Helang atau ribut |
- Helang atau ribut
- Syor larang ambil pekerja asing di semua restoran
- 100 pelancong ke Taman Negara terkandas
- Utamakan keselamatan
- Tujuh sekolah diarah tutup
- 'Henti politikkan serbuan JAIS'
Posted: 12 Jan 2014 02:49 PM PST Punca nahas Cessna C172 masih misteri Kuala Lumpur: Kelibat burung yang dikatakan menjadi punca nahas pesawat Cessna C-172 sehingga mengakibatkan seorang juruterbang dan dua pelatih cedera lewat petang Jumaat lalu, masih menjadi misteri. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Syor larang ambil pekerja asing di semua restoran Posted: 12 Jan 2014 02:41 PM PST Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing di semua restoran dan bukan setakat restoran makanan segera bagi mengelak negara terus dibanjiri pekerja asing. Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata ini berikutan ramai pekerja tempatan berkelayakan bekerja dalam sektor makanan masih menganggur akibat tindakan majikan mengutamakan pekerja asing. "Di hotel dan restoran keluarga contohnya, majoriti pekerja bukan pekerja tempatan. Adakah mereka tidak layak untuk bekerja? Sedangkan ramai mahasiswa jauh lebih berkelayakan tetapi tidak diberikan peluang. Majikan lebih mementingkan pengurangan kos tanpa memikirkan kesan jangka panjang," katanya. Sekat kemasukan Beliau juga berkata, satu undang-undang perlu digubal bagi menyekat kemasukan pekerja asing. Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP), Datuk Zulkepley Dahalan, menyokong cadangan itu dan menyarankan pekerja asing dihadkan kepada sektor tertentu saja. Kita khuatir pengambilan pekerja asing secara berlebihan akan mengakibatkan populasi penduduk tidak seimbang. "Kita bimbang jumlahnya melebihi penduduk tempatan sekali gus mengundang pelbagai masalah lain," katanya. Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan sediakan nisbah yang boleh mengimbang pengambilan pekerja asing dalam industri pemakanan. |
100 pelancong ke Taman Negara terkandas Posted: 12 Jan 2014 02:39 PM PST Jerantut: Kira-kira 100 pelancong asing terkandas ketika menggunakan laluan sungai untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, berikutan paras air naik mendadak susulan hujan lebat sejak Jumaat lalu. Pemandu pelancong dari Kuala Lumpur, Ridzuan Hassan, 32, berkata 22 pelancong asing di Kuala Tahan terpaksa menggunakan bot untuk balik ke Kuala Tembeling sebelum diangkut menggunakan pengangkutan darat untuk meneruskan perjalanan ke bandar itu. "Laluan darat di FELDA Padang Piol, berhampiran Kampung Paya Garok juga ditenggelami air sedalam satu meter hingga tidak boleh dilalui kenderaan ringan," katanya. Pelancong Jerman, Lauche Smith, 50, berkata beliau dan isterinya terpaksa memendekkan lawatan kerana bimbang banjir bertambah buruk. "Banjir ini tidak boleh kita elak, namun perancangan teliti perlu dibuat jika mahu pastikan lokasi ini terus dikunjungi pelancong," katanya. |
Posted: 12 Jan 2014 02:38 PM PST Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menasihati penduduk terjejas banjir di Kelantan supaya mengutamakan keselamatan diri serta keluarga masing-masing, dalam mendepani banjir gelombang kedua yang sedang melanda. Perdana Menteri juga mengingatkan penduduk supaya sentiasa peka dan mematuhi arahan dikeluarkan pasukan keselamatan. |
Posted: 12 Jan 2014 02:36 PM PST Kota Bharu: Demi keselamatan semua pelajar dan guru, tujuh sekolah di Kelantan diarah tutup mulai pagi semalam, berikutan banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu. Limpahan air dari Sungai Kelantan menyebabkan penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tinggi, SK Panjang, SK Sokor, SK Ladang Kerilla, SK Kulim dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla di Tanah Merah.
Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang, mengarahkan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) memastikan sekolah berhampiran tebing sungai ditutup serta-merta dan pelajarnya diarah pulang berikutan laluan mula ditenggelami banjir. Paras air meningkat "Arahan dikeluarkan pagi ini berikutan paras air sungai terus meningkat sejak semalam, sekali gus Kelantan dilanda banjir gelombang kedua. "Walaupun sesi persekolahan tahun ini baru bermula 3 Januari lalu itu, kini terpaksa ditutup sehingga keadaan banjir pulih. Beliau berkata, berdasarkan laporan pagi semalam, paras air Sungai Golok di Jenob, Pasir Mas kini sudah 23.81 meter, melepasi paras bahaya 23.50 meter. Beliau berkata, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah mencapai 10.05 meter berbanding 9.0 meter juga sudah melimpah menyebabkan laluan masuk ke sekolah yang terletak berdekatan membahayakan murid. 337 dipindahkan Sementara itu, susulan gelombang kedua banjir di Kelantan, sehingga petang semalam, 337 mangsa berlindung di tujuh pusat pemindahan negeri ini. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan berkata, pusat pemindahan dibuka di Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas, mangsa membabitkan 112 keluarga. |
'Henti politikkan serbuan JAIS' Posted: 12 Jan 2014 02:32 PM PST Kuala Lumpur: Mufti Selangor meminta semua pihak berhenti mempolitikkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM), sehingga mahkamah memutuskan kes itu. Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, ketika ini JAIS sedang mengumpul banyak data dan bukti berhubung rampasan Bible berbahasa Melayu. Beliau mengulas dakwaan pelbagai pihak mengenai tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengarah JAIS memulangkan semula Bible berkenaan kepada persatuan itu. Akur keputusan mahkamah Tamyes berkata, selain menunggu keputusan mahkamah, pihak berkenaan juga perlu akur dengan keputusan hasil kebijaksanaan institusi kehakiman negara. Sebelum ini, ramai pihak meminta Abdul Khalid mematuhi 10 aku janji yang dilafazkan ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di depan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi penggal kedua, Mei tahun lalu. Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan pentadbiran agama negeri lain. Perlu bersikap adil Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang pemimpin Islam, Abdul Khalid perlu mengutamakan agamanya sendiri dan bersikap adil dalam mendaulatkan agama Islam. "Sebagai pemimpin, beliau perlu tegah perkara ini (penggunaan kalimah Allah) daripada berlaku sebarang penghinaan. Beliau perlu mendaulatkan agama (Islam) dan memberi keadilan kepada umat Islam, " katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |