Ibu dakwa tak tahu prosedur |
- Ibu dakwa tak tahu prosedur
- Tiga agenda penting tingkat kebajikan pekerja
- Malaysia ungguli semua kategori
- Bas guna gerabak mulai Disember
- Wajibkan potongan gaji secara bulanan
- Sultan Ibrahim lancar KMJ 2014
Posted: 21 Jun 2014 01:06 PM PDT Seremban: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup. "Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya. "Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu," katanya yang berasal dari Tawau, Sabah. Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam. Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa. |
Tiga agenda penting tingkat kebajikan pekerja Posted: 21 Jun 2014 12:54 PM PDT Ayer Keroh: Datuk Seri Najib Razak semalam, menetapkan tiga agenda penting bagi memastikan kebajikan golongan pekerja di negara ini terus mendapat pembelaan. Agenda itu, memantapkan pasaran buruh negara, memperkemas jaringan keselamatan sosial dan mengharmonikan perhubungan perusahaan. Perdana Menteri berkata, menerusi agenda memantapkan pasaran buruh negara, kerajaan memberi tumpuan kepada aspek berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja, termasuk menetapkan dasar gaji minimum berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. "Menerusi tinjauan dilakukan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, gaji purata sektor swasta naik sebanyak 6.6 peratus pada tahun lalu, berbanding enam peratus pada tahun sebelumnya. "Secara purata, pekerja kumpulan eksekutif mencatat peratusan gaji 6.3 peratus, kekal seperti pada tahun 2012, manakala pekerja bukan eksekutif mencatat kenaikan 6.7 peratus pada tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya iaitu 5.8 peratus, sejajar dengan keputusan kerajaan memperkenalkan dasar gaji minimum," katanya. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Malaysia ungguli semua kategori Posted: 21 Jun 2014 12:53 PM PDT Kuala Lumpur: Malaysia mengungguli semua kategori dipertandingkan pada Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 yang berakhir semalam, apabila keempat- empat peserta muncul Johan. Ahmad Tirmizi Ali diumum juara bagi kategori Qari ; Hanimzah Jalaluddin (Qariah); Mohd Ersyad Abdullah (Hafiz) dan Noorhafizah Mohd Shafie (Hafizah). Ahmad Tirmizi mengumpul 93.3 peratus markah keseluruhan mengatasi Mehmet Bilir dari Turki (89.21 peratus) dan Ihsan Nuzula Zamri dari Indonesia (88.21 peratus). Mohd Ersyad pula memperoleh markah sebanyak 95.75 peratus untuk muncul johan kategori Hafiz, naib johan peserta dari Arab Saudi, Abdullah Mohammed Al Khayri (94 peratus) dan Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah dari Qatar (92 peratus) tempat ketiga. Bagi kategori Hafizah, peserta tuan rumah Noorhafizah mencatat 95 peratus menewaskan peserta Tunisia, Soumaya Cheikh Ali (85.75 peratus), manakala Ndombor Sene dari Senegal di tempat ketiga dengan 78.50 peratus. Selaku johan Ahmad Tirmizi dan Hanimzah, masing-masing membawa pulang hadiah jongkong emas bernilai RM70,000; wang tunai RM40,000; piala iringan dan sijil penghargaan. Mohd Ersyad dan Noorhafizah pula masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000; piala iringan dan sijil penghargaan. Penyampaian hadiah kepada pemenang dikurniakan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Semua hadiah bagi kategori wanita disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Yang hadir sama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. |
Bas guna gerabak mulai Disember Posted: 21 Jun 2014 12:50 PM PDT Batu Pahat: Projek Bas Rapid Transit (BRT) iaitu bas yang mengguna gerabak serta laluan rel khas menghubungkan Kuala Lumpur-Klang akan mula dibina pada hujung tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi,berkata projek bernilai RM1.6 bilion itu dijangka siap pembinaannya dan beroperasi pada tahun 2016. Tambah kecekapan "Projek BRT akan dimulakan pada hujung tahun ini dan dibina di tengah Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur-Klang dengan jarak kira-kira 45 kilometer (km). "BRT akan menggunakan laluan rel khas serta bas gerabak berkembar yang mampu memuatkan sehingga lebih 100 pengguna pada satu-satu masa. "Apabila projek BRT ini beroperasi, kita jangka dapat mengatasi masalah kesesakan di Lembah Klang dan rungutan orang ramai terhadap mutu sistem pengangkutan awam di kawasan berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi 1Malaysia Batu Pahat di sini, semalam. Pembangunan projek BRT disenaraikan dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Wajibkan potongan gaji secara bulanan Posted: 21 Jun 2014 12:48 PM PDT Kuala Lumpur: Majikan disaran mewajibkan prosedur pemotongan gaji secara bulanan terhadap semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyelesaikan masalah peminjam yang cuba mengelak daripada membayar semula. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan mencadangkan PTPTN bekerjasama dengan majikan supaya tiada peminjam yang terkecuali. Mampu bayar balik "Kami percaya ramai peminjam sudah mendapat pekerjaan tetap dan mampu membayar pinjaman terbabit secara ansuran dengan bayaran paling minimum. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Sultan Ibrahim lancar KMJ 2014 Posted: 21 Jun 2014 12:47 PM PDT Johor Bahru: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 membuka tirainya semalam, selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melancarkan program selama empat hari bagi menjelajah semua 10 daerah di negeri ini. Bertemakan 'Gaya Hidup Sihat', KMJ edisi ke-17 itu diketuai oleh Sultan Ibrahim yang memandu sendiri bas mewah 'Prevost Marathon Coach' dengan jarak keseluruhan sejauh 858 kilometer (km) dan disertai peserta konvoi kerabat diraja, selain peserta jemputan. Katanya, selain itu kehadiran program KMJ secara langsung mampu memperkukuhkan lagi institusi Raja Berperlembagaan yang wajib dilindungi dan dipelihara, terutama Johor yang menjadi negeri pelopor memperkenalkan sistem Raja berperlembagaan di negara ini. "Johor bertuah kerana mempunyai Sultan yang begitu prihatin terhadap keadaan rakyat. Bukan itu sahaja, rakyat juga berbesar hati kerana Tuanku bersama delegasi istana dapat melihat sendiri kepesatan pembangunan, yang sedang berlaku di seluruh pelusuk negeri jajahan takluk Tuanku. Sentiasa dinantikan "Sudah semestinya penganjuran KMJ ini sentiasa dinantikan rakyat. Setiap kali penganjurannya, rakyat tidak kira bangsa mahupun fahaman agama tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama hadir di setiap lokasi pilihannya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran KMJ 2014 di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim; Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz dan EXCO kerajaan negeri Johor. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |