Cis...rompak budak-budak |
- Cis...rompak budak-budak
- 'Sultan Melaka' kena tahan
- Mamak pula naik harga
- FAM kekal pendirian
- Cinta sesungguhnya buat isteri
Posted: 14 Jan 2014 09:52 AM PST Kuching: "Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek," kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam. Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang. "Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu. "Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak. ANGGOTA polis menahan lelaki yang cuba merompak dua beradik. DUA beradik ditenangkan selepas ketakutan disamun dua lelaki.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15 |
Posted: 14 Jan 2014 09:51 AM PST Jasin: Seorang ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 56, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka diberkas polis di sini, pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran tidak diiktiraf. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan dilakukan di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, jam 10.50 pagi. "Tangkapan dibuat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dan gusar dengan tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka. "Penduduk Melaka curiga mengenai kebenaran terutama selepas apa yang tersebar di media elektronik seperti You Tube seolah-olah menghina kerajaan yang sedia wujud di Melaka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, di sini, semalam. NOOR Jan ditahan polis, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15 |
Posted: 14 Jan 2014 09:51 AM PST Kuala Lumpur: Jika sebelum ini pelanggan di kedai mamak hanya perlu membayar RM2.70 untuk menikmati segelas teh tarik dan roti canai kosong, jangan terkejut jika harganya berubah menjadi RM3.11 menjelang Mac depan. Harga baru yang dinaikkan sekitar 18 ke 23 sen itu adalah anggaran kasar sekiranya kira-kira 6,000 pemilik restoran di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menaikkan harga makanan sehingga 15 peratus. Ia berdasarkan cadangan persatuan itu yang mahu menggunakan harga makanan dan minuman baru dengan tambahan antara lima hingga 15 peratus sebagai menampung peningkatan kos operasi. Sekiranya ia dikuatkuasakan, hidangan yang menjadi pilihan kebanyakan orang seperti nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam akan turut berdepan kenaikan antara 75 sen ke RM1.50. KENAIKAN harga makanan di kedai mamak masih dalam kajian dan perbincangan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15 |
Posted: 14 Jan 2014 09:50 AM PST Kuala Lumpur: Walaupun ada pihak mempertikaikan perbelanjaan besar FAM untuk menghantar Harimau Muda A beraksi dalam Liga Queensland, Australia, badan induk itu tetap tidak berganjak apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Football Queensland (FQ) semalam. Menerusi perjanjian itu, Harimau Muda A yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee bakal mengharungi 26 perlawanan membabitkan penyertaan 13 lagi pasukan dalam liga elit peringkat negeri di Australia bermula Mac hingga Ogos depan. Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Liga Queensland di anggap destinasi terbaik bagi program persiapan Harimau Muda A mengharungi cabaran di Sukan Asia Incheon September ini. "Bukan mudah untuk pasukan ini menyertai liga di luar negara dan ini kali pertama selepas Liga Singapura, Harimau Muda A berpeluang mendapat pendedahan beraksi dalam liga di luar negara. HAMIDIN (duduk kanan) bersama Kim Swee (berdiri kanan) selepas menandatangani MoU di Australia.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15 |
Cinta sesungguhnya buat isteri Posted: 14 Jan 2014 09:50 AM PST Lagu Jodoh Pasti Bertemu hasil nukilan Bemby Noor yang dipopularkan penyanyi Indonesia, Afgan Syahrez adalah lagu dengan melodi begitu indah serta lirik yang ringkas, namun bisa menyentuh perasaan. Kemunculan single terbaru Afgan ini terus mempopularkan namanya di persada seni tempatan sesudah melakar kejayaan demi kejayaan di Indonesia. Namun, tahukah anda lagu itu sebelum dimiliki Afgan sepatutnya diberikan kepada penyanyi tempatan, Sabhi Saddi, 30, yang sebelum ini terkenal dengan Nadiku. Bagaimanapun, kerana lebih tertarik dengan lagu Cinta Sesungguhnya yang lebih memberi makna peribadi dalam hidupnya, Sadhi menolak tawaran Bemby Noor yang mencadangkan Jodoh Pasti Bertemu sebagai single terbarunya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |