Kekasih hati busuk |
- Kekasih hati busuk
- Ghaib ketika nak buang air
- Ajal selepas rebah di kelas
- 7 Januari tahu dalang bookie
- Iqwal kerap makan angin
Posted: 01 Jan 2014 09:19 AM PST Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya. Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai. Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi. Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
|
Posted: 01 Jan 2014 09:19 AM PST Jempol: Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan 'orang bunian'. Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4. Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang berkenaan. Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.
|
Posted: 01 Jan 2014 09:18 AM PST Chukai: Seorang guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, hanya sempat berada dalam kelas selama satu jam 30 minit pada hari pertama persekolahan, semalam, sebelum dia rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung di Klinik Kesihatan Kijal. Terdahulu, mangsa, Nor Aima Sulong, 43, bersama rakan sekerjanya, Che Wan Ajariah Che Wan Arifin, 30, dan seorang pembantu, Che Wan Afidah Abdullah, 44, mula masuk ke tadika berkenaan pada jam 7.15 pagi bagi memulakan sesi persekolahan 2014. Che Wan Ajariah berkata, dia kemudian melihat mangsa sedang tunduk dan memujuk seorang pelajar yang sedang menangis ketika perhimpunan dalam kelas sambil mengesat air mata pelajar terbabit pada jam 8.45 pagi sebelum mangsa tiba-tiba rebah. "Saya yang berada tidak jauh dari mangsa menghampirinya serta bertanya kenapa dia rebah dan dia memberitahu mengalami kekejangan otot kaki serta tidak dapat bangun," katanya ketika ditemui di tadika berkenaan, semalam. SUAMI Nor Aima, Kamarudin (kanan) reda dengan pemergiannya.
|
Posted: 01 Jan 2014 08:15 AM PST Kuala Lumpur: Dalang kes rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan pasukan Liga Perdana Kuala Lumpur masih lagi disiasat dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sejauh mana kewujudan bookie dalam kes itu hanya akan diketahui pada 7 Januari ini. Tiga pegawai dan lima pemain Kuala Lumpur digantung seumur hidup dan denda RM20,000 atas kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 20 Disember lalu namun hukuman itu dikenakan sebagai mengikut prosedur selepas mereka yang terbabit tidak membuat pembelaan ke atas dakwaan itu. Menurut pengerusi jawatankuasa itu Datuk Taufek Abd Razak, FAM bakal menyiasat secara terperinci kes tujuh lagi pemain atas dakwaan yang sama selepas mereka memfailkan notis pembelaan dalam tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan maklumat siasatan itu yang membabitkan pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Integriti FAM termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis, mereka pasti mendapat maklumat mengenai bookie jika terbukti tujuh lagi pemain itu bersalah atas dakwaan yang dikeluarkan. PASUKAN Kuala Lumpur (jersi putih) antara pasukan paling hambar dalam saingan Liga Perdana.
|
Posted: 01 Jan 2014 07:08 AM PST Walaupun sudah banyak kali bercuti di luar negara pe�nyanyi Iqwal Hafiz, 21, masih menyukai destinasi percutian di dalam negara sendiri. Antara lokasi yang digemari Iqwal adalah Bukit Fraser. Baru-baru ini sekali lagi Iqwal ditemani ibunya menyertai Media FAM Tour Ke Bukit Fraser dan Taman Negara Pahang anjuran Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dan Perbadanan Pelancongan Negeri Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Menurut Iqwal, dia tidak teragak-agak menerima pelawaan daripada penyelaras program itu, Aziz Desa dan Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (Tram), Azlie Halim, kerana baginya Bukit Fraser destinasi pelancongan dalam negara yang tidak jemu dilawati. "Memang saya selalu ke luar negara tapi saya dan keluarga masih menyukai Bukit Fraser. Tahun ini sudah tiga kali saya ke sini. Cuacanya yang nyaman, kehijauan alam semula jadi yang belum tercemar, pemanda�ngan yang memikat sukma, menjadikan�nya salah satu lokasi percutian dalam negara yang amat saya gemari.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |