Anggota RELA 'dibersihkan' |
- Anggota RELA 'dibersihkan'
- Mohon segera BR1M
- Dalang perhimpunan tak terlepas tindakan
- Mayat isteri di tab mandi
- Pasangan kekasih mati bogel dalam kereta
- Tuntutan subsidi dirujuk Kementerian Kewangan
Posted: 04 Jan 2014 03:21 PM PST Kuala Lumpur: Kerajaan akan melakukan program pembersihan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) berikutan ada dalam kalangan 2.9 juta pegawai dan anggotanya dipercayai mempunyai rekod jenayah. Pada masa sama, sistem pengambilan akan dikaji kerana pemilihan pegawai dan anggota secara besar-besaran sejak 2008 tidak melalui tapisan terperinci sehingga ada yang mempunyai rekod jenayah turut terpilih. Justeru Kementerian Dalam Negeri dan RELA akan melakukan pembersihan secara besar-besaran bagi memastikan setiap anggota RELA bebas daripada sebarang rekod jenayah lampau untuk mereka laksanakan tugas membantu pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam, katanya kepada BH semalam. Beliau diminta mengulas perkara itu berikutan kejadian dua anggota RELA berusia 30 dan 34 tahun yang ditugaskan mengawal kediamannya, memecah masuk rumahnya di Jalan Tengah, Kuching pada 24 Disember lalu. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 04 Jan 2014 03:18 PM PST Pontian: Kira-kira 2.4 juta yang layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi belum mengemukakan permohonan diminta segera berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan berkenaan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata mereka perlu mendaftar segera bukan saja untuk mendapatkan bantuan itu, tetapi menerima skim perlindungan insurans takaful menerusi i-BR1M. Semua 13,127 ketua kampung dari kira-kira 22,000 kampung diminta memainkan peranan membantu kerajaan mengesan mereka. Bantuan daripada ketua kampung sangat penting kerana mereka adalah duta kecil di kawasan masing-masing, selain mengenali kumpulan yang layak dan memerlukan bantuan khas yang disediakan oleh kerajaan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ketua-Ketua Kampung Daerah Pontian di sini, semalam. Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Ketua Kampung Pontian, Abdul Wahid Mohd Tamim. Buka akaun bank Katanya, mulai tahun ini, kerajaan menyalurkan wang BR1M terus dalam akaun bank penerima. Inisiatif bagi memberi kemudahan kepada penerima terutama warga tua, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal mendapatkan BR1M tanpa perlu beratur panjang dan mengambil tempoh lama, untuk mendapatkan wang tunai. Pembukaan akaun boleh dilakukan di mana-mana institusi perbankan, termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), katanya. |
Dalang perhimpunan tak terlepas tindakan Posted: 04 Jan 2014 03:17 PM PST Alor Gajah: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu di ibu negara Selasa lalu, didalangi beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang. Saya dapat tahu (mengenai penganjuran perhimpunan haram itu) dan dimaklumkan bahawa individu dan NGO tertentu yang menganjurkannya. Nurfaraheeda Omar di Kampung Pekan Brisu, Lubok China, di sini semalam. Beliau mengulas mengenai penganjuran perhimpunan haram di Dataran Merdeka yang menjadi lokasi utama sambutan Ambang Tahun Baru 2014, Selasa lalu. Usah anggap polis lemah Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan bahawa mana-mana individu yang menjadi dalang perhimpunan terbabit, tidak akan terlepas daripada tindakan, terutama apabila melanggar Akta Perhimpunan Aman yang mula dikuatkuasakan tahun lalu. Jangan anggap itu lemah. Itu adalah antara pendekatan terbaik yang dilakukan oleh polis dan saya berharap tidak ada provokasi dilakukan (oleh penganjur dan peserta perhimpunan), katanya. |
Posted: 04 Jan 2014 03:13 PM PST Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki cuba menyembunyikan kematian isterinya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu sebelum mayatnya ditemui di sebuah premis di Taman Tasik Permaisuri, di sini. Warga India berusia 27 tahun itu diberkas semalam, susulan penemuan mayat isterinya dalam keadaan terbaring berlumuran darah dalam tab mandi di premis yang dijadikan pusat kecantikan di Jalan Jelawat 1, jam 7.45 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata mayat ditemui ketika suspek bersama pemilik pusat kecantikan berkenaan ke lokasi untuk mengambil pakaian lelaki itu di bilik yang dihuni pasangan suami isteri terbabit selepas mereka dikatakan gagal menghubungi mangsa. Terhidu bau busuk Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mereka mendakwa terhidu bau busuk dari bilik mandi di premis berkenaan sebelum melakukan memeriksa dan menemui mayat wanita terbabit. Berikutan itu, polis menyoal siasat suami mangsa sebelum menahannya kerana mendapati keterangan diberikan suspek mencurigakan. Berdasarkan laporan forensik, kematian wanita ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. |
Pasangan kekasih mati bogel dalam kereta Posted: 04 Jan 2014 03:01 PM PST Ipoh: Punca kematian seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan kekasih dalam keadaan bogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, dekat sini malam kelmarin, disahkan akibat keracunan gas karbon monoksida. Loke Yoke Kim, 58, yang juga ahli perniagaan dan wanita berkenaan, Yan Wai Leng, 51, masing-masing ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dalam sebuah PROTON Wira, kira-kira jam 9 malam. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Tuntutan subsidi dirujuk Kementerian Kewangan Posted: 04 Jan 2014 03:00 PM PST Kuala Lumpur: Subsidi khas diesel yang diminta Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan dirujuk kepada Kementerian Kewangan. Pengusaha bas terbabit meminta subsidi khas RM1 setiap liter diesel berbanding RM1.68 setiap liter yang perlu dibayar setiap kali mengisi bahan bakar itu. Perkara itu perlu dirujuk kepada kementerian berkenaan dan pada masa sama, persatuan diingatkan supaya tidak sewenang-wenang menaikkan tambang kerana kita mempunyai agensi pemantauan yang boleh menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan. Pengguna juga diminta menyalurkan aduan kepada kementerian menerusi talian 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my bagi membolehkan kita memantau kes sebelum mengambil tindakan lanjut, katanya ketika mengulas permintaan PPPBSM supaya supaya subsidi diberikan kepada pengusaha bas sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencadangkan PPPBSM dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengadakan rundingan bagi mengatasi masalah sekali gus tidak membebankan ibu bapa. Katanya, PPPBSM mengadakan 11 pertemuan dan mesyuarat dengan SPAD dalam tempoh dua tahun lalu termasuk mengemukakan lima memorandum, yang terakhir dihantar pada September lalu kepada Pejabat Perdana Menteri. Kali terakhir kadar disemak pada 2009 dan kita menanggung kenaikan kos operasi termasuk kehilangan lebih 2,000 pengusaha bas yang terpaksa gulung tikar berikutan tidak mampu menanggung kerugian besar. Perkenal skim insurans bas sekolah Pengusaha hanya memperoleh pendapatan sekitar 10 bulan saja berikutan dua bulan lagi adalah musim cuti sekolah, pengurangan subsidi diesel seperti diumumkan kerajaan membebankan, katanya. Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat SPAD, menerusi kenyataan semalam, berkata pihaknya akan terus mengadakan pertemuan dengan PPPBSM supaya ibu bapa dan pengusaha bas memperoleh situasi menang-menang. Pada masa sama, kerajaan sudah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti skim insurans bas sekolah dan skim pertukaran bas sekolah bagi menambahbaik industri bagi memastikan tiada pihak terjejas sebelum keputusan mengenai tambang dimuktamadkan, katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |