Uruguay singkir Azzuri |
- Uruguay singkir Azzuri
- Enam lokasi tidak sihat
- Gaji bersih Lola RM1,549.38
- Oranje ungguli Kumpulan B
Posted: 24 Jun 2014 12:30 PM PDT Natal (Brazil): Uruguay mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 selepas menundukkan Itali 1-0 dalam perlawanan penuh kontroversi di Estadio das Dunas, awal pagi ini. Italy tersingkir dari kejohanan ini buat kali kedua selepas gagal keluar dari saingan kumpulan pada edisi lalu. Kapten Uruguay, Diego Godin muncul wira apabila menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon pada minit ke-81 hasil sepakan sudut Gaston Ramirez. Beberapa minit sebelum itu Giorgio Chiellini mendakwa penyerang sensasi Uruguay menggigitnya di bahu namun pengadil tidak mengambil sebarang tindakan meskipun ulang tayang menunjukkan mungkin Suarez ada melakukannya.
Uruguay mara selaku naib johan Kumpulan D dan Costa Rica johan selepas seri 1-1 menentang England dalam satu lagi perlawanan di Belo Horizonte. ITALI: Gianluigi Buffon; Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Matteo Darmian, Mattia De Sciglio; Marco Verratti (Thiago Motta, 75'), Andrea Pirlo, Claudio Marchisio; Ciro Immobile (Antonio Cassano, 71'), Mario Balotelli (Marco Parolo, 46'). URUGUAY: Fernando Muslera; Martin Caceres, Jose Gimenez, Diego Godin; Alvaro Pereira (Christian Stuani, 63'), Alvaro Gonzalez, Egidio Arevalo, Cristian Rodriguez (Gaston Ramirez, 78'), Nicolas Lodeiro (Maximiliano Pereira, 46'); Luis Suarez, Edinson Cavani. PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25 |
Posted: 24 Jun 2014 02:19 AM PDT Kuala Lumpur: Jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bertambah petang ini berbanding pagi tadi, menurut laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS). Setakat jam 3 petang tadi, tiga lagi lokasi iaitu Pelabuhan Klang, Batu Muda dan Cheras (Kuala Lumpur) masing-masing mencatatkan bacaan IPU 104, 116 dan 102. Jumlah itu menjadikan enam lokasi di seluruh negara merekodkan tahap IPU tidak sihat dengan tiga lagi lokasi terdahulu iaitu Nilai (107), Banting (125) dan Putrajaya (110). Menurut laman web rasmi JAS, enam lokasi itu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat berdasarkan laporan semasa pada jam 3 petang berkenaan.
Difahamkan, keadaan jerebu yang melanda di beberapa tempat seluruh negara adalah kesan kejadian kebakaran yang berlaku di negara jiran. IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, pembakaran di Sumatera Tengah menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung. Katanya, pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24 |
Posted: 24 Jun 2014 01:57 AM PDT Kuala Lumpur: Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya. Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja. "Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya. "Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
|
Posted: 23 Jun 2014 03:42 PM PDT Sao Paulo (Brazil): Belanda muncul juara Kumpulan B Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Chile 2-0 di Arena de Sao Paulo, awal pagi ini. Pemain gantian Leroy Fer menjaringkan gol pendahuluan menerusi sentuhan pertamanya apabila menanduk kencang hantaran Daryl Janmaat pada minit ke-77. Tersentak dengan jaringan itu, Chile berusaha untuk mencari gol penyamaan namun Belanda pula yang menjaringkan gol kedua juga menerusi pemain gantian iaitu Memphis Depay yang menyudahkan hantaran Arjen Robben pada minit ke-92. Bermain tanpa ayam tambatan, Arturo Vidal, Chile nyata kurang menyengat berbanding ketika menewaskan Australia dan Sepanyol tempoh hari.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Sepanyol mengakhiri kempen Piala Dunia dengan kemenangan mudah 3-0 ke atas Australia menerusi jaringan David Villa, Fernando Torres dan Juan Mata untuk menduduki tangga ketiga kumpulan. BELANDA: Jasper Cillessen; Daryl Janmaat, Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind; Georginio Wijnaldum, Nigel De Jong, Wesley Sneijder (Leroy Fer, 75'); Dirk Kuyt (Terence Kongolo, 89'), Arjen Robben, Jeremain Lens (Memphis Depay, 69'). CHILE: Claudio Bravo; Gary Medel, Gonzalo Jara, Mauricio Isla, Eugenio Mena; Francisco Silva (Jorge Valdivia, 70'), Charles Aranguiz, Marcelo Diaz, Felipe Gutierrez (Jean Beausejour, 46'); Alexis Sanchez, Eduardo Vargas (Mauricio Pinilla, 81'). PENGADIL: Bakary Papa Gassama (Gambia) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |