara ini.

Bagi pelakon yang berasal dari Brunei Darussalam dan pemilik nama sebenar, Nur Akmalina Iskandar, 23, misi�nya juga ingin mengembangkan bakat seninya ke tahap yang lebih tinggi.

Nina juga bertuah kerana bakat besarnya dapat dihidu Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth Pictures (MIG), David Teo sekali gus dilamar untuk bernaung di bawah pengurusan MIG Talent, tahun lalu.

Tuah juga terus menyebelahi Nina apabila diberi kepercayaan beraksi watak utama dalam filem terbitan MIG.


"Saya yakin untuk membina nama di Malaysia selepas berlakon dalam drama Erna Shuraya sebelum ini. Ia juga permulaan segala-galanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20