Shaqiri wira Swiss

Shaqiri wira Swiss


Shaqiri wira Swiss

Posted: 25 Jun 2014 04:03 PM PDT

Manaus (Brazil): Jaringan hatrik Xherdan Shaqiri membawa Switzerland ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 untuk bertemu Argentina selepas membenam Honduras 3-0 dalam saingan Kumpulan E di Arena Amazonia, awal pagi ini.

Shaqiri menjaringkan gol pertama seawal minit ke-6 menerusi rembatan luar kotak penalti yang menerjah gawang melepasi penjaga gol Honduras, Noel Valladares.

Kombinasi pemain Bayern Munich itu bersama penyerang Josip Drmic menghasilkan beberapa percubaan berbahaya pada awal babak pertama sementara Honduras masih mencari rentak permainan.

Shaqiri sekali lagi cemerlang apabila menyudahkan peluang hasil hantaran cantik Drmic pada minit ke-31 untuk meletakkan Swiss selesa di hadapan dengan dua gol.

Foto


Swiss mendominasi permainan pada babak pertama dan menggandakan asakan ke kubu Honduras mencari gol tambahan untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan seterusnya.


Honduras hampir menyamakan kedudukan pada awal babak kedua apabila percubaan Jerry Bengston yang hampir melepasi garisan gol dihadang pertahanan Ricardo Rodriguez.

Bagaimanapun, Shaqiri mengecewakan penyokong Honduras apabila menyempurnakan hatrik kedua kejohanan sekali lagi hasil hantaran lintang Drmic pada minit ke-71.

Swiss selaku naib juara Kumpulan E mengiringi Perancis ke pusingan kedua dan akan bertemu Argentina di Sao Paulo, 2 Julai ini.

HONDURAS: Noel Valladares; Brayan Beckeles, Victor Bernardez, Maynor Figueroa, Juan Carlos Garcia; Boniek Garcia (Andy Najar, 77'), Jorge Claros, Wilson Palacios, Roger Espinoza (Marvin Chavez, 46'); Jerry Bengtson, Carlo Costly (Jerry Palacios, 40').

SWITZERLAND: Diego Benaglio; Stephan Lichtsteiner, Fabian Schar, Johan Djourou, Ricardo Rodriguez; Valon Behrami, Gokhan Inler, Xherdan Shaqiri (Blerim Dzemaili, 87'), Granit Xhaka (Michael Lang, 77'); Admir Mehmedi, Josip Drmic (Haris Seferovic, 73').

PENGADIL: Nestor Pitana (ARG)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Percaturan Deschamps menjadi

Posted: 25 Jun 2014 03:50 PM PDT

Rio de Janeiro: Perancis gagal mencuri tiga mata apabila hanya sekadar seri 0-0 dengan Ecuador - beraksi sepuluh pemain - pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E, di Stadium Maracana, awal pagi ini.

Keputusan berkenaan meletakkan Perancis di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan dan akan bertemu naib juara Kumpulan F, Nigeria, 12 tengah malam, 1 Julai.

Bagaimanapun, jika mengikut kesebelasan utama Perancis, skuad Les Bleus memang turun untuk mempertahankan kedudukan berikutan enam pemain utamanya tidak diturunkan.

Malah, keputusan berkenaan dikatakan memang dicari jurulatih Perancis, Didier Deschamps, yang melakukan perubahan besar dalam pasukannya hanya untuk memastikan skuadnya tidak tumpas.

Foto


Deschamps meletakkan Laurent Koscielny bagi menggantikan Rapahel Varane di bahagian tengah manakala Bacary Sagna masuk menggantikan Mathieu Debuchy di posisi bek kanan selain Lucas Digne ambil tempat Patrice Evra.


Di tengah, jurulatih itu meletakkan Mathieu Schneiderlin bagi menggantikan Yohan Cabaye selain kehadiran semula Paul Pogba dengan Antoine Griezmann diletakkan di depan manakala Mathieu Valbuena dan Olivier Giroud dibangku pemain simpanan.

Tapi biarpun Deschamps membuat perubahan memperkukuhkan benteng, Perancis jelas gagal untuk mencari sebarang gol selepas ketua pasukan Ecuador, Antonio Valencia dibuang padang pada minit ke-50.

Sementara itu, Ecuador hanya membuat satu perubahan iaitu menggantikan Michael Arroyo dengan penyerang Felipe Caicedo.

ECUADOR: Alexander Dominguez; Jorge Guagua, Frickson Erazo; Juan Paredes, Cristhian Noboa, Walter Ayovi, Oswaldo Minda, Antonio Valencia, Michael Arroyo, Jefferson Montero; Enner Valencia

PERANCIS: Hugo Lloris; Bacary Sagna, Mamadou Sakho, Laurent Koscielny, Lucas Digne; Paul Pogba, Morgan Schneiderlin, Blaise Matuidi; Antoine Griezmann, Karim Benzema, Moussa Sissoko.

PENGADIL: Desire Noumandiez Doue (Ivory Coast)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Messi memukau

Posted: 25 Jun 2014 02:35 PM PDT

Porto Alegre (Brazil) : Dua jaringan bintang sensasi Lionel Messi membantu Argentina melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 selaku johan Kumpulan F selepas menumpaskan Nigeria 3-2 dalam perlawanan penuh aksi di Estadio Beira-Rio, awal pagi ini.

Meskipun tewas, Nigeria turut mara selaku naib johan kumpulan selepas Iran tumbang 1-3 kepada Bosnia-Herzegovina dalam satu lagi perlawanan di Salvador.

Nigeria memulakan perlawanan selaku satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan berdepan dengan ancaman jentera serangan Argentina yang diketuai Messi, Sergio Aguero dan Gonzalo Higuain.

Messi memulakan pesta jaringan dengan gol pertama seawal minit ke-3 dengan merembat masuk bola muntah selepas percubaan Angel Di Maria diselamatkan penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama.

Foto


Seminit selepas itu, Nigeria melakukan serangan balas dan menyamakan kedudukan menerusi penyudah cantik Ahmed Musa yang menewaskan Sergio Romero.


Argentina kembali di hadapan lewat masa pertama apabila sepakan percuma Messi menerjah gawang.

Masuk babak kedua, Musa sekali lagi menghukum kelalaian pertahanan Argentina apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Belum puas penyokong Nigeria meraikan jaringan itu, Marcos Rojo pula menewaskan Enyeama dari jarak dekat untuk meletakkan Argentina kembali di hadapan pada minit ke-50.

Kedudukan akhir kumpulan F, Argentina dengan sembilan mata, Nigeria di tempat kedua dengan enam mata, manakala Bosnia-Herzegovina (tiga) dan Iran (satu) tersingkir.

NIGERIA: Vincent Enyeama; Efe Ambrose, Joseph Yobo, Juwon Oshaniwa, Kenneth Omeruo; Ogenyi Onazi, John Obi Mikel; Ahmed Musa, Michael Babatunde (Okechukwu Uchebo, 66'), Peter Odemwingie (Uche Nwofor, 80'), Emmanuel Emenike.

ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Federico Fernandez, Ezequiel Garay, Marcos Rojo; Fernando Gago, Javier Mascherano, Angel Di Maria; Gonzalo Higuain (Lucas Biglia, 90'), Lionel Messi (Ricardo Alvarez, 63'), Sergio Aguero (Ezequiel Lavezzi, 38').

PENGADIL: Nicola Rizzoli (ITA)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Rampas sijil 'panglima'

Posted: 25 Jun 2014 12:03 PM PDT

Kuala Lumpur: Sijil pelantikan 'panglima' kesultanan Sulu antara dokumen dirampas daripada enam termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal yang ditahan kerana disyaki pengganas dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, semalam.

Turut dirampas ialah kad keanggotaan kumpulan pengganas yang mereka sertai, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam, berkata, anggota polis ditahan itu dikenali sebagai Koperal Zainuddin Mislani.

Menurutnya, turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56, dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55.

Foto

ANGGOTA tentera melakukan persiapan sebelum Ops Gasak di Kunak.

Foto


"Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Abang Ngah memang hebat!

Posted: 25 Jun 2014 11:50 AM PDT

Puchong: "Saya bersyukur dan tidak sangka Abang Ngah (Muhammad Naqiuddin Rashid) begitu bertanggungjawab dan sanggup mendukung dan menyelamatkan adiknya," kata Karniyurtini Ishak, 35, ibu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan bayi empat bulan yang dilarikan penjenayah bersama keretanya pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Naqiuddin dan Muhammad Thaqiff itu dilarikan seorang penjenayah ketika ibu mereka sedang menghantar dua lagi anaknya berusia tiga dan tujuh tahun ke rumah pengasuh di Taman Puchong Perdana, di sini.

"Ketika kereta itu lesap dari pandangan, saya hanya mampu menangis dan benar-benar buntu memikirkan nasib dua anak yang berada di dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Putra Perdana di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka Naqiuddin begitu berani dan sanggup mengambil risiko walaupun perwatakannya pendiam.

Foto

KARNIYURTINI dan Rashid bersama anak mereka melihat laporan Harian Metro, semalam.


"Semua orang yang mengenali Abang Ngah (Naqiuddin) bimbang dan risau memikirkan tindakannya bersama adik yang masih kecil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26