Cyclone June takes aim at New Caledonia, New Zealand

Cyclone June takes aim at New Caledonia, New Zealand


Cyclone June takes aim at New Caledonia, New Zealand

Posted: 17 Jan 2014 05:29 PM PST

WELLINGTON: A fresh tropical cyclone has formed in the Pacific region and was gathering strength as it headed south towards New Caledonia and New Zealand, forecasters said Saturday.

A warning has gone out to all shipping in the path of Cyclone June to expect heavy swells and gale force winds.

June, which formed in the Coral Sea near the Solomon Islands as a category one cyclone, was expected to have intensified to category two before hitting Norfolk Island, between New Caledonia and New Zealand, on Sunday.

"Tropical Cyclone June is expected to produce a prolonged period of gale force winds, heavy rainfall and moderate to heavy swells over Norfolk Island on Sunday and Monday," Australia's Bureau of Meteorology said in a bulletin.

"Damaging winds averaging above 75 kilometres per hour (47 miles per hour) with gusts of about 100 kilometres per hour are expected to develop on Norfolk Island by about midday on Sunday."

Meanwhile, recovery operations continued in Tonga after Cyclone Ian slammed into the Pacific kingdom last week as a maximum category five storm and packing winds in excess of 200 kilometres per hour.

It left at least 4,000 people homeless and destroyed vital crops in the central Ha'apai islands.

The Tongan government said in a statement there was concern about the shortage of food and the supply of clean and safe drinking water.

The health inspector in charge of water and sanitation, Folau Hola, told Radio New Zealand the low-lying areas of Ha'apai were in a critical situation because of rising sea levels contaminating wells, and most rooftop collection systems were destroyed during the cyclone. – AFP

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Lelaki hilang ditemui lemas di Balai Ringin

Posted: 17 Jan 2014 05:28 PM PST

SERIAN: Seorang lelaki yang dikatakan hilang sejak dua hari lepas ditemui mati lemas di se­batang sungai di Balai Ringin di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, mayat lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Taip, berusia 32 tahun juga berasal dari Balai Ringin ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Jamali Umi semasa di­hubungi mengesahkan pen­emuan tersebut dan memberita­hu mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serian untuk tujuan bedah siasat.

"Mangsa dikatakan hilang sejak dua hari lepas namun tiada laporan orang hilang dibuat oleh keluarga mangsa. Siasatan awal mendapati mangsa mati lemas dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Serian," Kata Jamali.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Baharu keluar penjara, remaja ditangkap lagi

Posted: 17 Jan 2014 05:27 PM PST

SIBU: Baharu sebulan keluar penjara, seorang remaja lelaki ditangkap sekali lagi bersama seorang rakan sebayanya selepas disyaki melakukan jenayah pecah rumah di Lorong 3, Jalan Merlin di sini, pagi semalam.

Bertindak daripada laporan, pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah menyerbu sebuah ru­mah di Lorong 2, Jalan Tiong Hua di sini pada jam 11 pagi semalam.

Semasa memasuki ke rumah tersebut, polis mendapati se­orang remaja berbangsa Cina-Iban berumur 20-an sedang tidur lena sambil menggengam kunci kereta Avanza dipercayai milik pengadu berkenaan.

Polis turut menahan seorang lagi remaja lelaki yang disyaki terlibat sama dengan suspek melakukan jenayah pecah rumah di rumah pengadu berkenaan sekitar jam 8.30 hingga 10 pagi itu.

Difahamkan, seorang lagi lelaki remaja yang turut ber­subahat melakukan jenayah sama masih dijejaki polis.

Turut dirampas di rumah suspek termasuk dua buah motosikal yang dipercayai motosikal curi serta sebuah telefon bimbit jenama Nokia dipercayai dicuri daripada rumah pengadu.

Menurut pengadu, 41, dia hanya menyedari rumahnya dipecah masuk pencuri selepas balik ke rumah jam 10.20 pagi itu.

Sebelum itu, dia meninggal­kan rumahnya dalam keadaan berkunci pada jam 8.30 pagi dan percaya pencuri berjaya memasuki rumahnya melalui pintu dapur.

Katanya, dia percaya pen­curi telah merosakkan pintu dapurnya sebelum memasuki rumahnya.

Setelah memeriksa keadaan rumah, beliau mendapati kunci kereta Toyota Avanza dan sebuah telefon bimbit miiknya hilang.

Pengadu membuat laporan polis mengenai kes itu di Balai Polis Sentral pada tengah hari semalam.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Mayat remaja terjun laut cuba selamatkan pakcik ditemui

Posted: 17 Jan 2014 05:26 PM PST

KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja yang dilaporkan hilang se­lepas cuba menyela­matkan bapa saudaranya yang terjatuh ke dalam laut berdekatan Kam­pung Jemukan, Asajaya ditemui lemas pagi se­malam.

Menurut jurucakap bomba, mayat Amir Sahari, 14, ditemui oleh beberapa anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menyertai operasi mencari dan menyela­mat kedua-dua mangsa sekitar jam 10 pagi se­malam.

"Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa yang dikhuat­iri lemas itu pada hari ini (semalam) berjaya menemui mayat seorang daripada mangsa (Amir) iaitu beberapa meter dari tempat kejadian sekitar jam 10 pagi tadi (pagi semalam).

"Bagaimanapun usaha untuk mengesan seorang lagi mangsa masih di­jalankan sehingga arahan seterusnya," katanya.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Ladong itu bersama lima lagi rakan mereka pergi ke laut untuk men­cari kerang pada hari Rabu lepas, sekitar jam 7 pagi.

Bagaimanapun, sekitar tengah hari, bot yang dinaiki mangsa bersama dengan rakan mere­ka itu dipukul ombak menyebabkan bapa sau­dara Amir yang dikenali sebagai Riduan terjatuh ke laut.

Amir kemudian seg­era terjun ke laut untuk menyelamatkan bapa saudaranya itu namun kedua-dua mereka hilang ditelan ombak.

Rakan-rakan mangsa itu kemudian terus ke darat untuk mendap­atkan bantuan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh anggota bomba dan JPAM kemudian dijalankan sebaik sahaja mendapat laporan ber­hubung kejadian.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Suspek bolos dengan pistol ditahan reman hingga 21 Jan

Posted: 17 Jan 2014 05:26 PM PST

KUCHING: Mahkamah semalam meluluskan per­mohonan reman selama empat hari sehingga 21 Januari ini terhadap suspek kes pecah kereta yang bolos dengan sepucuk pistol di Satok pada Isnin lepas.

Suspek berusia 23 tahun itu diberkas pihak polis bersama teman wanitanya di sebuah rumah di Taman Dahlia, Matang sekitar jam 7.30 malam kelmarin.

Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata api selepas sepucuk pistol yang diper­cayai digunakan oleh sus­pek dalam insiden tersebut juga berjaya ditemui semasa tangkapan dilakukan.

Difahamkan, pistol tersebut telah dicuri oleh suspek daripada seorang anggota polis yang dika­takan tertidur di dalam kereta dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lepas.

Pada Isnin lepas, sus­pek bersama seorang lagi rakannya cuba melarikan diri setelah berjaya dikesan oleh beberapa anggota polis cuba memecah cermin se­buah Toyota Hilux sekitar jam 11 pagi di Jalan Jam­batan Gantung, Satok.

Rakan suspek bagaiman­apun berjaya ditahan mana­kala suspek melarikan diri selepas mengacukan pistol, namun terjatuhkan kelopak peluru yang menggandungi 21 peluru hidup.

Suspek bersenjata itu berjaya melarikan diri menggunakan sebuah mo­tosikal yang dicuri dari se­buah rumah berhampiran tempat kejadian namun berjaya ditangkap malam kelmarin.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Pelbagai barang, kereta ditemui semula

Posted: 17 Jan 2014 05:26 PM PST

by Jeremy Lanson. Posted on January 18, 2014, Saturday

12 suspek pecah rumah ditahan, bantu turunkan kadar jenayah di Kuching: Roslan

KUCHING: Pihak polis berjaya menemui se­mula pelbagai barangan serta kenderaan yang dianggarkan bernilai mencecah RM150,000 dengan tertangkapnya 12 suspek kes pecah rumah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, kesemua suspek berusia antara 20 dan 47 tahun itu ditahan berhubung tiga kes pecah rumah dan premis pernia­gaan yang berlaku di sekitar bandar raya ini, sejak awal tahun.

Justeru, beliau yakin hasil daripada kejayaan tersebut akan dapat menu­runkan lagi kadar jenayah di bandar raya ini.

"Dengan tertangkap­nya semua penjenayah ini, kita yakin kita dapat menurunkan lagi jenayah indeks, di mana 16 hari pertama pada tahun ini telah menunjukkan penu­runan sebanyak 36 pera­tus berbanding tempoh sama pada tahun lepas," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pagi semalam.

Roslan berkata, antara barang-barang yang ber­jaya ditemui semula ialah empat buah kenderaan termasuk dua buah van, jam tangan berjenama, televisyen serta pelbagai perkakas rumah.

Selain itu, roslan turut memberitahu kesemua suspek yang ditahan di­dapati positif dadah jenis syabu (Methapethamine).

Justeru, beliau memohon kepada masyarakat umum agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung penyalah­gunaan dadah.

"Kesemua suspek di­dapati postif dadah jenis syabu. Dan, buat masa ini kita yakin majoriti pelaku jenayah di Kuching adalah penagih dadah.

"Oleh itu, kita mo­hon kerjasama daripada masyarakat untuk memberi maklumat kepada kita ber­hubung penyalahgunaan dadah ini agar kita dapat perangi gejala ini habis-habisnya," katanya.

Tambah Roslan lagi, kesemua suspek yang juga memiliki rekod jenayah lampau kini ditahan reman di bawah Seksyen 457 Ka­nun Keseksaan sementara siasatan lanjut pihak polis dijalankan.

"Hasil soal siasat men­dapati kesemua suspek ini bergiat aktif pecah rumah, kedai dan pejabat di sekitar bandar raya Kuching dan merupakan penjenayah tegar," jelas Roslan.

Hadir sama pada sidang media semalam ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching DSP Lim Bak Phai dan Ketua Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) IPD Kuching ASP Abdul Rahim Abdullah.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.