'Pailang' bertudung

'Pailang' bertudung


'Pailang' bertudung

Posted: 01 Jun 2014 11:27 AM PDT

Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai 'gengster' dan 'kak yong' dan memanggil dirinya sebagai 'pailang' yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Xpe..

nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari," kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.

Foto

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Lemas berulang ambil nyawa

Posted: 01 Jun 2014 11:14 AM PDT

Alor Gajah: "Dia pernah hampir lemas di Pantai Kundur, Batu Pahat, Johor ketika usianya setahun, namun berjaya diselamatkan," kata Rosliza Kadir, 45, ibu kepada Mohd Firdaus Azman, 16, yang mati lemas di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, semalam.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, Mohd Firdaus lemas apabila cuba mengambil bola di dalam laut sebelum mayatnya ditemui pasukan penyelamat di dasar laut hampir empat jam kemudian.

Rosliza berkata, pada mulanya mereka sekeluarga bercadang mandi di air terjun, namun arwah beriya-iya hendak ke pantai kerana memaklumkan sudah lama tidak berkelah bersama keluarga.

"Saya minta Mohd Firdaus bersarapan bersama-sama dulu sebelum mandi dan bermain bola di tepi pantai. Bagaimanapun dia tetap mahu bermain bola dulu sebelum bersarapan.

Foto

SEORANG adik mangsa tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat abangnya. Gambar kecil, Mohd Firdaus.


"Tidak sampai beberapa minit, dia hilang di dasar laut," katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02

Azab di puncak bukit

Posted: 01 Jun 2014 11:13 AM PDT

Kuala Kubu Bharu: Seorang wanita warga emas menempuh detik getir apabila tersadai selama lebih enam jam di puncak Bukit Kutu di sini, selepas mengalami kecederaan di kaki akibat tergelincir ketika menuruni kawasan itu bersama suaminya, kelmarin.

Pasangan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan penyelamat yang mengambil tempoh masa lama untuk mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian berikutan faktor muka bumi tidak rata dan cerun tinggi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Penolong Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.

"Sepasukan 20 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Rawang dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di bukit berkenaan.

Foto

MANGSA diberi rawatan kecemasan anggota bomba.


"Sejurus tiba di lokasi, kami mendapati mangsa tidak berupaya meneruskan perjalanan kerana cedera teruk di kaki kanan akibat tergelincir ketika mendaki bersama suaminya," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02

'Korban segalanya'

Posted: 01 Jun 2014 11:11 AM PDT

Kuala Lumpur: Selepas tewas kepada Australia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kelmarin, skuad negara memulakan misi untuk memburu mata pertama apabila bertemu Belgium pada perlawanan kedua Kumpulan A, hari ini.

Meskipun masih diselubungi beberapa dugaan tidak dijangka, termasuklah pemergian bapa Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kelmarin iaitu beberapa jam sebelum perlawanan pertama bertemu Australia, ketua jurulatih skuad negara itu pantas menyembunyikan kesedihan ditanggungnya dan mahu anak buahnya kembali fokus bagi pertemuan menentang Belgium dengan beliau sendiri meletakkan sasaran meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Sekiranya sasaran itu berjaya digenggam, ia mungkin menjadi pengubat kesedihan ditanggung Dhaarma walaupun beliau tidak menyatakannya secara terbuka.

"Saya memang letakkan sasaran paling busuk pun untuk seri apabila bertemu Belgium dan England pada peringkat kumpulan dan bermain mati-matian untuk cari kemenangan bila bertemu India dan Sepanyol.

Foto

PEMAIN Australia, Kieran Govers (tengah) cuba menjaringkan gol sambil dihalang Azlan Misron (dua dari kanan).


"Perlawanan ini memang sukar, tapi Belgium tidak sesukar Australia, Jerman atau Belanda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02

Dua tahun menyulam kasih

Posted: 01 Jun 2014 11:10 AM PDT

Sikap ambil berat Muhammad Fikri Abdullah, 24, terhadapnya membuatkan pelakon Faralyna Idris, 23, tidak bertangguh menerima lamaran daripada lelaki itu pada Februari lalu.

Faralyna atau mesra dengan panggilan Faa sebelum itu putus cinta dengan pelakon Hairul Azreen selepas empat tahun mereka menyulam kasih. Dia juga tidak mahu sejarah lama berulang kembali.

Justeru, tatkala melihat kesungguhan Fikri mahu memperisterikannya, Faa terus sudi menjadi suri hatinya dan perkara itu dimeterikan dengan ikatan pertunangan yang diadakan di kediaman ibu saudara Faa di Ampang, Selangor, malam kelmarin.

Disaksikan keluarga dan saudara mara kedua-dua belah pihak, Faa menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan ibu saudara Fikri, Raudah Taib menggantikan ibu Fikri, Hafiza Taib yang meninggal dunia awal tahun ini.


Faa turut menerima barangan hantaran seperti tepak sirih, kain, kek, fondan dan cincin yang dibalas tujuh untuk sebelah lelaki iaitu tepak sirih, kek, manisan, jeli, kain, karamel dan pulut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02