Nigeria to hold presidential vote on February 14, 2015 |
- Nigeria to hold presidential vote on February 14, 2015
- Pengetua, guru besar perlu cekap pimpin sekolah
- Transformasi Kuching akan pelihara nilai warisan
- Keluarga cemas detik tanah runtuh
- Pupuk kefahaman pelihara alam
- Mangsa cedera parah dalam kemalangan meninggal dunia
Nigeria to hold presidential vote on February 14, 2015 Posted: 24 Jan 2014 05:17 PM PST ABUJA: Nigeria is to hold its next presidential election on February 14, 2015, the electoral agency said on Friday, with incumbent head of state Goodluck Jonathan expected to seek a second term. "The commission has scheduled the presidential and National Assembly elections for 14th February 2015," the Independent National Electoral Commission (INEC) said in a statement. The commission said governorship and elections for state assemblies would be held on February 28 next year. It also fixed June 21 and August 9 this year for the gubernatorial polls in Ekiti and Osun, two states in the country's southwest where fresh elections are due at the expiration of the tenure of the incumbents. Jonathan has held office since May 2010, after being elevated from vice-president to take over on the death of his predecessor, Alhaji Umaru Yar'Adua. He was elected to a four-year mandate in 2011. Although he has not publicly declared his ambition to continue, he is widely expected to seek another term in the poll to be held on Valentine's Day next year. Nigeria is the most populous nation in Africa and its largest oil producer. It holds significant regional influence. The country, however, also has a long history of electoral malpractices and violence, and is experiencing tensions in its north, where it has been working to crush an insurgency by the Islamist group Boko Haram. More than 800 people were said to have been killed in riots in some parts of the north after the last elections in 2011. The ruling People's Democratic Party (PDP) to which Jonathan belongs has won every presidential vote since Nigeria returned to civil rule in 1999. But it is split by the current president's election ambitions. Last week, the party's chairman, a Jonathan ally, was forced to resign following infighting among the key members. In November last year, five influential state governors defected to the main opposition All Progressives Congress while 37 members of the lower chamber of parliament crossed the floor a month later. The lawmakers' actions lost the PDP its parliamentary majority, raising the prospect that it could lose power. At the heart of the dispute is the perception that Jonathan will ignore an unwritten party rule to rotate the presidency between a candidate from the Christian majority south and mainly Muslim north. Jonathan is also under fire for having failed to address major concerns about corruption, inadequate development and poor infrastructure, and to end the bloody Islamist insurgency in northern Nigeria. The electoral body has promised to ensure that the 2015 vote is free, fair and credible.- AFP |
Pengetua, guru besar perlu cekap pimpin sekolah Posted: 24 Jan 2014 05:15 PM PST by Siti Aisyah Ramli. Posted on January 25, 2014, Saturday KUCHING: Kriteria pemilihan pengetua serta guru besar tidak lagi bergantung kepada tempoh perkhidmatan, sebaliknya kini berdasarkan kecekapan kepimpinan guru itu sendiri. Pengarah Pendidikan Negeri Datu Abdillah Adam berkata, guru-guru dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) yang ditawarkan di Institut Aminuddin Baki (IAB). "Guru yang bercita-cita untuk menerajui sesebuah sekolah sebagai pengetua mahupun guru besar harus bersedia serta memiliki kecekapan dari segi kepimpinan sebelum benar-benar layak untuk dilantik. "Kini, mereka (guru) boleh mendapatkan NPQEL yang ada ditawarkan di IAB sebelum boleh dilantik sebagai pengetua ataupun guru besar," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Program Transformasi Daerah (PTD) Kuching 2014 di sini, semalam. Abdillah berkata, pemimpin sekolah juga perlu mempunyai keazaman sebagai pemimpin instrusional yang cemerlang, selain menjalankan tanggungjawab sebagai ejen perubahan. Pada masa sama, katanya, mereka juga harus melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan terutama dalam aspek membimbing dan menjadi mentor yang baik. "Seorang pemimpin yang cemerlang akan memberikan fokus terutama dalam usaha membangunkan barisan pendidik untuk menjadi pengamal pendidikan yang reflektif. "Sehubungan itu, guru akan sentiasa mempunyai keinginan untuk menambah baik kualiti sistem pengajaran serta pembelajaran mereka," katanya. Terdahulu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Sulhi Lamat dalam ucapannya berkata, buku PTD yang baharu diperkenalkan akan menjadi penyokong kepada peranan guru dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara. "Buku PTD ini disifatkan sebagai panduan kepada pendidik serta pengamal pendidikan untuk menambah baik sistem pendidikan sedia ada selain memastikan Fasa Gelombang Satu dilaksanakan dengan kemas dan kukuh. "Selain itu, ia juga sebagai langkah bijak dalam memperkukuh serta memantapkan kualiti kepimpinan pegawai-pegawai di PPD," katanya. Buku PTD merupakan terbitan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang bertujuan memberi panduan kepada pengamal pendidikan dalam mendukung usaha proaktif menuju ke arah transformasi Daerah Kuching. Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Abang Mat Ali Abang Masagus, pengetua-pengetua, guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di sekitar Kuching. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Transformasi Kuching akan pelihara nilai warisan Posted: 24 Jan 2014 05:14 PM PST by Mahathir Haroun. Posted on January 25, 2014, Saturday KUCHING: Rancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Kuching sebagai tapak warisan akan meliputi transformasi Jalan Gambier yang merupakan laluan utama masyarakat di bandar raya ini. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagaimanapun berkata, transformasi itu tidak akan menghakis nilai warisan yang terdapat di kawasan tersebut. Menurutnya, Jalan Gambier merupakan antara lokasi menarik yang dipelihara sebagai tapak warisan. "Biarpun kita merancang untuk mewujudkan prasarana moden untuk bandar raya ini, keutamaan juga diberikan kepada usaha menjadikan Kuching sebagai tapak warisan. "Jadi, saya rasa Jalan Gambier perlu terus dipelihara kerana mempunyai banyak nilai sejarah," katanya ketika merasmikan Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2014 di Esplanade Kuching di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai transformasi Jalan Gambier, Taib berkata, pada masa akan datang beberapa kedai fesyen bermutu tinggi bakal diwujudkan untuk memperkasa industri pelancongan. "Dulu Jalan Gambier hanya dianggap sebagai pasar basah yang menjual ikan dan sayur, namun pada masa akan datang kita mahu ia (Jalan Gambier) menjadi tempat menarik untuk beriadah dan membeli-belah," ujarnya. Menurutnya lagi, pembangunan yang dirancang di bandar raya ini pada masa depan tidak akan mengetepikan nilai warisan yang menjadi tarikan utama pelancong. Tambahnya, keutamaan juga harus diberikan kepada aspek keseimbangan antara keperluan ekonomi dan sosial masyarakat. "Tapak warisan merupakan cara untuk kita mengingati mengenai sesuatu yang menarik di bandar raya ini yang bukan sahaja bangunan, pokok, jalan atau fasiliti moden lain. "Pada masa sama, ia merupakan langkah untuk kita memberi keutamaan kepada usaha menyeimbangkan keperluan ekonomi dan sosial masyarakat di bandar raya ini," jelasnya. Beliau berkata, nilai warisan lain seperti Sungai Sarawak dan perahu tambang perlu terus dipelihara. "Ini kerana Sungai Sarawak dan perahu tambang merupakan identiti bandar raya ini," kata Taib. Hadir sama isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Keluarga cemas detik tanah runtuh Posted: 24 Jan 2014 05:08 PM PST by Mastura Ismail. Posted on January 25, 2014, Saturday LIMBANG: Sebuah keluarga dari Kampung Menuang di sini tidak dapat melupakan detik cemas apabila berdepan dengan kejadian tanah runtuh yang merosakkan bahagian dapur rumah mereka, malam Rabu lalu. Mangsa, Chandu Tadong, 56, berkata, kejadian berlaku jam 9 malam menyebabkan mereka sekeluarga panik dan bergegas memindahkan barangan berharga ke tempat yang selamat. Chandu berkata, ketika kejadian beliau sedang mencuci pinggan, sebelum mendengar bunyi kuat di kawasan dapurnya. "Saya tidak sangka bunyi pokok pinang yang jatuh menimpa pagar rumah saya, rupanya petanda berlakunya tanah runtuh apabila pokok buah-buahan lain turut runtuh sehingga merosakkan bahagian dapur rumah," katanya di sini semalam. Beliau turut bersedih kerana baharu membaik pulih bahagian dapur rumahnya tiga tahun lalu. "Walaupun masih sedih, saya syukur kerana tiada kecederaan dan 15 ahli keluarga termasuk menantu dan cucu-cucu saya berada di rumah semuanya selamat," katanya. Menurut Chandu, ini merupakan kejadian pertama membabitkan tanah runtuh yang berlaku sejak mendiami kawasan tersebut hampir 20 tahun. "Kami masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang hujan berterusan menyebabkan kawasan di bahagian hadapan turut runtuh," ujarnya. Jelasnya, sebagai langkah berjaga-jaga mereka sekeluarga membuat persiapan dengan mengemas barang-barang dan sedia untuk berpindah jika keadaan rumah sudah tidak selamat. "Saya berharap pihak berwajib dapat turun padang bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang," katanya. Chandu berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang turut bergegas ke lokasi semasa kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat. Selain kawasan Menuang, keadaan hujan lebat melanda daerah ini turut menyebabkan berlakunya insiden tanah runtuh di kawasan pagar SMK Agama Limbang dan belakang kuarters guru SMK Kubong Limbang. Ketua Bomba Zon Limbang, Annuar Shadzat Merdzuki ketika dihubungi semalam memberitahu pihaknya menerima empat panggilan membabitkan insiden tanah runtuh. "Dua panggilan melibatkan kejadian tanah runtuh yang agak serius melibatkan tanah runtuh di Menuang dan rumah roboh di Kampung Limpaku Pinang. "Manakala dua panggilan lagi hanya membabitkan tanah runtuh biasa yang tidak melibatkan kediaman termasuk kawasan pagar SMK Agama Limbang dan belakang kuarters guru SMK Kubong Limbang," katanya. Annuar turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati terutama ketika hujan lebat yang berlaku sekarang. "Penduduk perlu berhati-hati dan sentiasa mengenal pasti keadaan rumah termasuk rumah retak dan berlakunya pergerakan tanah di kawasan mereka, khususnya di kawasan rumah panjang yang terletak di kawasan bukit," tegasnya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Posted: 24 Jan 2014 04:58 PM PST by Abang Ismail Abang Su'ud. Posted on January 25, 2014, Saturday BINTULU: Penglibatan masyarakat tempatan secara sukarela bagi menangani isu-isu semasa berkaitan hidupan liar dan pemuliharaan amat penting untuk memupuk kefahaman dan penghargaan lebih meluas terhadap alam semula jadi. Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, melalui penglibatan masyarakat umum mampu menaikkan semangat kekitaan dalam usaha pemuliharaan yang diberi nafas baharu. Justeru, beliau menyifatkan pelantikan Renjer Hidupan Liar Kehormat bukan sahaja memudahkan penganjuran beberapa program pendidikan pemuliharaan dan alam sekitar dengan sekolah-sekolah dan masyarakat, bahkan dapat memberi maklumat atau melaporkan kejadian bersabit aktiviti salah dari segi Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, Ordinan Hutan dan sebagainya. "Kesedaran dan penghayatan masyarakat mengenai sebab dan akibat atas aktiviti-aktiviti mereka sendiri penting sebagai ejen perubahan," katanya dalam teks ucapan dibacakan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak merangkap Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Sapuan Ahmad pada Majlis Pelantikan Renjer Hidupan Liar Kehormat Sungai Asap di sini, kelmarin. Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation, Datu Ali Yusop berkata pihaknya berharap lebih ramai sukarelawan menyertai program seumpamanya memandangkan mereka adalah benteng hadapan dalam membantu menjaga alam sekitar sekali gus menjadi 'mata dan telinga' kerajaan. Katanya, objektif utama konsep baharu adalah memupuk semangat mementingkan konservasi dalam amalan kehidupan seharian masyarakat di Sarawak. "Konsep baharu itu berasaskan prinsip 3H membawa erti 'Head, Heart dan Hand' bermaksud memahami maksud pengekalan, pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar," tambahnya. Terdahulu, lima orang Renjer Hidupan Liar Kehormat atas usaha mereka dalam membantu Kerajaan Sarawak melestarikan khazanah alam menerima Anugerah Khas Renjer Hidupan Liar Kehormat kategori kumpulan contoh, manakala 30 Renjer Hidupan Liar Kehormat Sungai Asap menerima sijil pelantikan. Lima penerima anugerah itu ialah Abang Zanudine Awang Jopni (Wilayah Kuching Selatan 2011-2014), Mohamad Kusaini Goli (Wilayah Kuching Utara 2009-2012), Lipik Sarau (Bau), Putit Tahii (Kuching Utara) dan Musa Musbah (Miri). To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Mangsa cedera parah dalam kemalangan meninggal dunia Posted: 24 Jan 2014 04:58 PM PST KUCHING: Usaha pihak hospital untuk menyelamatkan seorang gadis yang parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya lewat malam Selasa lepas menemui jalan buntu apabila gadis tersebut meninggal dunia kelmarin. Mangsa ialah Chai Oi Lian berusia 17 tahun dan berasal dari Batu 1, Jalan Matang. Menurut sumber mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi kelmarin akibat kecederaan parah yang dialaminya terutama di bahagian kepala serta beberapa anggota badan. Pada Isnin lepas, motosikal yang ditunggangi oleh mangsa bersama bapanya telah dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva dari arah belakang ketika menunggu untuk memasuki satu persimpangan berdekatan Taman Malihah. Ekoran pelanggaran tersebut, bapa mangsa iaitu Chai Ah Onn disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikatakan dirempuh dua buah kereta yang datang dari arah bertentangan, manakala mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Mangsa yang tercedera itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia kelmarin. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Pauzi Bujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan turut memberitahu pemandu kereta Perodua Viva yang dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian juga telah ditahan untuk siasatan lanjut. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |