MB MASIH ADA KUASA EKSEKUTIF |
- MB MASIH ADA KUASA EKSEKUTIF
- Makmal khas STEM pertama
- Stok minyak masak, tepung ditambah
- MH370: Badan bebas sahkan lokasi carian tepat
- 24 rakyat Malaysia di Libya selamat
- Tak tolak pilihan raya lebih awal
Posted: 06 Jun 2014 02:44 PM PDT Rang Undang-undang Baharu Johor: Nafi dakwaan beri kuasa kepada Sultan terbabit secara langsung dalam pentadbiran negeri Johor Bahru: Pembabitan Sultan Johor dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, enakmen baharu yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini, tidak menjadi isu kerana Menteri Besar masih memegang kuasa eksekutif dalam pentadbirannya. "Saya ingin jelaskan Menteri Besar adalah pengerusi secara automatik dan tiada siapa yang melantiknya. Jadi kuasa eksekutif itu yang pegang adalah saya. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 06 Jun 2014 02:38 PM PDT Penubuhan di MRSM FELDA Trolak tingkat minat pelajar terhadap sains Tanjung Malim: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan inisiatif baharu bagi meningkatkan kesedaran dan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menubuhkan makmal khas STEM yang pertama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA Trolak, dekat sini. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Stok minyak masak, tepung ditambah Posted: 06 Jun 2014 02:35 PM PDT Alor Setar: Bekalan minyak masak dan tepung akan ditambah sebanyak 10 peratus bagi memastikan stok barangan keperluan itu sentiasa mencukupi pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti. Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga sudah mengarahkan pihak pembekal dan pengilang terbabit supaya memperbanyakkan pengeluaran minyak masak dalam bungkusan satu kilogram (kg) kerana ia mendapat permintaan tinggi daripada kalangan pengguna, peniaga dan peruncit. Katanya, rungutan itu timbul bukan kerana stok bahan asas itu tidak mencukupi tetapi atas faktor lain berkaitan permintaan yang tinggi dan perselisihan waktu cuti sehingga menyebabkan bekalan lambat sampai ke sesetengah kawasan. Permintaan tinggi "Kita akan ada perbincangan dengan pemborong atau pembekal mengenai penambahan stok bekalan minyak masak dan tepung ini kerana permintaannya terutama pada Ramadan ini amat tinggi. "Pada bulan ini ramai yang mahu mencari pendapatan tambahan di samping peniaga sedia ada, jadi kita dapati ada keperluan untuk menambah stok minyak masak dan tepung ini untuk memastikan bekalannya sentiasa cukup," katanya pada sidang media selepas melancarkan kejohanan bola sepak sembilan sebelah anjuran Pemuda UMNO Alor Setar di Maktab Mahmud di sini, semalam. |
MH370: Badan bebas sahkan lokasi carian tepat Posted: 06 Jun 2014 02:28 PM PDT Kuala Lumpur: Penganalisis bebas mengesahkan pasukan mencari pesawat MH370 melakukan carian yang betul di selatan Lautan Hindi, selepas seminggu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mendedahkan isyarat 'ping' yang dikesan lebih 2,000 kilometer (km) dari pantai Perth bukan milik pesawat itu. Portal berita Mail Online yang berpangkalan di United Kingdom, semalam melaporkan satu zon pencarian baharu di dalam air sehingga 60,000 km kini ditentukan selepas saintis mengkaji semula data asal dan membuat kesimpulan carian masih harus mengikut arka asal yang ditakrifkan oleh syarikat satelit UK, Inmarsat. Lengkok carian ditakrifkan oleh 'handshakes' terakhir atau isyarat berbalas terakhir antara Boeing 777 dan satelit iaitu transmisi elektronik daripada kapal terbang apabila MH370 hilang pada 8 Mac lalu ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan 239 penumpang dan kru. Apabila MH370 mencapai arka ketujuh, pesawat berkenaan dianggap sudah kehabisan bahan api dan menurun ke arah laut. Sebelum ini, ATSB menerusi Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengeluarkan kenyataan bahawa kawasan yang dikenal pasti sebagai isyarat 'ping' dikeluarkan bukan lokasi terakhir MH370. Isyarat 'ping' itu dikesan di selatan Lautan Hindi pada awal April lalu. Selepas petunjuk berkenaan dikesan, kawasan carian sudah diperhalusi sehingga zon tunggal kira-kira 75,423 km persegi, 2,261 km barat laut Perth, barat Australia. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, yakin mengenai kawasan yang diperhalusi sebagai 'kunci' kepada lokasi pesawat berkenaan. Beliau berkata dalam satu ucapan di Shanghai pada bulan April lalu bahawa kedudukan kotak hitam sudah dikecilkan dalam beberapa km. |
24 rakyat Malaysia di Libya selamat Posted: 06 Jun 2014 02:25 PM PDT Kuala Lumpur: Seramai 24 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tripoli, Libya, dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini, semalam, memaklumkan mereka sudah dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan dan pihak berkuasa di negara itu. Tangguh, jadual semula "Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan atau menjadualkan semula perjalanan mereka ke Libya atas faktor keselamatan. "Pergolakan politik dan konflik di Libya sekarang sangat membimbangkan dan Malaysia berharap Libya dapat mencari jalan penyelesaian secara baik dan mengelakkan berlakunya keganasan," katanya. |
Tak tolak pilihan raya lebih awal Posted: 06 Jun 2014 02:23 PM PDT Perlu selesai kemelut dalam dua parti komponen BN terlebih dahulu Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem semalam membayangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar lebih awal bagi memberi laluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11). Beliau mengadakan sidang media khas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, sempena 100 hari menjadi Ketua Menteri Sarawak, setelah menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri dalam proses peralihan kuasa, pada Mac lalu. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |