BN RAMPAS TELUK INTAN |
- BN RAMPAS TELUK INTAN
- Hubungan lebih mendalam
- ASEAN perlu pertingkat kerjasama pertahanan
- MH370: Pasukan pencari Australia tamatkan misi di Lautan Hindi
- Operasi bebas dua mangsa culik rumit
- Syarikat disaran tubuh Jabatan Audit Halal
Posted: 31 May 2014 10:21 PM PDT Datuk Mah Siew Keong peroleh 20,157 undi tewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi Teluk Intan: Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan selepas dua penggal digenggam DAP adalah titik tolak terhadap kebangkitan GERAKAN. "Terima kasih kepada pengundi yang menyokong saya dan semua pihak yang banyak memberi kerjasama. Hargai kepercayaan PM "Begitu juga petugas jentera yang bertungkus-lumus dalam memastikan kemenangan BN. Saya menghargai kepercayaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)," katanya sejurus diumum memenangi PRK Teluk Intan selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dengan majoriti 238 undi. Siew Keong berkata, kemenangan itu adalah lonjakan untuk GERAKAN kembali memenangi hati rakyat. Ikuti berita penuh dalam BHAhad hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 31 May 2014 03:06 PM PDT Najib percaya keakraban Malaysia, China sejak 40 tahun lalu terus berkembang Beijing: Datuk Seri Najib Razak berjanji akan meneruskan legasi bapanya, Tun Razak Hussein, dalam memastikan hubungan yang lebih mendalam antara Malaysia dan China. Sambil merujuk kepada West Hall di Great Hall of the People, tempat Tun Razak dan rakan sejawatnya ketika itu Zhou Enlai memeterai ikatan tanda bermulanya hubungan diplomatik dua negara, Najib berkata: "Perjalanan itu membawa beliau ke sini, ke Beijing dan di dewan inilah kita memulakan lembaran atau era baru dalam hubungan antara kedua-dua negara. Ikuti berita penuh dalam BHAhad hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
ASEAN perlu pertingkat kerjasama pertahanan Posted: 31 May 2014 03:04 PM PDT Singapura: Rantau ASEAN perlu mengetepikan isu dalaman seiring usaha meningkatkan kerjasama pertahanan antara negara yang lebih penting demi memastikan kestabilan sosial dan ekonominya. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata antara isu utama adalah tahap keselamatan Laut China Selatan dan dasar pertahanan antara negara yang memanfaatkan semua pihak. "Seperti yang lain, saya mengambil berat keadaan di Laut China Selatan. "Bagaimanapun, sikap meningkatkan tekanan dan menyatakan perbezaan tidak akan memberi kebaikan kepada mana-mana negara. Perlu saling menghormati "Isu ini memerlukan keyakinan dan sikap saling menghormati. Ia akan mengambil masa, namun dengan kesabaran, kebijaksanaan dan keberanian, kita mampu menyelesaikannya bersama," katanya. Hishammuddin berkata, ia bukan bermakna negara anggota ASEAN perlu menggunakan dasar ketenteraan sama rata. Apa yang diperlukan, tegasnya, ialah dasar ketenteraan yang boleh dilaksana secara berkesan dan membolehkan kerjasama antara pasukan keselamatan. Utamakan keselamatan "Kita perlu mengutamakan keselamatan rantau ini secara menyeluruh dan bukan hanya memikirkan garis sempadan serta kedaulatan sahaja. "ASEAN perlu bersatu dalam beberapa isu pertahanan penting dan bukan memilih haluan masing-masing. Kita perlu mempunyai saluran komunikasi berkesan dan dasar intensif sebagai satu kumpulan," katanya. Rantau ini yang memiliki kira-kira 600 juta penduduk dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM6.4 bilion dilihat sebagai potensi utama Asia pada masa depan. |
MH370: Pasukan pencari Australia tamatkan misi di Lautan Hindi Posted: 31 May 2014 03:03 PM PDT Perth: Pasukan pencari Australia menamatkan misi di Lautan Hindi semalam dan memutuskan kawasan itu 'tidak boleh dianggap sebagai lokasi berakhirnya pesawat MH370'. Penyiasat kini perlu kembali ke titik asal pencarian bagi menentukan apa yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan kru itu. Dalam satu sidang media, beliau berkata, bukti satelit menunjukkan transponder pesawat ditutup dan ia menukar haluan sejurus sebelum hilang. Pesawat itu dianggar mempunyai bahan api mencukupi untuk terbang sejauh 3,540.56 kilometer selepas hilang. Pasukan Data WYNC berkata, pesawat itu berpotensi mendarat di 634 landasan berdasarkan saiznya, merangkumi bahagian utara seperti Pakistan hingga selatan seperti pantai barat Australia dan Jepun. Lokasi terpencil lain termasuk Micronesia, Mongolia dan Maldives. Najib tidak menyebut pesawat itu dirampas tetapi ungkapan 'tindakan sengaja' itu lebih merujuk kepada perbuatan khianat. Pencarian dasar laut pesawat itu akan dihentikan beberapa bulan sehingga peralatan sonar lebih berkuasa dibawa masuk untuk mencari di kawasan lebih luas berdasarkan analisis data satelit kemungkinan laluan diambil. Bersandarkan analisis itu, pihak berkuasa percaya MH370 mengubah haluan secara mendadak dari laluan sebenarnya dan terbang arah selatan Lautan Hindi. Misteri penerbangan membingungkan Namun, tiada sekeping pun bangkai pesawat Boeing 777 itu ditemui, sekali gus menjadikannya sebagai antara misteri penerbangan paling membingungkan. Ia susulan kenyataan Tentera Laut Amerika Syarikat menolak laporan seorang pakar Amerika bahawa `ping' yang dikesan April lalu bukan daripada kotak hitam pesawat terbabit. CNN melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Awam Kejuruteraan Lautan Tentera Laut, Michael Dean, bahawa kebanyakan negara bersetuju bunyi yang dikesan pengesan ping adalah daripada sumber buatan yang tiada kaitan dengan MH370. Bagaimanapun, jurucakap Tentera Laut Amerika, Chris Johnson, menyifatkan ulasan Dean itu sebagai spekulasi dan tidak dapat disahkan. "Kita perlu terus berusaha untuk memahami data diperoleh Towed Pinger Locater," katanya sambil merujuk kepada Australia dan Malaysia dalam satu kenyataan. - AGENSI |
Operasi bebas dua mangsa culik rumit Posted: 31 May 2014 03:02 PM PDT Penampang: Kerajaan Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara dan Filipina yang bekerjasama hingga berjaya membebaskan wanita warga China dan pekerja resort rakyat Filipina daripada tahanan penculik, kelmarin. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata operasi untuk membebaskan dua tahanan itu rumit yang memerlukan risikan serta koordinasi kedua-dua pasukan keselamatan di pelbagai peringkat. Sentiasa siap sedia "Saya juga ingin mengingatkan pasukan keselamatan negara agar sentiasa bersiap siaga bagi memastikan insiden seperti ini (penculikan) tidak berulang," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perasmian penutupan Pesta Kaamatan, di Dewan Hongkod Koisaan, di sini semalam. Warga China, Goa Huayun, 29, dan Marcy Dayawan, 40, diselamatkan dari kubu kumpulan berkenaan di Kepulauan Jolo, selatan Filipina, jam 10.30 pagi kelmarin, selepas diculik kira-kira dua bulan. Mangsa yang dilarikan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort, Semporna, pada 2 April lalu, tiba di Sandakan petang kelmarin, sebelum menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu. |
Syarikat disaran tubuh Jabatan Audit Halal Posted: 31 May 2014 02:59 PM PDT Petaling Jaya: Pemegang saham dalam sesebuah syarikat disaran melantik ahli lembaga pengarah yang sensitif dengan isu hukum bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah halal. Selain itu, pemegang saham juga patut mewujudkan Jabatan Khas Audit Halal dalaman bagi memastikan kualiti produk dan perkhidmatan terjamin dari segi piawaian yang ditetapkan. Presiden PPSMM, Norizam Tukiman, berkata langkah itu penting bagi memastikan kes membabitkan produk haram diberi status halal tidak berulang yang memberikan kesan negatif dari segi kepercayaan agama dan emosi kepada pengguna Islam di negara ini. Patuhi standard halal Dalam hal ini, katanya, pemegang saham dalam sesebuah syarikat seperti Lembaga Tabung Haji, Koperasi FELDA dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta pemegang saham minoriti beragama Islam perlu memastikan standard halal dipatuhi dengan melantik ahli lembaga pengarah Islam dalam industri makanan dan ubat-ubatan. "Masalah membabitkan hukum ini adalah masalah besar. Jika tidak dilantik wakil yang bertanggungjawab dalam memastikan piawaian halal dipatuhi, masalah ini tidak akan selesai. Yang turut hadir, Timbalan Presidennya, Khalid Ahmad Husni. Sementara itu, Norizam turut menggesa orang ramai memboikot produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd berikutan dua produk syarikat berkenaan dikesan mengandungi DNA babi (porcine). Selain menggesa semua produk syarikat itu ditarik dari pasaran serta-merta, beliau meminta JAKIM menarik sijil halal ke atas semua produk keluaran syarikat berkenaan. "Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd perlu meminta maaf secara terbuka kepada seluruh pengguna Islam di negara ini kerana isu ini sangat sensitif. Kerajaan juga perlu memikirkan kompaun berat terhadap mereka supaya perkara ini tidak dipandang ringan oleh syarikat lain," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |