Remaja terlampau |
- Remaja terlampau
- Luluh hati nenek
- Mati hantar rakan
- 'Jerung' sudah dikenal pasti
- 'Angkat topi' untuk Marsha
Posted: 22 Jan 2014 10:37 AM PST Kuala Lumpur: Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam. Menurut sumber, perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang. Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam. Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku. JEMAAH surau menunjukkan pintu surau yang terpaksa dipecahkan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23 |
Posted: 22 Jan 2014 10:37 AM PST Dungun: "Sebagaimana zalimnya cucu saya dibunuh, saya mahu orang yang melakukannya menerima hukuman setimpal," kata Semek Hitam, 58, nenek kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Paka Fasa Dua, Paka dekat sini, kelmarin. Lebih membuatkannya pilu, Semek berkata, dia menjaga cucu sulungnya yang dikenali sebagai Nursyafiqah itu sejak mangsa dilahirkan di rumahnya di Kampung Tebing Tembah, di sini. "Kali terakhir saya bertemu cucu September tahun lalu sebelum dia dan ibunya berpindah ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka atas alasan ingin berdikari. "Saya cuba menghalangnya (anak), tetapi dia tetap berkeras dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa mereka," katanya ketika ditemui, semalam. JENAZAH Nursyafiqah dibawa untuk dikebumikan, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23 |
Posted: 22 Jan 2014 10:37 AM PST Kuching: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di bulatan Jalan Muara Tabuan/Samajaya, Kuching, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Abdul Rani Rumani, 21, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang bersama rakan Adeni Wahab, 28, dilanggar Toyota Hilux. Menurut sumber, difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar rakannya pulang ke rumah di Tabuan dan ketika keluar simpang di bulatan berkenaan, motosikal mereka dirempuh Toyota Hilux dipandu laju dari arah Muara Tabuan ke Samajaya. Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkannya dilanggar dan tercampak beberapa meter. SEORANG ahli keluarga mangsa mencium jenazah Abdul Rani di tempat kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23 |
Posted: 22 Jan 2014 09:59 AM PST Kelana Jaya: Dalang skandal rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan skuad Kuala Lumpur kini pasti seperti 'cacing kepanasan' apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan mereka sudah mengenal pasti identiti individu terbabit. Selain memberi amaran kepada dalang yang diibaratkan sebagai 'jerung' itu tidak akan terlepas, FAM juga mendedahkan siasatan mereka tidak akan terhenti di situ kerana berdasarkan maklumat dikumpul setakat ini, beberapa pasukan lain juga bakal disiasat. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak, pihaknya bukan saja akan memaklumkan keputusan perbicaraan 28 pemain Kuala Lumpur pada 28 Januari ini malah akan mendedahkan dalang di sebalik gejala rasuah dan mengatur perlawanan itu. "Tidak, tak mungkin 'jerung' akan terlepas. Kami mempunyai cukup bukti. Apa yang pasti, kami akan dedahkan siapakah 'jerung' ini pada 28 Januari nanti," katanya kepada pemberita selepas selesai perbicaraan tiga pemain Kuala Lumpur iaitu Hishamuddin Othman, Ahmad Dashila Tajudin dan Badrul Hisyam Azmi semalam atas dakwaan rasuah dan mengatur perlawanan. Datuk Taufek Abd Razak
|
Posted: 22 Jan 2014 07:34 AM PST Seingat penulis belum pernah RAP meletakkan seorang pelakon berusia 63 tahun sebagai penghias muka depan. Bukan mengenepikan kepentingan artis veteran bahkan tidak semua juga artis muda yang berpeluang muncul sebagai penghias muka depan kerana ada kriteria tersendiri dalam memilihnya. Namun aura yang dimiliki penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Wan Hanafi Su, memang sukar disangkal. Seraut wajah serius dengan imej berambut panjang dan berjambang putih, hadirnya dia membuat sesiapapun yang berselisih bahu terusik bahawa lelaki ini orangnya bukan calang-calang. Jelas gaya senimannya yang unggul.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |