Kenal pasti Datu Amirbahar

Kenal pasti Datu Amirbahar


Kenal pasti Datu Amirbahar

Posted: 06 Jan 2014 02:49 PM PST

Kenal pasti Datu Amirbahar

Kota Kinabalu: Anak saudara Jamalul Kiram III, Datu Amirbahar Hushin Kiram semalam dikenal pasti oleh saksi pendakwaan sebagai anggota kumpulan pengganas yang terbabit dalam rundingan dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Februari tahun lalu.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Perhebat pelaksanaan dasar transformasi negara: PM

Posted: 06 Jan 2014 02:47 PM PST

Putrajaya: Pelaksanaan dasar transformasi negara perlu diperhebatkan dalam 2014 dan tahun seterusnya kerana tempoh mencapai status negara maju berpendapatan tinggi semakin singkat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, walaupun tidak mahu lari daripada landasannya, perubahan yang dilakukan tetap akan mengambil kira pandangan dan hasrat rakyat supaya pelaksanaannya tidak membebankan mereka.

Sebagai contoh, beliau berkata, rasionalisasi subsidi bukan bererti kerajaan mahu hapuskan subsidi secara terus, sebaliknya akan dilakukan secara berperingkat.

"Tak ada negara dalam dunia menyediakan peruntukan pembangunan RM49 bilion, manakala insentif subsidi berjumlah RM42 bilion. Dalam satu segi ini mencerminkan kerajaan prihatin terhadap rakyat tetapi ini tak b oleh diteruskan sebab tak mapan.

"Namun, kita perlu tolong golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah selain penjawat awam. Saya yakin kalau ekonomi lebih kukuh, kedudukan negara lebih mantap, maka projek pembangunan akan bertambah dan penambahan kebajikan untuk golongan yang memerlukan boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun ini, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Akujanji tak dilupa
Najib juga berkata, akujanji ketika pilihan raya tidak pernah dilupakan, termasuk hasrat meningkatkan kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lima peratus atau lebih, pembaharuan ekonomi yang bersifat strategik dan pembangunan modal insan, yang menjadi antara faktor penting dalam usaha mencapai status negara maju.

Sanggup laksana perubahan

Katanya, tanpa kesanggupan melakukan perubahan dari segi struktur dan strategik, negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi perlahan yang tidak mungkin dapat mencapai kadar pertumbuhan lima hingga enam peratus setahun.

Beliau berkata, hanya itu pilihan yang ada kerana keadaan sama turut dihadapi negara lain dan persekitaran ekonomi yang menentukan daya saing negara memerlukan Malaysia melakukan perubahan seperti digariskan dalam agenda serta dasar transformasi negara.

"Pada hemat saya, negara yang sanggup lakukan perubahan ekonomi dari segi struktur dan dasar dari semasa ke semasa melihat kepada pembangunan yang tumbuh secara mapan. Inilah keadaan yang dihadapi di seluruh dunia dan sudah tentu Malaysia tak ada kelainannya.

"Di Eurozone misalnya, walaupun krisis genting sudah berlalu, negara dalam zon ini diunjur akan melalui dekad di mana pertumbuhan ekonomi mereka akan berlaku pada tahap yang sangat rendah, malah ada yang menyifatkan dekad akan datang bagi Eropah sebagai 'lost decade' (dekad yang hilang).

"Jepun pula, 20 tahun alami ekonomi yang disifatkan sebagai tidak berubah sehingga Perdana Menteri baru, Shinzo Abe yang memegang jawatan akhir tahun lalu melaksanakan dasar perubahan ekonomi 'Abenomics'," katanya.

Najib juga membuat kesimpulan bahawa China yang dianggap sebagai enjin pertumbuhan ekonomi global pun tidak mungkin mencapai pertumbuhan sembilan hingga 10 peratus setahun, melainkan melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem ekonomi sedia ada.

Isu bughah: Mufti Perak jawab kritikan

Posted: 06 Jan 2014 02:44 PM PST

Isu bughah: Mufti Perak jawab kritikan

Kuala Lumpur: Isu bughah yang dibangkitkan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bagi membidas peserta perhimpunan haram pada sambutan ambang Tahun Baharu 2014 terus dipolemikkan apabila kenyataan tokoh agama itu dikecam pelbagai pihak.

Beberapa pihak menyifatkan 'fatwa' itu sebagai menyesatkan dan boleh menimbulkan huru-hara kerana menghalalkan darah golongan berkenaan. Bagi merungkai isu berkenaan, Harussani semalam tampil membuat kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau:

Merujuk kepada laporan akhbar BH dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan Perhimpunan Haram di Dataran Merdeka 'Penderhaka', peserta perhimpunan sebagai 'Bughah' iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar BH ditulis pernyataan 'sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah'. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu 'Bughah' dan demonstrasi.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Hanya 4 tahanan ISA ulangi kesalahan

Posted: 06 Jan 2014 02:42 PM PST

Taiping: Hanya empat daripada 2,770 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kembali melakukan kesalahan dan ditahan semula di bawah akta sama selepas dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting (KEMTA), Perak.

KEMTA yang mula beroperasi sejak 1973 tidak lagi digunakan sebagai tempat tahanan perlindungan selepas kerajaan membuat keputusan memansuhkan ISA dan enam tahanan terakhir dibebaskan kelmarin.

Sepanjang operasinya, ISA berjaya menyekat pelbagai cubaan dan gerakan yang mengancam keselamatan negara seperti Parti Komunis Malaya (PKM), kegiatan subversif, pelampau agama, sentimen keagamaan dan perkauman, risikan dan pengganas.

Antara kumpulan militan yang pernah ditahan mengikut ISA ialah Kumpulan Pelampau Militan Islam, Gerakan Acheh Merdeka, Pertubuhan Pengganas Antarabangsa, Jemaah Islamiah Darul Islam dan Gerakan Pemisah Selatan Thai.

Penolong Komisioner Penjara, Mohd Roslen Ramli, berkata statistik itu terbukti ISA berjaya memainkan peranannya bukan saja membendung, malah mencegah sebarang gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Berjaya pulih tahanan

Katanya, sepanjang kewujudannya selama 40 tahun, KEMTA pernah menempatkan 1,702 anggota PKM dan pro-komunis, 38 pelaku subversif, 115 pelampau agama, 40 tahanan membangkitkan sentimen keagamaan dan perkauman, risikan (16), pengganas (193) dan penyeludupan manusia (159).
Ia juga pernah menjadi pusat perlindungan bagi 66 individu terbabit dengan kegiatan mencetak syiling palsu, dokumen palsu (433), aktivis reformasi (tujuh) dan seorang individu terbabit dengan pembekalan komponen nuklear.

"Jika mengambil kira daripada statistik itu, jelas terbukti ISA berjaya mencegah dan memulihkan individu terbabit pelbagai kegiatan yang mengancam keselamatan negara," katanya.

Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jam

Posted: 06 Jan 2014 02:38 PM PST

Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jamAsmah Laily Yusoff, 40, tidak dapat menahan kesedihan selepas menerima berita kematian suaminya, Abdul Halim (gambar kecil). - Foto BERNAMA

Kuantan: Selepas gagal dikesan kira-kira 15 jam ketika melakukan operasi cegah jenayah, mayat anggota polis yang juga bekas komando ditemui dengan kesan tembakan di muka dan badan di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Padang Jaya, Jaya Gading di sini, semalam.

Mayat Koperal Abd Halim Md Ali, 48, ditemui pekerja ladang kira-kira jam 9 pagi, dipercayai terkena tembakan peluru penabur.

Sebelum itu, mangsa menyertai operasi cegah jenayah bersama Ketua Polis Balai Jaya Gading dan dua anggota lain di kawasan ladang dengan menunggang motosikal, kira-kira jam 4 petang.

Terpisah ketika operasi

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani, berkata pasukan itu terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang masing-masing bersenjata dalam keadaan mencurigakan.

Berikutan itu, mereka mengejar suspek dan seorang daripadanya membuang senapang buatan sendiri sebelum cuba meloloskan diri.

Abd Halim terus mengejar suspek yang masih bersenjata, menyebabkannya terpisah daripada anggota lain. Usaha untuk menjejaknya menemui jalan buntu apabila panggilan telefon dan set walkie talkie tidak berjawab.
"Mereka kemudian membuat laporan kehilangan Allahyarham sebelum melancarkan gerakan mencarinya dengan kerjasama Unit Anjing Pengesan K-9 dan orang kampung, namun gagal, hinggalah mayatnya ditemui pagi tadi (semalam)," katanya ketika ditemui di laluan masuk ladang sawit, di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Sharifudin berkata, berdasarkan siasatan awal dan pemeriksaan forensik, kesan kecederaan pada muka dan badan Allahyarham akibat tembakan menggunakan peluru jenis penabur.

Gerakan buru suspek dilancar

Katanya, suspek dipercayai menggunakan senjata buatan sendiri dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Gerakan memburu suspek dilancarkan dan kita yakin dapat menahan mereka dalam masa terdekat," katanya.

Abd Halim menyertai pasukan beruniform sejak 30 tahun dan pernah berkhidmat dalam skuad elit Komando VAT69, sebelum ditugaskan di balai polis berkenaan.

Sharifudin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Abdul Halim dan berharap mereka bersabar dengan kejadian itu.

"Kita kehilangan seorang anggota yang bertanggungjawab dan amanah serta mempunyai disiplin diri tinggi. Saya mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mendi, Bera, malam semalam.

EKSKLUSIF: 3,717 perokok akan didakwa

Posted: 06 Jan 2014 02:31 PM PST

EKSKLUSIF: 3,717 perokok akan didakwaPerokok tegar tidak menghiraukan notis larangan merokok di kawasan tumpuan awam di Bandar Raya Johor Bahru. - Foto HAIRUL ANUAR ABD RAHIM

Johor Bahru: Seramai 3,717 perokok tegar bakal berdepan denda sehingga RM10,000 seorang atau dua tahun penjara apabila gagal menjelaskan kompaun kerana merokok di tempat larangan.

Perokok terbabit akan didakwa di mahkamah mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana gagal membayar kompaun dalam tempoh tertentu.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini