Samba Neymar memukau

Samba Neymar memukau


Samba Neymar memukau

Posted: 23 Jun 2014 03:53 PM PDT

Brasilia: Dua gol Neymar membantu Brazil mengatasi Cameroon 4-1 di Estadio Nacional, sekaligus menjuarai Kumpulan A dan akan bertemu Chile di pusingan kedua ahad ini.

Penyerang utama Brazil, Neymar menolak masuk gol pendahuluan pada minit ke-17 hasil hantaran lintang Luiz Gustavo.

Bagaimanapun Cameroon berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Joel Matip pada minit-17 selepas Eric Maxim Choupo-Moting bijak menghantar bola memperdayakan Thiago Silva dan David Luiz.

Indomitable Lions yang tiada peluang untuk mara ke pusingan kedua tidak mahu memberi laluan mudah kepada Brazil dan melakukan beberapa percubaan berbahaya pada awal permainan.

Foto


Neymar kemudian meneruskan rentak cemerlang apabila menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-35 menerusi gerakan solo menggelecek beberapa pemain Cameroon sebelum merembat melepasi penjaga gol, Charles Itandje.


Pesta gol Brazil diteruskan dengan Fred yang menanduk masuk hantaran David Luiz dari sebelah kiri sebelum pemain gantian Fernandinho menyudahkan peluang enam minit sebelum tamat permainan.

Tuan rumah mengungguli Kumpulan A dengan tujuh mata dan beza jaringan lebih banyak berbanding Mexico yang berada di tempat kedua selepas menewaskan Croatia 3-1.

Keputusan ini bermakna Brazil akan bertemu Chile manakala Mexico menentang Belanda di pusingan kedua kelak.

CAMEROON: Charles Itandje; Allan Nyom, Nicolas N'Koulou, Henri Bedimo; Joel Matip, Stephane M'Bia, Landry N'Guemo, Eyong Enoh; Eric Maxim Choupo-Moting (Jean Makoun, 81'), Vincent Aboubakar (Pierre Webo, 72'), Benjamin Moukandjo (Edgar Salli, 58').

BRAZIL: Julio Cesar; Dani Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo; Paulinho (Fernandinho, 46'), Luiz Gustavo, Oscar; Hulk (Ramires, 63'), Fred, Neymar (Willian, 71').

PENGADIL: Jonas Eriksson (SWE)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Sepuluh minit tiga gol

Posted: 23 Jun 2014 03:48 PM PDT

Recife (Brazil): Mexico lolos ke pusingan 16 pasukan untuk pertemuan pertama dengan Belanda selepas menang bergaya 3-1, ke atas Croatia dalam saingan terakhir Kumpulan A, di Arena Pernambuco, pagi ini.

Gol rezeki buat Mexico hadir menerusi ketua pasukan, Rafael Marquez yang melompat untuk menanduk jaringan pembukaan itu selepas menerima hantaran silang daripada sepakan sudut Herrera, pada minit ke-72.

Tidak sampai lima minit meraikan kejayaan, barisan depan Mexico sekali lagi menghukum Croatia menerusi jaringan kedua menerusi Andres Guardado pada minit ke-75.

Pemain Manchester United, Hernandez yang masuk menggantikan Giovani dos Santos kemudian memperoleh jaringan ketiga buat Mexico pada minit ke-82.

Foto

FOTO AP


Kegembiraan Mexico kemudian tercalar sedikit apabila Perisic pada minit ke-87 buat Croatia. Tetapi, dua minit kemudian, hari malang buat Croatia bertambah parah apabila Rebic dibuang padang.


Saingan babak kedua menyaksikan penguasaan Mexico yang memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk mengiringi Brazil ke pusingan seterusnya.

Mexico memperoleh peluang mendahului pada minit ke-16 menerusi Hector Herrera yang melakukan rembatan tetapi bola terkena palang.

Asakan bertali arus Croatia membuatkan Marquez dilayangkan kad kuning pada minit ke-39 selepas dia membentes kaki Perisic.

Croatia yang amat memerlukan kemenangan memanggil semula pemain pertahanan, Sime Vrsaljko untuk memastikan kekebalan benteng mereka.

Vrsaljko - menggantikan Danijel Pranjic yang cedera ketika mereka tewas 1-3 di tangan Brazil pada perlawanan pembukaan - dipilih berbanding pemain tengah kelahiran Brazil, Sammir.

Kehadirannya dalam pasukan menandakan ketua pasukan, Darijo Srna akan bermain dengan lebih bebas bersama Vrsaljko memperkukuhkan pertahanan.

Jurulatih Mexico, Miguel Herrara pula terus memberikan kepercayaan kepada kesebelasan utamanya yang mengekang Brazil dan menumpaskan Cameroon 1-0.

CROATIA: Stipe Pletikosa; Sime Vrsaljko, Dejan Lovren, Vedran Corluka, Danijel Pranjic; Luka Modric, Ivan Rakitic, Ivan Perisic, Darijo Srna, Ivica Olic, Mario Mandzukic

MEXICO: Guillermo Ochoa; Paul Aguilar, Francisco Rodriguez, Rafael Marquez, Hector Moreno, Miguel Layun; Jose Juan Vazquez, Hector Herrera, Andres Guardado, Giovani dos Santos (Javier Hernandez), Oribe Peralta.

PENGADIL: Ravshan Irmatov (UZB)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Ajal pulang ambil ubat

Posted: 23 Jun 2014 12:14 PM PDT

Baling: Tiada perkataan mampu diucapkan seorang anak apabila ibunya menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung dengan kereta dipandu seorang lelaki yang juga jiran anak lelakinya itu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 45.5, Jalan Kulim-Baling berdekatan Kampung Binjul, Tawar, di sini, mangsa Esah Lahaman, 77, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling, kira-kira jam 11.30 malam.

Ketika kejadian mangsa dikatakan menaiki kereta Nissan Sentra dipandu anaknya Abu Mansor Hamid, 54, bersama anak perempuannya Hasnah, 51, serta sepupu kepada dua beradik itu Ali Dahawang, 62, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tebing Tinggi, Kupang.

Mereka dipercayai dari arah Kulim selepas mengambil ubat penyakit jantung untuk Esah.

Foto

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.


Anak lelaki arwah, Ahmad, 48, yang menetap di Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, berkata dia sedang berehat di rumah sebelum dimaklumkan kereta dinaiki ibunya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.


Katanya, dia tidak menyangka ibunya yang dalam perjalanan pulang mengambil ubat di Kulim bersama abangnya yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut terbabit dalam kemalangan dengan kereta dipandu jiran di taman perumahannya Alias Ahmad, 53, yang turut maut dalam kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Tangisan bergema

Posted: 23 Jun 2014 11:39 AM PDT

Jasin: "Jeritan dan tangisan bergema di dalam bas sejurus kemalangan berlaku. Pada masa sama, kelihatan ramai mangsa cedera dan ada antara mereka tersepit di celah tempat duduk penumpang," kata Teh Yee Wan, 25, penumpang bas ekspres yang mengalami kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 187.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.

Menurutnya, suasana di dalam bas ketika itu amat kelam-kabut apabila ada penumpang menjerit kesakitan dan terkejut selain beberapa mangsa mengalami kecederaan di anggota badan.

"Saya terjaga selepas seorang penumpang tercampak ke atas badan saya sebaik kemalangan berlaku. Malah, kerusi tempat duduk saya turut beralih kedudukan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, seorang penumpang parah, sembilan cedera manakala 15 lagi terselamat selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan pembetung.

Foto

BAS ekspres yang terbabit kemalangan dengan treler muatan pembetung di Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.


Seorang lagi penumpang, Chee Len Kang, 23, berkata, dia yang tidur terjaga sebaik kemalangan berlaku dan bersyukur kerana terselamat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Nyanyi hanya hobi, cari duit lebih

Posted: 23 Jun 2014 06:50 AM PDT

Tuahnya datang tanpa diduga. Hanya kerana menyanyikan lagu Rindukanlah yang digunakan dalam drama Playboy Itu Suami Aku di TV3 tahun lalu, nama Encik Mimpi terus menjadi sebutan.

Menariknya, penyanyi berusia 26 tahun ini enggan mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa memakai topeng.

Mula mendapat perhatian menerusi YouTube sejak 2009, dia didatangi tawaran merakamkan lagu ini oleh komposer Rumhadi yang mengesan bakatnya.

"Saya ada saluran YouTube sendiri yang menampilkan lagu ciptaan sendiri serta lagu 'cover version' artis lain. Selain itu, saya juga menulis blog menggunakan nama Encik Mimpi yang diikuti ramai pembaca. Nukilan saya berupaya menarik perhatian ramai orang.

Foto


"Melihat saya menerima perhatian ramai, Rumhadi menawarkan peluang menyanyikan lagu Rindukanlah yang liriknya dihasilkan oleh Nico. Tak dinafikan saya menyukai lagu ini kerana melodinya sesuai dengan vokal saya. Kemudian lagu ini diuruskan oleh Indigital Sdn Bhd yang menjalinkan kerjasama dengan penerbit drama berkenaan dan berjaya memikat hati peminat," katanya.


Jejaka yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat ini berkata, dia tidak pernah menunjukkan wajahnya kepada peminat. Apa yang dipaparkan di YouTube hanyalah lirik lagu dan aksinya memetik gitar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24