Pusaka songsang

Pusaka songsang


Pusaka songsang

Posted: 13 Jan 2014 10:45 AM PST

Kuala Lumpur: "Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.

"Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad."

Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.

Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh 'gelap' itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.

Foto

KAIN mantera perlu dililit pada kaki untuk keberkesanan.


"Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14

'Hobi' rakam jiran mandi

Posted: 13 Jan 2014 10:45 AM PST

Kuala Lumpur: Perbuatan seorang kakitangan lelaki sebuah syarikat insurans yang gila seks hingga sanggup mengintai dan merakam video jiran wanitanya sedang mandi di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, terbongkar apabila perbuatan itu dikesan sebelum dia dicekup polis, Sabtu lalu.

Lebih memalukan lelaki berusia 30-an itu nekad melakukan perbuatan itu pada siang hari dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata dipercayai mahu memenuhi hobi peliknya yang dikatakan hanya sebagai koleksi 'suka-suka'.

Dalam kejadian terbaru itu, lelaki yang sudah berkahwin berkenaan sempat merakamkan video selama 14 saat dari tingkap bilik mandi rumah jirannya berusia 20 tahun. Perbuatan lelaki itu disedari mangsa yang kemudian memaklumkan kepada suaminya.

Suami mangsa yang bengang dengan penjelasan isterinya itu turut membuat laporan polis. Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium berkenaan mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang juga jiran mangsa yang menetap di blok bangunan sama.

Foto

FENDI menunjukkan laporan dan rakaman CCTV.

Foto

FENDI menunjukkan cara suspek merakam gambar isterinya sedang mandi.


Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Fendi, 33, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada isterinya mengenai kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14

9 terhumban

Posted: 13 Jan 2014 10:44 AM PST

Kuala Lumpur: Sembilan individu termasuk tujuh wanita dipercayai warga Indonesia cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dinaiki mereka bertembung sebuah lori sebelum terbabas dan merempuh pagar Lebuhraya Persekutuan dan terhumban tiga meter ke laluan motosikal, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kenderaan berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan membawa seorang lelaki dan tujuh wanita yang dipercayai pekerja pencuci bangunan dari Pantai Dalam menghala ke ibu kota.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 6.58 pagi dan ketika jentera pertama diketuai Salmi Abd Mukti dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa ditemui terperangkap dalam kenderaan berkenaan termasuk pemandu.

Beliau berkata, ketika itu, kereta berkenaan sudah terbalik dan semua mangsa menjerit meminta tolong.

Foto

KENDERAAN pacuan empat roda terjunam tiga meter ke laluan motosikal.

Foto

MANGSA yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.


"Kami dengan bantuan orang ramai mengeluarkan semua mangsa dengan selamat. Kebanyakan mangsa cedera pada muka, tangan dan kaki.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14

'Bukan satu langkah bijak'

Posted: 13 Jan 2014 10:44 AM PST

Kuala Lumpur: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Khalid Ali berpendapat program Harimau Muda A ke Australia pada Mac ini yang menelan kos agak mahal di anggap bukan satu langkah bijak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata, menerusi peruntukan RM4 juta dengan separuh daripadanya disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), badan induk itu boleh merencana program lain yang lebih berkesan dan baginya, Liga Queensland bukanlah destinasi terbaik untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.

"Bagi saya Queensland bukanlah lokasi bola sepak terbaik di dunia mahupun di Australia, kalau di Sydney saya boleh terima. Pada saya lebih baik pemain-pemain ini beraksi dengan kelab-kelab atau pasukan negeri dalam Liga Super.

"Dengan peruntukan yang ada, FAM sebenarnya boleh menghantar pemain ini menjalani latihan dengan kelab di Jepun atau Korea Selatan untuk beberapa bulan. Mereka perlu berlatih dan bermain dengan pemain yang matang serta berada di tahap lebih baik.

Foto

PEMAIN negara sepatutnya dihantar jalani latihan di negara seperti Jepun atau Korea Selatan.


"Saya pernah ke Brazil selama dua bulan, saya dapat lihat pemain muda mereka dihantar berlatih di kelab-kelab terbaik di sana seperti Fluminense, Santos dan Sao Paulo. Di situ mereka dapat berlatih dan bermain bersama pemain terbaik, jadi dari situlah mereka mendapat pendedahan," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14

Hustle calon Oscar

Posted: 13 Jan 2014 10:44 AM PST

Filem American Hustle sentuhan David 0 Russel mengenai seniman penipu yang dipaksa bekerja dengan Agensi Siasatan Persekutuan (FBI) menunjukkan penguasaan apabila membolot tiga kategori utama dalam Golden Globe Awards ke 71 yang berlangsung di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles, semalam.

Filem itu memenangi kategori Filem Terbaik (Muzikal/Komedi), Pelakon Wanita Terbaik (Amy Adams ) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Jennifer Lawrence pada Golden Globe Awards ke 71 yang berlangsung di Beverly Hilton, Los Angeles, malam kelmarin.

American Hustle yang menampilkan lakonan mantap Christian Bale, Amy Adams dan Bradley Cooper yang turut mendapat pencalonan terbanyak iaitu tujuh pencalonan menewaskan filem lain seperti Her, Inside Llewyn Davis, Nebraska dan The Wolf of Wall Street.

Ia turut diangkat sebagai kategori filem terbaik oleh Badan The New York Film Critics Circle (NYFCC) pada tahun ini serta turut dicalonkan untuk anugerah Oscar.

Foto

BARISAN produser, pengarah dan pelakon American Hustle meraikan kemenangan mereka di pentas .


Sementara itu, filem 12 Years a Slave arahan Steve McQueen yang berdasarkan sejarah mengenai lelaki kulit hitam yang dijual dan terbabit dalam kancah perhambaan berdasarkan kepada memoir Solomon Northup pada 1853 pula diangkat sebagai Filem Terbaik kategori Drama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14